Paeds @ HSNZ

Salam alayk...

Alhamdulillah, aku dah berada di HSNZ, untuk meneruskan posting ke-5, Paediatrik. Lepas 5 hari bekerja shift pagi (7am - 8pm), akhirnya hari ni aku off.

Hari pertama (Khamis, 20/10/11)
Aku bertolak dari rumah pukul 6.40am. Nak test berapa minit dari rumah ke hospital. Ternyata dengan kelajuan 90km/j, 15 minit je! Tu pun nasib baik traffic light hijau je semua. Mula2, aku n Epi pergi ke ofis, jumpa PT yang jaga HO. Lepas tu dia bawak kami jumpa PA Datuk Jimmy, HOD Paeds. Lepas daftar masuk posting, kami dibawa ke unit IT untuk daftar thumb print (untuk punch in/punch out). Kemudian kami ke NICU untuk jumpa Dr Aminah, MO yang uruskan HO. Aku dapat general paeds, Epi dapat neonates. Lepas diberi amanat, kami ke hostel untuk dapatkan bilik. Aku ambil jugak bilik, walaupun aku tahu, aku xkan duduk kat sana. Baik balik rumah je... Tengoklah next month aku check out je kot... Kami berpecah ke wad masing2, untuk jumpa MO. Aku di wad 6EF. Aku terkial2 la jugak nak guna sistem HIS tu. Lembap jugak nak type time MO/Specialist round, sebab diorang cakap laju. Huhu~ First day aku clerk 1 new case, bronchopneumonia. Lepas present kat MO n passover kat HO yang kerja malam, aku pun chow cincau! hehe

Hari kedua (Jumaat, 21/10/11)
Hari ni kerja pagi lagi. Aku round kat cubicle belakang. Specilaist oncall Dr Zubaidah. BTW, aku dalam team hijau, under Dr Zehan. Aku xjumpa pun lagi specialist aku tu. Hari ni aku clerk 3 new case. Branula insertion, kalau budak yang dah besar, aku boleh la buat. Kalau baby tu aku x try lagi. X confident lagi...

Hari ketiga (Sabtu, 22/10/11)
Hari ni datang awal sikit, sebab Dr Zubaidah nak round awal. Hari ni ade YB mana entah nak datang melawat wad 6EF. Kami kena escort n bagitau diagnosis pt2 semua.

Hari keempat (Ahad, 23/10/11)
Hari ni ade passing over kat Daycare. Lepas passing over tu, aku n Epi introduce diri kat Datuk Jimmy n specialist lain. Lepas tu round dengan Dr Zehan. Hari ni aku kena escort pt pergi buat CT scan. Tapi pt tu xnak tidur lepas bagi chloral hydrate n midazolam. Aku call MO untuk SOS. MO bagi morphine pun dia x tidur jugak. Duk nangis je... Akhirnya pt tu x jadi buat CT scan. Huhu~ Malam, before balik rumah, aku dinner dengan Najmi n Farahqis. Lamanye x lepak dengan diorang...

Hari kelima (Isnin, 24/10/11)
Hari ni aku gi escort pt lain pulak gi CT scan. Tapi nasib baik ada Dr Huda, MO FMS tolong aku. Lepas tu aku gi Daycare. Ada 3 orang pt thalassemia untuk blood transfusion. Aku set line n ambil FBC n GXM. Tunggu result FBC n order blood untuk trnasfusion. Lepak la jugak jaga Daycare ni. Pukul 4, aku naik ke wad n settlekan ward work yang lain. Hari ni aku clerk case 7.5% dehydration. Terkial2 kau nak kira fluid replacement. Lupa la... nasib baik MO oncall, Dr Hasnita baik. Hehe~

Hari ni aku off, so nampak gayanya, aku kena buka balik nota2 lama, n study!

Ya Allah, kuatkan semangat aku untuk menempuh posting Paeds ni!

Maido ari, jaa~

Comments

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Dinner Alumni Medic UKM 2016