Posts

Showing posts with the label medicworld

Dinner Alumni Medic UKM 2016

Image
Salam alayk... Gosh, lamanya x update. Banyak je cerita nak pill out kat sini, tapi malas lak naik menaip. Huhu~ Sorry ye my dear diary... OK lah, kali ni nak cerita pasal sebulan lepas. Aku gi dinner alumni... Mula2 Menot umum dalam wassap, katanya ada dinner alumni medic UKM. Dan Prof Har, salah seorang AJK penganjur, mengharapkan batch kami hadir. Cukup 10 orang 1 meja pun jadilah. Tapi awal2 rasa macam imposible pulak nak pergi, tambahan pulak buat kat Putrajaya. Tapi lebih kurang 2 minggu sebelum tu aku tiba2 dapat ilham nak pergi. Sebab Ahad tu cuti Awal Muharam. Just nice date! Terus aku scroll friend list kat FB, nak cari geng. Entah macam mana aku ter-contact Ika, terus ajak dia. Dan, dia setuju! Hari Sabtu, aku dan Ahmad drive ke Kuantan untuk ambil Ika, dan kami terus ke KL. Singgah berpoya2 di IKEA Cheras kejap. Hajat nak makan meatball, tapi takut kenyang sangat malam ni nak dinner best, lagipun masa dah suntuk. Lepas tu kami terus ke The Everly Putrajaya....

Cerita Raya Saya (part 2)

Image
Salam alayk... Sambungan cerita pasal raya. Raya tak lengkap kalau xde jamuan raya & open house. Hampir tiap hari/minggu pasti ada orang buat jamuan raya. Masa ni lah nak jumpa kawan lama, dan beramah mesra dengan kenalan semua. Aku pun ambil kesempatan lah, sebab baru je pindah ke ofis baru ni. inilah masa untuk memperkenalkan diri.. ye dop? Aku lapor diri di Pejabat Vektor Terengganu pada 11 Julai. Dah hampir pukul 5 pun. Ada kekeliruan sikit masa aku lapor diri di JKN tu. Sebab aku gred UD48, penempatan adalah dari KKM. Tapi bos lama aku, Dr Faizan dah janji nak letak aku di Vektor Negeri. Bos Vektor, Dr Kasemani pun dah tau. Tapi sebab hari Isnin aku lapor diri tu ramai bosses cuti, so maklumat aku akan lapor diri di Vektor x sampai. Jadi aku kena masuk HSNZ juga... Aiyoo, nak kena oncall balik ke? Huhu~ Aku terus whatsapp Dr Faizan, last-last dia adjust dengan TPK Terengganu, Dr Mat Jusoh, maka aku dapatlah masuk Vektor...  Hari Selasa baru aku jumpa Dr Kasema...

Tempat kerja baru

Salam alayk... Mulai bulan Mac 2014, aku dah berpindah ke Kelantan. Aku bertukar ke Kelantan sebab ikut 'Cik Abe' (panggilan untuk suami bagi orang di sini). Diakan anak jati Kelantan! Aku ditempatkan di Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah di Unit Kesihatan Sekolah. Kiranya aku berulang la dari Kota Bharu dalam 45 minit sebab jalan pun tak sibuk. Unit aku ni staf dia 4 orang je tak termasuk aku. Ada staff nurse, jururawat masyarakat, penolong perawatan kesihatan dan pemandu. Kerja kami hari-hari pergi sekolah. Periksa budak dan cucuk imunisasi. Kadang2 ada jugak hari yang tak pergi ke sekolah, maka bertapalah aku dalam bilik aku ni... Hihi~ Lepas tu program di bawah unit aku adalam Program Doktor Muda dan program LINUS. Doktor Muda tu yang macam korang tengok dalam TV tu la, cuma yang aku pantau ni lebih tumpu kat sekolah je. Takde lah nak masuk TV bagai kan... Program LINUS tu pulak untuk saring pelajar yang bermasalah dalam literasi dan numerasi. Adalah instrumen d...

Serviks macam donut?

