Posts

Showing posts with the label nasiminyak

Kek 8 tingkat

Image
Salam alayk... Hari sabtu lepas aku pergi kenduri kahwin Naqiah, kawan sekolah rendah aku (junior aku sebenarnya). Naqiah ni tauke kedai bakeri Dnialicious kat bandar KT. Yang bestnya, ade chocolate fountain! Aku tak makan pun nasi minyak dia. Aku makan marshmallow n strawberry celup coklat je. Pastu paling aku kagum, kek kahwin dia 8 tingkat! LAPAN you all~ Siap hias dengan fresh flowers lagi. Aku saja la tanya kalau kek macam tu berapa harganya... Tau tak, RM 1k! Huhu~ Nasib la Naqiah tauke kek, semua boleh buat... Maido ari, jaa~

Majlis sambut menantu

Image
Salam alayk... Lamanya aku tak update bloh ni kan... Macam dah bersawang jer... Moh le kite gotong-royong bersihkan blog ni, yuk! Hehe~ Meh aku cerita pasal majlis sambut menantu aku pada 1 September lepas... Haha, lepas 2 bulan kahwin baru sambut menantu. Seronok tau, sebab macam kahwin sekali lagi. Hehe~ Kami sempat pergi sewa baju kat butik pengantin. Mekap, Cik Na (makcik aku) je yang mekapkan... Malas la nak mekap tebal2, lagipun Encik Suami tak suka tengok aku yang tak ori! Haha~ Tema hari tu krim + maroon kot... Pagi tu aku siap2 mandi n pakai baju kebarung songket kaler krim. Malam tu aku inai siap2 n jaga supaya inai tak comot macam hari tu. Pakai 2 jam pun dah merah. Ok lah, untuk esok sehari je kan... Lepas tu Cik Na mekapkan. dalam pukul 11 Encik Suami datang jemput kami. Rombongan perempuan sampai pukul 12 tengahari. Panas terik u all... Nasik baik la Ayah Su + Cik Su (pakcik + makcik Encik Suami) siap tunggu dengan payung. Kami berarak ramai ke kawasan rumah ...

From Cik to Puan

Image
Salam alayk... Alhamdulillah, tanggal  29 Jun 2012 jam 10mlm++, aku telah selamat diijabqabulkan dengan suamiku, Anas berwalikan Ayah. Sungguh indah anugerahMu, ya Allah... Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Terima kasih kepada seluruh ahli keluargaku, terutamanya Ummi & Ayah kerana telah bersusah payah dan bekerja keras untuk merealisasikan hari bahagiaku ini.  Menempuh alam perkahwinan banyak mengubah cara hidupku. Sekarang ni aku harus lebih bertanggungjawab dan rajin. Kalau dulu, boleh la makan ala kadar, sekarang ni kena fikir menu lain2 untuk suami.. Semoga aku menjadi isteri solehah, amiinn... p/s: Terima kasih atas doa kalian.. :) Maido ari, jaa~

Alamak, 7 hari lagi!!!

Image
Salam alayk... Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menamatkan housemanship selama 2 tahun di Kemaman. Rasanya tak sia-sia setiap perit jerih yang aku lalui selama ini. Rasa macam baru semalam aku mendaftarkan diri ke Hospital Kemaman buat pertama kalinya... Kali ini telah tiba waktu yang aku tunggu-tunggu. Sekarang ni aku masih lagi floating di green zone A&E, menunggu waktu sesuai untuk masuk ke Unit Pesakit Luar. Alhamdulillah, aku berjaya stay di Hospital Kemaman, bersama Farah Farhannah, Apez n Epie. Zairi dapat O&G HSNZ, tapi dia buat rayuan untuk stay di Kemaman jugak. Semoga permohonan Zairi berjaya. Manakala Azma n Fadhil akan ke Setiu... Begitulah, siapa sangka segala yang Allah telah takdirkan untuk kita, kan??? Makanya, pada tarikh hari ni, 22 Jun 2012, aku mempunyai 7 hari lagi sebelum bergelar seorang isteri... Perasaan bercampur-baur! Aku mula cuti pada 27 Jun, tapi aku dihantar berkursus di Paka mulai 24 Jun. Kira sambung cuti terus... Semoga segala ...

