Cerita Raya Saya (part 2)

Salam alayk... Sambungan cerita pasal raya. Raya tak lengkap kalau xde jamuan raya & open house. Hampir tiap hari/minggu pasti ada orang buat jamuan raya. Masa ni lah nak jumpa kawan lama, dan beramah mesra dengan kenalan semua. Aku pun ambil kesempatan lah, sebab baru je pindah ke ofis baru ni. inilah masa untuk memperkenalkan diri.. ye dop? Aku lapor diri di Pejabat Vektor Terengganu pada 11 Julai. Dah hampir pukul 5 pun. Ada kekeliruan sikit masa aku lapor diri di JKN tu. Sebab aku gred UD48, penempatan adalah dari KKM. Tapi bos lama aku, Dr Faizan dah janji nak letak aku di Vektor Negeri. Bos Vektor, Dr Kasemani pun dah tau. Tapi sebab hari Isnin aku lapor diri tu ramai bosses cuti, so maklumat aku akan lapor diri di Vektor x sampai. Jadi aku kena masuk HSNZ juga... Aiyoo, nak kena oncall balik ke? Huhu~ Aku terus whatsapp Dr Faizan, last-last dia adjust dengan TPK Terengganu, Dr Mat Jusoh, maka aku dapatlah masuk Vektor... Hari Selasa baru aku jumpa Dr Kasema...