Image
Salam alayk... Sejak kerja di klinik kesihatan ni, aku kena terlibat dengan aktiviti2 pendidikan kesihatan kepada masyarakat setempat. Ye lah, dah nama pun Pegawai Perubatan dan Kesihatan kan... Jadi hari Rabu lepas staff nurse ajak la aku pergi bagi ceramah kesihatan kat Klinik Desa Kua. Kua? Kat mana tu? Huhu... Kami bertolak dalam pukul 8.30 pagi. Aku konvoi dengan SN & JM sebab nanti nak balik awal. Tak la jauh sangat Kampung Kua ni. Kami melalui Kg. Bukit Kolam, Kg. Tok Randok, Kg. Bukit Diman, Kg. Machang, dan akhirnya Kg. Kua. Klinik desa ni 2 tingkat, tingkat bawah adalah klinik, manakala tingkat atas adalah rumah JM oncall. Ade 2 orang JM bertugas kat sini. Sampai je kami breakfast dulu sebab tak ramai lagi ibu2 yang hadir. Pukul 9.40 pagi aku mulakan ceramah aku tentang kanser serviks dan Pap smear. Audiens adalah dalam 10 orang. Aku sedaya-upaya terangkan pasal kanser serviks dan pap smear dalam bahasa setempat yang paling mudah untuk difahami. Cakap Ganu la...

Apa anda tahu tentang HIV?

Image
Salam alayk... Hari ni aku baru balik dari satu kursus di Merang, Setiu. Kursus Prevention of Mother to Child Transmission atau nama glemernya PMTCT. Basically kursus tu mengenai macam mana nak handle kes wanita mengandung HIV +ve dan wanita HIV -ve dengan suami HIV +ve. Confuse tak? Mari aku terangkan... Setiap wanita yang datang ke klinik kali pertama untuk booking mengandung akan disaring status HIV mereka dengan kit Rapid Test (ujian cepat). Jika -ve dan mereka tiada risiko jangkitan HIV, mereka disahkan HIV -ve. Tetapi jika Rapid Test -ve dan mereka mempunyai risiko untuk dijangkiti HIV, status HIV mereka akan diperiksa menggunakan kaedah ELISA. Keputusan dari ujian inilah yang akan mengesahkan mereka HIV -ve atau +ve. Begitu juga jika Rapid Test mereka +ve, ujian ELISA juga akan dibuat ke atas mereka untuk mengesahkan status mereka.   Ideally, bagi wanita yang HIV +ve, suami mereka akan turut disaring HIV, tetapi ini dibuat secara sukarela tanpa paksaan....

Pindah

Salam alayk... Dah lama x update blog ni. Rindu sangat2. Tapi kekangan masa membataskan. Untuk pengetahuan semua, aku dah berpindah dari Hospital Kemaman ke Klinik Kesihatan Ajil di Hulu Terengganu. Pertukaran ni disebabkan Encik Suami ditugaskan di Hospital Hulu Terengganu. Haruslah aku ikut berpindah. Takkan nak buat PJJ (perkahwinan jarak jauh) sokmo, ye dop??? Hehe~ Di KK Ajil, ade 3 MO dan 1 Family Medicine Specialist. Disebabkan aku satu-satunya MO perempuan, maka aku ditugaskan untuk jaga Maternal & Child Health Clinic. Seronok duduk sini. Tak sibuk dan yang penting, tak perlu oncall :P Maka aku berhasrat menulis entry2 yang berkaitan dengan kesihatan wanita/kaum ibu dan kanak2 untuk panduan semua (walaupun xde orang baca blog aku). Haha~ Maido ari, jaa~

Pasif call yang aktif

Salam alayk... 30 Oktober adalah hari pasif call yang teruk... Itu adalah antara pasif call yang paling aktif setakat ini. Mana tidaknya, aku dipanggil berterusan dari 5pm hingga 11am keesokan harinya. Mari kita imbas kembali apa yang telah terjadi, ok? 1st patient Aku di inform untuk menghantar patient HDW ke HSNZ pada jam 3pm. Katanya pergi dalam pukul 3.30pm. Patient post-MI with HAP dan renal impairment, intubated. Pukul 4.30pm masih tak dipanggil. Akhirnya pukul 5pm baru ambulance bertolak ke HSNZ. Mujurlah patient stabil sepanjang perjalanan. Di Kemasik, A&E call. Ada kes head injury nak hantar untuk CT scan di HTAA. Aku minta panggil orang lain sebab baru keluar. Sampai di HSNZ jam 7pm. Lepas tinggalkan patient kat A&E sana, kami balik. Tapi ada patient ortho HSNZ nak transfer out ke Kemaman nak tumpang ambulance. So kami baliklah... On the way balik kat Paka, Surgical call. Ada kes baby IO nak hantar HSNZ. Aku minta rehat 1 jam sebab nak mandi dan makan. Lapa...

