Posts

Showing posts with the label publichealth

Dunia Baru

Salam alayk... Memasuki minggu ketiga aku di program Sarjana Kesihatan Masyarakat (SKM/MPH) di PPUKM. So far so good. Alhamdulillah, aku dipertemukan dengan rakan2 sekursus yang baik2, saling membantu. Aku juga mendapat seorang penyelia (supervisor) yang baik. InsyaAllah aku akan buat sehabis baik untuk graduate on time (GOT). Doakan aku! #myMPHjourney Maido ari, jaa~

Dinner unit vektor 2016

Image
Salam alayk.. 26/12/2016 buat dinner unit vektor kat Hotel Felda KT. Buat sekali dengan majlis persaraan Kak Siti, JTMP. So, layan gambar je lah ye...

Cerita Raya Saya (part 2)

Image
Salam alayk... Sambungan cerita pasal raya. Raya tak lengkap kalau xde jamuan raya & open house. Hampir tiap hari/minggu pasti ada orang buat jamuan raya. Masa ni lah nak jumpa kawan lama, dan beramah mesra dengan kenalan semua. Aku pun ambil kesempatan lah, sebab baru je pindah ke ofis baru ni. inilah masa untuk memperkenalkan diri.. ye dop? Aku lapor diri di Pejabat Vektor Terengganu pada 11 Julai. Dah hampir pukul 5 pun. Ada kekeliruan sikit masa aku lapor diri di JKN tu. Sebab aku gred UD48, penempatan adalah dari KKM. Tapi bos lama aku, Dr Faizan dah janji nak letak aku di Vektor Negeri. Bos Vektor, Dr Kasemani pun dah tau. Tapi sebab hari Isnin aku lapor diri tu ramai bosses cuti, so maklumat aku akan lapor diri di Vektor x sampai. Jadi aku kena masuk HSNZ juga... Aiyoo, nak kena oncall balik ke? Huhu~ Aku terus whatsapp Dr Faizan, last-last dia adjust dengan TPK Terengganu, Dr Mat Jusoh, maka aku dapatlah masuk Vektor...  Hari Selasa baru aku jumpa Dr Kasema...

1st International Kelantan Health Conference

Image
Salam alayk... Minggu lepas aku pergi International Kelantan Health Conference (KHC) ni. Buat kat Renaissance Hotel KB. 3 hari. Semestinya di sponsor oleh PKD. Haha~ Temanya: Managing the Unexpected. Pasal banjir tahun lepas la. Bos aku suruh aku prepare poster dan Pathman prepare oral presentation. Mula-mula kena hantar abstrak dulu, tapi abstrak aku yang pertama ditolak oleh scientific committee sebab takde unsur-unsur research katanya. So dengan tergesa-gesa aku carilah topik baru sebab dah nak dekat dengan due date. Tengok-tengok data, kes denggi daerah Tumpat ni meningkat lepas banjir. So aku buat la small study tentang perkaitan kes denggi dan banjir. terus aku propose pada bos, dan bos setuju. Pendek cerita, abstrak aku yang kedua ni berjaya masuk dalam KHC. Lama juga aku peram study aku ni. Ingat masa bulan puasa nak buat la blueprint poster tu, tapi kebetulan ada wabak typhoid pulak. Jujurnya, seminggu sebelum KHC baru aku dapat fokus betul-betul pada poster ni. Siap ...

Cameron Highland : 2nd Visit

Image
Salam alayk... Ramadhan Kareem... Hari ni dah masuk hari ke-5 kita berpuasa. Bingung jugak aku fikirkan menu untuk berbuka. Hurm~ Kali ni aku nak throwback apa yang berlaku seminggu sebelum puasa. Lebih tepat, pada 8 hingga 10 Jun. Pada mulanya, unit Cik Abe nak buat kursus pengurusan wabak denggi kat Cameron Highland. Kursus ni untuk PPKP dan AKS, termasuklah PKE. Aku memang tak tersenarailah. Tapi Cik Abe suruh aku mintak pelepasan dari bos aku untuk join kursus ni. Alhamdulillah, bos aku bagi. So aku arrange transport dengan PKD aku sebab Cik Abe tak nak drive ke CH. Pagi Isnin, Toyota Innova PKD aku tiba lepas ambil AKS dan PPKP. Kami terus bertolak ke CH pada pukul 9am. Dalam pukul 10am kami berhenti breakfast kat Ketereh, makan nasi daging singgang. Kemudian kami meneruskan perjalanan. Semasa melalui daerah Kuala Krai dan Gua Musang, aku masih dapat melihat kesan-kesan banjir tempohari. Malah, masih ada jalan yang rosak, tetapi sedang dibaiki. Kami berhenti solat...

Aedes species

Image
Salam alayk... Sejak duduk kat pejabat kesihatan ni, aku banyak ikut aktiviti-aktiviti berkaitan denggi. Kebetulan pulak kes denggi di Tumpat ni awal-awal tahun dah tinggi. Daerah paling banyak kes, kalah Kota Bharu. Siap ada 6 lokaliti wabak lagi. Kat kawasan wabak tu, lepas Pembantu Kesihatan Awam (PKA) dan Pembantu Rendah Am (PRA) fogging petang2, Ahli Kaji Serangga (AKS) akan pergi pasang ovitrap selama 48 jam untuk tengok ada tak lagi nyamuk yang bertelur dalam masa 48 jam lepas fogging. Ni secara tak langsung boleh nilai keberkesanan aktivit fogging tadi. Kalau ada larva (jentik-jentik, orang Kelantan panggil ugat-ugat ), maka spesisnya akan dikenal pasti untuk kawalan seterusnya. Maka, untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan aku, aku telah belajar dengan AKS tentang perbezaan jentik-jentik nyamuk Aedes aegypti dan Aedes albopictus . 2 spesis nyamuk Aedes tu la yang membawa demam denggi kepada kita.  Aedes aegypti A. aegypti ni jenis agresif. Dia akan hisap...