A Short Getaway: All About Sunway

Salam alayk... Aku baru balik dari percutian setengah tahun pertama untuk tahun 2015. Untuk pengetahuan korang, aku dan Cik Abe hanya akan bercuti/melancong 2 kali setahun je. Ni tak termasuklah cuti raya dan cuti-cuti yang melibatkan urusan kerja/family tau! Ni memang cuti yang betul-betul untuk menikmati hasil gaji kami... Haha~ Disebabkan masa cuti terkepit Hari Pekerja & Hari Wesak tu kami hanya balik rumah mak ayah kami kat KT, maka, kami ambil keputusan untuk cuti direct dari Selasa hingga Khamis (sambung Jumaat & Sabtu). Mula-mula bos aku tak bagi, panjang sangat katanya. Tapi aku telah memujuk beliau dengan penuh hikmah. Haha~ Maka, dapatlah aku bercuti... Yeay! Plan awalnya nak ke Singapore atau Medan, namun bila timbang-timbang balik, plan kami ni adhoc sangat lah. Jadi kami putuskan untuk ke KL saja... Hari Isnin tu meeting aku habis pukul 5.30pm pula, maka tak sempat la kami bertolak ke rumah FIL. Jadi kami bertolak esoknya saja. Pukul 9am kami dah ...