UPLogist cum green zonologist :P

Salam alayk... Untuk pengetahuan semua, aku kan MO kat Unit Pesakit Luar. Tapi semalam ada special request dari Puan Pengarah Hospital. Dia mintak aku cover green zone A&E. Sepatutnya memang xde MO kat green zone pagi2 sebab UPL kan buka. Normal lah. Tapi semalam arahan baru secara ad hoc keluar. Alasannya, MO kat UPL 6 orang, ramai... Tak tau lah bos UPL tahu ke tak... So aku secara paksa rela duduk la kat green zone tu. Mujurlah xramai pun patientnye... Mulai esok seorang MO dari UPL kena pergi cover green zone. Nasiblah... huhu~ p/s: Ingat moto KKM: Kami sedia membantu~ Maido ari, jaa~

Alamak, 7 hari lagi!!!

Image
Salam alayk... Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menamatkan housemanship selama 2 tahun di Kemaman. Rasanya tak sia-sia setiap perit jerih yang aku lalui selama ini. Rasa macam baru semalam aku mendaftarkan diri ke Hospital Kemaman buat pertama kalinya... Kali ini telah tiba waktu yang aku tunggu-tunggu. Sekarang ni aku masih lagi floating di green zone A&E, menunggu waktu sesuai untuk masuk ke Unit Pesakit Luar. Alhamdulillah, aku berjaya stay di Hospital Kemaman, bersama Farah Farhannah, Apez n Epie. Zairi dapat O&G HSNZ, tapi dia buat rayuan untuk stay di Kemaman jugak. Semoga permohonan Zairi berjaya. Manakala Azma n Fadhil akan ke Setiu... Begitulah, siapa sangka segala yang Allah telah takdirkan untuk kita, kan??? Makanya, pada tarikh hari ni, 22 Jun 2012, aku mempunyai 7 hari lagi sebelum bergelar seorang isteri... Perasaan bercampur-baur! Aku mula cuti pada 27 Jun, tapi aku dihantar berkursus di Paka mulai 24 Jun. Kira sambung cuti terus... Semoga segala ...

Ambulance call

Image
Salam alayk... Hari Sabtu. Aku bertugas syif pagi. Seperti biasa, hari ni kami ada CME dengan bos, walaupun hujung minggu. Kali ini giliran aku untuk present tajuk hypovolemic shock. Pukul 10 pagi, kami bersurai dan kembali ke red zone. Tiba2 ada orang menjerit, "Mana HO, HO sorang pergi naik ambulans. Ada ambulance call!" Aku secara refleks terus menaiki ambulans yang sedia menunggu di pintu hadapan ED. Turut bersama aku, Pemandu Al Hadi, SN Shikim n PPK Niza. Kak Syikim memberitahuku ada lori treler terbalik di Bukit Kuang dan ada mangsa yang tersepit. Ambulans pertama sudah pergi dan dalam perjalanan membawa balik mangsa pertama. Mungkin keadaannya kritikal. Memang mencabar menaiki ambulans ke tempat kejadian. Al Hadi begitu cekap mencilok di jalanraya. Aku gerun sekali, terutamanya di Jambatan Bukit Kuang yang sempit. Salute la Al Hadi! Sampai saja di tempat kejadian, aku lihat badan treler melintang di atas longkang yang sedang dibina di tepi jalan. Pasukan bomb...

A.T.O.M.F.C.

Image
Salam alayk... Just nak share satu video presentation yang dibuat oleh Dr Ihab (MO ED) untuk CME Hospital Kemaman... Menarik sangat!!! Oh, how i lurve Emergency Department <3 Maido ari, jaa~

Chapter VI - A&E

Salam alayk... Alhamdulillah, akhirnya aku dapat juga keluar dari posting paeds yang pada aku, tak best langsung! Mungkin sebab pengalaman2 buruk aku kat sana kot... Mungkin bagi orang lain paeds ni best. Terpulanglah... OK, mari kita cerita pasal benda yang lagi best, iaitu aku dah masuk posting terakhirku untuk program housemanship ni. Rasa macam sekejap je 2 tahun. Masa perjumpaan dengan pengarah hari khamis lepas, macam xpercaya je kami dah nak jadi MO dalam masa 4 bulan lagi. Takut pun ada, excited pun ade. Aku dah hantar permohonan untuk pendaftaran penuh MMC. Harap2 diterima dan diproses dengan mudah. Amin... Posting A&E ni best. Dengan bos yang sporting walaupun garang, dengan MO yang baik walaupun kadang2 tegas. Menarik sangat. Aku dah decide, lepas habis HO ni, aku nak buat A&E. Dah bagitau pengarah dah pun. Bos pun setuju aku duk situ. Yeay! OK lah, sampai sini je dulu. Nanti aku update lagi. Maido ari, jaa~