Musim kahwin tiba lagi

Image
Salam alayk... Semalam 2 Jun 2012, sahabatku Era telah selamat bergelar isteri kepada Bek. Wah, meriah betul majlisnya. Kebetulan aku sampai di kala mereka sedang ditepung tawar. Tapi pelik jugak, ada ke makcik tu pergi gelek dahi Bek dengan telur ayam??? Adat mana tu? X pernah tau pun...    +semoga berbahagia, EraBek+ Kemudian, hujung bulan ni aku pulak... Perasaan aku? Entah la... Semua persiapan aku serahkan pada Ummi n Ayah. Kiranya aku balik nanti, basuh kaki n kahwin je. Boleh eh camtu??? So kalau ada sape2 nak sponsor ape2, sempat lagi ni. Hehe ;P p/s: Selamat pengantin baru buat semua sahabatku yang berkahwin pada musim cuti sekolah ni. Sorry xdapat hadir, sebab biasalah, kerja... hehehe Maido ari, jaa~

Tahniah Kak Min & Abe Leh

Image
Salam alayk... Hari ni 11.11.11, tarikh yang cantik. Hari ni juga, temanku, Najmi n Soleh disatukan sebagai suami-isteri. Mujurlah aku, FarrahQis n Epi off hari ni, so kami dapat ke kenduri di rumah Najmi di Kg. Baru Kuala Besut. Kebetulan, Era, Beck n Juna pun cuti, so diorang datang jugak dari Kemaman. Aku bertolak pukul 10am, Mat sebagai driver. Mula2 pergi ambil FarrahQis di hostel. Sampai di Kg. Rhu Sepuluh, kami singgah di rumah Epi. Tisya, tunang Epi pun ikut sekali ke kenduri. Inilah first time jumpa Tisya. Sebelum ni ikut gambar@FB je... hehe. Kami sampai di rumah Najmi tepat2 orang azan Solat Jumaat. Sementara yang lelaki pergi solat, kami yang perempuan ni bergigam n makan dulu. Lepas budak2 lelaki tu balik n makan, kami bergigam ramai2 lagi. Cantik sangat Najmi! Baju cantik, mekap cantik, pelamin pun cantik. Gulai kenduri pun sedap. Sambal ikan bilis dia sedap sampai x hengat! Kalau dah hantu ikan bilis tu, goreng bodoh pun sedap... haha~ Kami balik pukul 3pm. Singgah solat...

Musim kahwin

Salam alayk... Fuh... akhirnya berjaya jugak aku siap penuhkan log book (thanks to Dr Asmizal, Dr Mas Ayu n Epi). Log book tu dah selamat aku submit pada bos Faridah. Harap2 OK... Dah tak lama aku kat O&G ni. Macam2 dah aku lalui. Kalau diingat2, first 2 weeks aku kat O&G ni memang horror! Kena marah dengan specialists, tak disukai oleh MO sebab tak proaktif... huhu~ Sampai aku cakap face to face dengan diorang yang aku memang x boleh nak cope lagi dengan O&G masa tu. Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar diorang, I've became a better n safer HO... Nak2 sekarang ni O&G di tahap kritikal sebab x cukup MO (Dr Wan Mazlina baru bersalin 31 Mei hari tu). Kami HO ni kena berdikari la. Nasib baik specialists pun baik n tak kisah nak tulis sendiri dalam BHT (fail pesakit) semasa ward round. Hari Selasa aku belanja MO kek Secret Recipe, n tadi Epie belanja kitorang Pizza Hut. Kami dah rapat macam kawan baik. Sedih jugak la nak tinggalkan O&G ni. Tapi life must go on... n aku...

Bercintalah sampai ke syurga!

Image
Salam alayk... Hari ni, tanggal 26 Disember 2009, sahabatku Ieja telah selamat diijabkabulkan dengan suaminya, Ustaz Firdaus. +ieja dan ustaz firdaus+ +kek yang cantek+ +kamar pengantin+ +inai merah+ +kenangan bersama pengantin baru+ +turn siapa pulak lepas ni???+ “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra denganya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” (Surah Ar-Rum, ayat 21). Selamat Pengantin Baru, Ieja dan Ustaz Firdaus! Bermula dengan "Aku terima nikahnya", biarlah bercinta sampai ke syurga~ Maido ari, jaa~

Dah final year?!

Image
Salam alayk... Alhamdulillah, aku dah selamat naik ke Tahun 5. Macam tak percaya dah final year. Rasa macam baru je daftar ke UKM. Macam baru je tahun lepas habis matrik. Tapi itulah, betapa masa berlalu dengan begitu pantas, dan aku pun getting older. Huhu~ Alhamdulillah, kali ni aku dapat posting Family Medicine. I wonder what posting is this... Mujurlah, kali ni aku dapat bersama2 dengan housematesku, Hajera dan Fakhriyah; dan blockmates ku, Khairun dan Asmal. Boleh buat study group sama2. Yeay!!! Tapi mula2 ni start dengan SSM week. Tak tau nak buat apa. In fact, hari ni kami dah kira naik Tahun 5, tapi ramai lagi yang masih belum balik ke kolej. 7 minggu SSM week, 1 minggu PPD camp, dan pada 8 Jun barulah secara rasminya kami akan memulakan hidup sebagai pelajar final year. Wah, gementar betul, lebih2 lagi kalau fikirkan profesional exam yang bakal kami tempuhi pada Mac 2010. Hari tu balik rumah, aku sempat menghadiri majlis perkahwinan Dr. Kak Aling dan Dr. Shahid di Kg. Tanjung....