Mencari kebahagiaan hakiki

Salam alayk...

Gomen-ne, diari-san... Lama betul tak jenguk kamu. Aku tahu, untuk tahun 2016 ni, aku tak pernah pos pun dalam ni. Banyak benda berlaku pada aku tahun ni. Terlalu banyak! Tak mampu aku ceritakan semuanya di sini. Tapi mungkin aku akan selitkan sedikit dalam pos-pos yang akan datang.

Semalam aku dah selamat ambil surat pertukaran aku ke Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Mula lapor diri pada raya ke-6 ni. Tak sabar nak mula bekerja semula sementelah aku bercuti tanpa gaji selama 2 bulan ni. Duduk di rumah dengan ayah & ummi, aku isi masa dengan menadah kitab di surau-surau. Aku juga telah belajar buat kek buah kukus dengan cikgu kelas memasak. Sedap, siapa nak tempah boleh PM ye... Hihi. Untuk raya ni aku nak buat 25 biji. Ada yang orang tempah, ada yang aku nak beri kepada mak-mak saudara. Sejak pergi menadah kitab ni, aku rasa hidup aku lebih bahagia, lebih ceria. Tambah-tambah lagi berada dekat dengan ayah & ummi. Paling penting, aku dah tak susah hati lagi...

Semoga kehidupan baruku ini akan membawa aku lebih dekat dengan Allah, kerana aku adalah pendosa tegar, dan aku ingin mencari kebahagiaan hakiki...

Wallahu a'lam.

Maido ari, jaa~

Comments

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Dinner Alumni Medic UKM 2016