Paeds @ HSNZ

Salam alayk... Alhamdulillah, aku dah berada di HSNZ, untuk meneruskan posting ke-5, Paediatrik. Lepas 5 hari bekerja shift pagi (7am - 8pm), akhirnya hari ni aku off. Hari pertama (Khamis, 20/10/11) Aku bertolak dari rumah pukul 6.40am. Nak test berapa minit dari rumah ke hospital. Ternyata dengan kelajuan 90km/j, 15 minit je! Tu pun nasib baik traffic light hijau je semua. Mula2, aku n Epi pergi ke ofis, jumpa PT yang jaga HO. Lepas tu dia bawak kami jumpa PA Datuk Jimmy, HOD Paeds. Lepas daftar masuk posting, kami dibawa ke unit IT untuk daftar thumb print (untuk punch in/punch out). Kemudian kami ke NICU untuk jumpa Dr Aminah, MO yang uruskan HO. Aku dapat general paeds, Epi dapat neonates. Lepas diberi amanat, kami ke hostel untuk dapatkan bilik. Aku ambil jugak bilik, walaupun aku tahu, aku xkan duduk kat sana. Baik balik rumah je... Tengoklah next month aku check out je kot... Kami berpecah ke wad masing2, untuk jumpa MO. Aku di wad 6EF. Aku terkial2 la jugak nak guna sistem HIS...

Dah lepas viva Ortho~

Salam alayk... Hai, xtau ape yang jadi... Dah 2 hari aku sakit perut. Colicky central abdominal pain. Differential diagnosis??? AGE? UTI? constipation colic? early appendicitis? Entah la... Tapi hari ni aku ambil MC sebab sakit perut sangat sampai x larat nak gi keje (pain score 8/10). Kul 8 am lebih baru sakit hilang n aku menapak ke Unit Kesihatan Awam untuk mintak MC. Dr Azimah bagi aku MC sehari n hyoscine, plus albendazole! In case la kan... Lepas balik je dari UKA, aku tido jap, pastu baru breakfast n makan ubat. Kul 10.30 am Asma' call, bagitau bos nak buat exam viva kul 11 am. Nasib baik sakit perut dah hilang sikit (pain score 2/10). Makanya, tanpa prepare sepenuhnya, aku sekali lagi menapak ke hospital (walaupun drive sebenarnya). Kami berlima (aku, Epi, Ihsan, Asma' n Fattah) kena viva hari ni. Masa bos sampai kat bilik dia, dia tanya siapa nak viva dulu? Aku terus bangun. Hehe, jadi yang first ni relax sikit, sebab bos akan tanya soalan senang2 dulu. Aku kena topik ...

Sistem shift !@#$%^

Image
Salam alayk... Dan Salam Ramadhan. Hari ni dah hari ke-7 di bulan Ramadhan (tapi aku sehari pun xpuasa lagi. haha). Semenjak bulan puasa ni, aku n housemates hari2 masak. Kalau onkol tu of course la kena membeli di bazar... Mula2, jom cerita pasal kerja. Sekarang ni team HO Ortho dah bertambah jadi 5 orang (aku, Epi, Mus, Asma' & Fattah). Sebabnya, mulai 1 September nanti, kami kena start kerja ikut shift (waktu berkerja anjal, ikut bahasa sedapnye). Tapi yang xbest pasal shift ni, kami ade 2 shift saje. Shift pagi bermula dari 7 am hingga 12 mn dan shift malam bermula dari 11 pm hingga 2 pm next day. Penat tu nak kerja direct 17 hours!!! Walaupun kalau tengok rotation shift tu macam banyak je day off, tapi hakikatnya pasti akan digunakan untuk tidur je. Exhausted! Kami ni dah nak mengamuk dah. Dah la elaun onkol akan ditarik bila sistem shift ni bermula. Kurang la RM1000 sebulan. Huhu. MO aku dah perli2 dah, nak jual x Swift merah aku tu? Sorry sir, never! Biarlah kena makan i...

