Posts

Showing posts with the label myself

Allah uji sebab sayang

Salam alayk... Dah lama aku tak update blog ni. Bukan sebab aku lupakan, tapi memang tak sempat. Kali ni aku curi sedikit masa untuk mengabadikan kisah aku dalam blog kesayangan ni. Semoga suatu hari nanti aku boleh baca dan kenang balik peristiwa yang telah terjadi pada aku... Kisah bermula sejak 2 bulan lepas. Sebenarnya aku setiap kali period, memang akan senggugut. Kadang2 mild, kadang2 moderate. Aku biasa makan paracetamol dan sapu ointment je. Lepas tu tidur. InsyaAllah bangun akan OK. Tapi 2 bulan lepas, aku rasa sakit aku semakin severe. Satu malam aku terjaga pukul 3 pagi sebab sakit perut sebelah kanan. rasa macam urat dipulas2. Sakit sampai menangis. Serius memang tak tahan waktu tu. Tapi sebab pukul 3 pagi, susah untuk aku bagitau sesiapa untuk pergi ke hospital. Aku tahan sampai tertidur semula. Keesokannya, aku perasan yang bila aku tidur, perut aku akan sakit bila aku nak berpaling ke kiri atau kanan. Tapi still aku tak pergi dapatkan rawatan kat mana2. Sehi...

Dunia Baru

Salam alayk... Memasuki minggu ketiga aku di program Sarjana Kesihatan Masyarakat (SKM/MPH) di PPUKM. So far so good. Alhamdulillah, aku dipertemukan dengan rakan2 sekursus yang baik2, saling membantu. Aku juga mendapat seorang penyelia (supervisor) yang baik. InsyaAllah aku akan buat sehabis baik untuk graduate on time (GOT). Doakan aku! #myMPHjourney Maido ari, jaa~

Dinner Alumni Medic UKM 2016

Image
Salam alayk... Gosh, lamanya x update. Banyak je cerita nak pill out kat sini, tapi malas lak naik menaip. Huhu~ Sorry ye my dear diary... OK lah, kali ni nak cerita pasal sebulan lepas. Aku gi dinner alumni... Mula2 Menot umum dalam wassap, katanya ada dinner alumni medic UKM. Dan Prof Har, salah seorang AJK penganjur, mengharapkan batch kami hadir. Cukup 10 orang 1 meja pun jadilah. Tapi awal2 rasa macam imposible pulak nak pergi, tambahan pulak buat kat Putrajaya. Tapi lebih kurang 2 minggu sebelum tu aku tiba2 dapat ilham nak pergi. Sebab Ahad tu cuti Awal Muharam. Just nice date! Terus aku scroll friend list kat FB, nak cari geng. Entah macam mana aku ter-contact Ika, terus ajak dia. Dan, dia setuju! Hari Sabtu, aku dan Ahmad drive ke Kuantan untuk ambil Ika, dan kami terus ke KL. Singgah berpoya2 di IKEA Cheras kejap. Hajat nak makan meatball, tapi takut kenyang sangat malam ni nak dinner best, lagipun masa dah suntuk. Lepas tu kami terus ke The Everly Putrajaya....

Cerita Raya Saya (part 2)

Image
Salam alayk... Sambungan cerita pasal raya. Raya tak lengkap kalau xde jamuan raya & open house. Hampir tiap hari/minggu pasti ada orang buat jamuan raya. Masa ni lah nak jumpa kawan lama, dan beramah mesra dengan kenalan semua. Aku pun ambil kesempatan lah, sebab baru je pindah ke ofis baru ni. inilah masa untuk memperkenalkan diri.. ye dop? Aku lapor diri di Pejabat Vektor Terengganu pada 11 Julai. Dah hampir pukul 5 pun. Ada kekeliruan sikit masa aku lapor diri di JKN tu. Sebab aku gred UD48, penempatan adalah dari KKM. Tapi bos lama aku, Dr Faizan dah janji nak letak aku di Vektor Negeri. Bos Vektor, Dr Kasemani pun dah tau. Tapi sebab hari Isnin aku lapor diri tu ramai bosses cuti, so maklumat aku akan lapor diri di Vektor x sampai. Jadi aku kena masuk HSNZ juga... Aiyoo, nak kena oncall balik ke? Huhu~ Aku terus whatsapp Dr Faizan, last-last dia adjust dengan TPK Terengganu, Dr Mat Jusoh, maka aku dapatlah masuk Vektor...  Hari Selasa baru aku jumpa Dr Kasema...

