Cerita Raya Saya (part 2)
Salam alayk...
Sambungan cerita pasal raya. Raya tak lengkap kalau xde jamuan raya & open house. Hampir tiap hari/minggu pasti ada orang buat jamuan raya. Masa ni lah nak jumpa kawan lama, dan beramah mesra dengan kenalan semua. Aku pun ambil kesempatan lah, sebab baru je pindah ke ofis baru ni. inilah masa untuk memperkenalkan diri.. ye dop?
Aku lapor diri di Pejabat Vektor Terengganu pada 11 Julai. Dah hampir pukul 5 pun. Ada kekeliruan sikit masa aku lapor diri di JKN tu. Sebab aku gred UD48, penempatan adalah dari KKM. Tapi bos lama aku, Dr Faizan dah janji nak letak aku di Vektor Negeri. Bos Vektor, Dr Kasemani pun dah tau. Tapi sebab hari Isnin aku lapor diri tu ramai bosses cuti, so maklumat aku akan lapor diri di Vektor x sampai. Jadi aku kena masuk HSNZ juga... Aiyoo, nak kena oncall balik ke? Huhu~ Aku terus whatsapp Dr Faizan, last-last dia adjust dengan TPK Terengganu, Dr Mat Jusoh, maka aku dapatlah masuk Vektor...
Hari Selasa baru aku jumpa Dr Kasemani (aku panggil dia Kak Kase je, dia yang suruh). Dia ada tanya pasal kisah & status aku, aku cerita la serba sedikit untuk kefahaman dia. Tengahari tu dia ajak aku & kerani lain (Kak Zan, Kak Ma & Kak Emi) ke open house Kak Siti, MLT kat situ. Kami naik kenderaan pejabat. Rumah Kak Siti di Losong, dekat je dengan Muzium Negeri. Rupanya husband Kak Siti tu kenal Ayah sebab kerja Telekom jugak...
Esoknya open house rumah Dr Mat Jusoh pulak. ni kali pertama aku nak bersua muka dengan dia. Kebetulan Dr Mat Jusoh ni jugak classmate & kawan sekampung Ummi... Kali ni aku pergi dengan Kak Kase, Kak Zan & Kak Ju (kerani juga). Kat sana aku jumpa Kak Dar (FMS Ajil dulu), Kak Lin (FMS Kuala Berang dulu) dan Ummi Fiqah & Jah adik Fiqah. Masa nak balik tu, Dr Mat Jusoh tanya 'husband' kat mana. Aku serba salah nak jawab. Mujur Kak Kase cepat2 bagitau, adalah kisah aku minta balik Terengganu ni. Aku pasti Kak Zan & Kak Ju tertanya-tanya, sebab aku bagitau diorang aku single. Memang aku single pun kan? Haha~
+Kak Kase kat Sala's (wife Dr Mat Jusoh) Rose Garden+
Khamis pulak aku pergi jamuan raya KK Ajil. Sibuk aku whatsapp Zarina tanya pasal jamuan raya. Aku pergi seorang je. Seronok dapat jumpa Kak Mie (FMS), Zarina, Syu, Razmi, Milia, Kak Za, Kak An, Kak Kas, Kak Linda, Kak Zaini dan staf-staf lain yang aku dah hampir lupa nama, tapi muka ingat lagi. Yelah, dah lebih 2 tahun kot aku tinggal Ajil.
+Kak Mie, Zarina, Pei Ying, Syu & Sarah+
Kemudian, kemuncaknya Khamis lepas, 16 syawal. Jamuan raya Kesihatan Awam. Buat kat ofis aku sebab kawasan dia luas. Setiap unit ada makanan kena bawa. Meriah jugak la. Nasi minyak kami licin dalam masa 40 minit. Hehe~ Tengahri kan, semua pakat cari nasi... Terpaksa beli di kedai untuk tambah. Staf-staf aku sibuk nak bergambar dengan Dr Bell a.k.a aku la tu... Entah macam mana diorang ade idea nak bagi nickname gitu kat aku. Tapi memang nickname aku kat FB Bella pun... Haha~ Layankan aje diorang. Masa ni je, lepas ni time kerja kena serious dan tegas!
+geng admin (Kak Ma, Chah - kerani JKN, Kak Zan, Kak Emi, Kak Zura - cleaner, Kak Ju)+
+otai masih berbisa (En Jaafar, ex pkp - pencen, Che Ku Adnan)+
#teammerah
#teamkuning
+team Vektor bersama TPK, Dr Mat Jusoh+
+team malaria (Rafi & Mat)+
+selfie berjemaah+
Sekian, cerita raya aku... Sekarang ni baru nak pulun puasa 6 dan puasa ganti... Huhu~
Maido ari, jaa~









Comments