Thumb spica

Image
Salam alayk... +ade ke POP kaler silver? ngeh3+ Sekarang ni aku duk main x-ray n tulang2 jer. Dalam team ortho ni, ade 2 specialist, 3 MO n 3 HO. Dan aku adelah satu2nye perempuan di situ... Macam pelik je bila big boss ajak kami semua lepak kat kedai roti canai lepas round hari Khamis lepas. Huhu~ Hari tu assist operation interlocking nail under II. Menarik jugak. Tugas HO kat sini, kena pastikan dapat quotation implant n patient bayar before operation. Kalau tak, kami yang kena bayar! Haha~ Maido ari, jaa~

Musim kahwin

Salam alayk... Fuh... akhirnya berjaya jugak aku siap penuhkan log book (thanks to Dr Asmizal, Dr Mas Ayu n Epi). Log book tu dah selamat aku submit pada bos Faridah. Harap2 OK... Dah tak lama aku kat O&G ni. Macam2 dah aku lalui. Kalau diingat2, first 2 weeks aku kat O&G ni memang horror! Kena marah dengan specialists, tak disukai oleh MO sebab tak proaktif... huhu~ Sampai aku cakap face to face dengan diorang yang aku memang x boleh nak cope lagi dengan O&G masa tu. Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar diorang, I've became a better n safer HO... Nak2 sekarang ni O&G di tahap kritikal sebab x cukup MO (Dr Wan Mazlina baru bersalin 31 Mei hari tu). Kami HO ni kena berdikari la. Nasib baik specialists pun baik n tak kisah nak tulis sendiri dalam BHT (fail pesakit) semasa ward round. Hari Selasa aku belanja MO kek Secret Recipe, n tadi Epie belanja kitorang Pizza Hut. Kami dah rapat macam kawan baik. Sedih jugak la nak tinggalkan O&G ni. Tapi life must go on... n aku...

Kenapa la jonah sangat!!!

Salam alayk... OK, it's time to update blog! Hehe. I was oncalled last night with Dr Mas Ayu (ayat mukaddimah wajib setiap kali pass over case. haha). I was (or should i say 'we were'?) so 'jonah' last night that we had 3 major cases to attend. CASE 1: 35 years old Gravida 5 Para 4 at 32 weeks, came to Labour Room Hospital Kemaman at 7 pm with birth before arrival (BBA). Upon attending, we were told that it was a twin pregnancy and the first twin was already out from mother's vagina. However, noted that the mother was brought in unconcious, pulseless, with pupils fixed and dilated. Red alert was activated immediately and the mother was brought to resuscitation. Cardiopulmonary resuscitation (CPR) was initiated as cardiac monitoring showed pulseless electrical activity (PEA). Mother was successfully intubated by anaesthetist after 3rd trial. After repeated adrenaline administration and active resuscitation, she was finally reverted. 2nd twin was delivered by obst...

High risk C-section

Image
Salam alayk... Last week join OT elektif Caesarean section. Untuk last case tu kami buat case RVD +ve. Patient baru 26 tahun, dapat HIV dari suami yang merupakan penagih dadah tegar. Kesian betul! Kena buat bilateral tubal ligation (ikat saluran peranakan) sebab x nak bagi mengandung lagi. Sebelum masuk OT, kami kena protect diri sendiri dulu... +the staff nurses+ +my MO+ +me+ Lepas OT, baru aku perasan kaki aku habis kena darah patient tu... Cepat2 staff nurse ambilkan seluar baru n aku tukar seluar dalam OT tu jugak! Aku siap scrub kaki yang kena darah tu. Bimbang jugak. Hopefully xde pape... Maido ari, jaa~

I'll survive!

Salam alayk... Sedar tak sedar, dah hampir sebulan aku dalm posting O&G. Mula2 risau jugak sebab O&G ni strict n banyak kes medicolegal, asyik kena audit je, tapi alhamdulillah setakat ni aku rs berjaya je aku survive. Huhu~ Sekarang dah tau ape patut buat n camne nak buat. Kalau specialist marah2 pun, diamkan je... Kalau salah, mengaku je... Jangan banyak menjawab n jangan asyik beri alasan. Tu petua nak hidup aman kat O&G ni! Setakat ni aku dah conduct beberapa normal delivery, dah assist beberapa Caesarean section. So far so good. Semalam aku assist laparoscopic salphingectomy for tubal pregnancy. masa specialist n MO duk sibuk teropong kat atas (melalui abdomen), tugas aku kena manipulate uterus kat bawah (melalui vagina). Penat jugak walaupun boleh duduk. Aku n Epi sebenarnya hari2 duk countdown bila la nak habis O&G ni. Sebab bila dah habis, kira dah lepas dari major posting yang menakutkan. Haha~ p/s: Hari ni pagi2 lagi aku dapat special delivery from McD. TQ tok...