Cerita Raya Saya (part 1)

Image
Salam alayk... Dah lebih 2 minggu raya, baru nak up cerita raya. Apa kes ni? Hahaha. Almaklumlah, aku kan dah mula kerja... Alhamdulillah, dapat kat Pejabat Vektor Negeri. 3 minit je dari rumah. Ahaks~ Ok, proceed dengan cerita raya. 1 syawal hari tu pagi kami solat raya kat surau belakang je.  Sebelum tu breakfast dulu dengan nasi hujan panas & gulai ayam kampung. Lepas solat, kami terus bertolak balik ke Besut. OTW tu sempat lagi singgah bergambar raya kat Pantai Penarik. Haha~ #teampink  my #rayaootd +salam perantauan dari pesisir pantai+ Sampai je kat rumah Wae, salam2 dengan semua orang. Makan nasi minyak yang Cik Ni masak. Lepas tu layan2 tetamu, buatkan air. Lebih kurang pukul 12, kami bergerak ke rumah Mak pulak. Kat rumah Mak dah xde sape sebab semua dah pergi beraya tempat lain. Tinggal Cik Na dan Mak je. Masa nak ambilkan air sembahyang untuk Mak, Cik Na bagitau Mak b***k. Apelagi, sinsing lengan tolong Cik Na basuh b***k Mak. Hah...

Warkah Buat Olaf (Sayang Mommy)

Image
Salam alayk... Olaf anak Mommy, Mommy masih ingat lagi kali pertama Mommy jumpa Olaf di Ming Yu Pet Shop. 28 Jun 2014. You was so small at that time! Baru 6 bulan. Sangat comel, putih bersih dan gebu. Mommy terus jatuh hati kat awak. Mommy tak fikir panjang, terus setuju nak adopt awak. +first encounter: 28th June 2014+ Sebab awak baka Persian, Mommy tahu awak sangat sensitif. Awak perlu dijaga dengan penuh perhatian. Awak perlu divaccinate, makan awak tak boleh sembarangan makanan kucing, bulu awak kena grooming tiap2 hari, awak kena mandi dengan air suam je, awak perlu dibelai setiap masa sebab awak domestic cat yang sangat manja... +first jab: 11th July 2014+ Tapi Mommy minta maaf. Memang Mommy bawak awak pergi vaccinate, tapi kadang2 terlepas due, sampai awak pernah demam selsema. Kadang2 Mommy terlambat bagi awak makanan sampai awak rasa sangat2 lapar. Mommy tak sempat pun nak grooming bulu awak tiap2 hari sampai bulu awak crumbled. Mommy pernah mand...

Now watching: Doctors (닥터스)

Image
Salam alayk... Sekarang ni aku tengah follow rapat kdrama Park Shin Hye terbaru, Doctors. Baru je start minggu lepas, baru release 2 episod pun. Tapi memang best lah, sebab Shin Hye bawak watak lain dari watak sebelum ni. Rebellious girl. Hero pulak, Kim Rae Won. Ya, memang hero tu sedikit 'tua' (tapi baru 35 tahun kot). Tua la berbanding Shin Hye yang baru 26 tahun... hihi. Tapi OK apa, sesuai dengan watak dia. Aku tak ingat last aku tengok Rae Won berlakon bila... Rupa-rupanya bila di-google, cerita My Love Pattzi, tahun 2001 lagi. Tapi dulu-dulu dia x hensem... Sekarang lagi charming! Nampak sisi-sisi aegyo Ahjusshi Oppa ni... Hehe~ Tak sabar nak tunggu Isnin ni untuk episod 3. Cepatla Hye Jung besar, jumpa balik dengan Hong seonsaeng-nim! Kyaa~ *fangirl mode* +falling head over heels for them+ +my definition of Mr. Tall, Dark & Handsome+ Maido ari, jaa~

Mencari kebahagiaan hakiki

Salam alayk... Gomen-ne, diari-san... Lama betul tak jenguk kamu. Aku tahu, untuk tahun 2016 ni, aku tak pernah pos pun dalam ni. Banyak benda berlaku pada aku tahun ni. Terlalu banyak! Tak mampu aku ceritakan semuanya di sini. Tapi mungkin aku akan selitkan sedikit dalam pos-pos yang akan datang. Semalam aku dah selamat ambil surat pertukaran aku ke Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Mula lapor diri pada raya ke-6 ni. Tak sabar nak mula bekerja semula sementelah aku bercuti tanpa gaji selama 2 bulan ni. Duduk di rumah dengan ayah & ummi, aku isi masa dengan menadah kitab di surau-surau. Aku juga telah belajar buat kek buah kukus dengan cikgu kelas memasak. Sedap, siapa nak tempah boleh PM ye... Hihi. Untuk raya ni aku nak buat 25 biji. Ada yang orang tempah, ada yang aku nak beri kepada mak-mak saudara. Sejak pergi menadah kitab ni, aku rasa hidup aku lebih bahagia, lebih ceria. Tambah-tambah lagi berada dekat dengan ayah & ummi. Paling penting, aku dah tak susah ha...

2015's Best 9 Photos from My IG

Image
Salam alayk... Dah nak habis 2015... Aku memang xde set apa2 azam untuk tahun 2015 ni rasanya. Haha~ Marilah kita recap sikit tahun 2015 guna apps ni... Gambar 1: Aku screenshoot whatsapp group sepupu aku. Memang semua otak gila2. Haha~ Gambar 2: Semasa aku terima 2nd prize poster presentation di 1st International Kelantan Health Conference. Gambar 3: Aku masak mee goreng basah ikut resipi Cik Ni. Sedap! Gambar 4: 1st time gi makan kat Arnold's Cycling Cafe... Sedap juga ni... tiramisu, all time favorite! Gambar 5: Sewaktu Ayah & Ummi gi haji. Gambar 6: Poster aku untuk 1st IKHC tu... Gambar 7: Aidilfitri 2015... #teamrayarumahmertua Gambar 8: Semasa gi hantar Ayah & Ummi gi haji. Gambar 9: Ni first time duduk kat Sunway Resort Hotel & Spa... Club room dapat free afternoon snacks :) Tak banyak pun orang like gambar2 aku... sebab gambar aku biasa2 je... x femes... haha~ Untuk 2016 rasanya aku dah x post kat IG sebab aku terpaksa delete ...

1st International Kelantan Health Conference

Image
Salam alayk... Minggu lepas aku pergi International Kelantan Health Conference (KHC) ni. Buat kat Renaissance Hotel KB. 3 hari. Semestinya di sponsor oleh PKD. Haha~ Temanya: Managing the Unexpected. Pasal banjir tahun lepas la. Bos aku suruh aku prepare poster dan Pathman prepare oral presentation. Mula-mula kena hantar abstrak dulu, tapi abstrak aku yang pertama ditolak oleh scientific committee sebab takde unsur-unsur research katanya. So dengan tergesa-gesa aku carilah topik baru sebab dah nak dekat dengan due date. Tengok-tengok data, kes denggi daerah Tumpat ni meningkat lepas banjir. So aku buat la small study tentang perkaitan kes denggi dan banjir. terus aku propose pada bos, dan bos setuju. Pendek cerita, abstrak aku yang kedua ni berjaya masuk dalam KHC. Lama juga aku peram study aku ni. Ingat masa bulan puasa nak buat la blueprint poster tu, tapi kebetulan ada wabak typhoid pulak. Jujurnya, seminggu sebelum KHC baru aku dapat fokus betul-betul pada poster ni. Siap ...