Posts

Showing posts with the label holiday

Hen Gap Lai, Saigon (part 3)

Image
Salam alayk... Hari ketiga, pagi2 lagi kami keluar breakfast kat Sakinah. Hari ni jadual kami pergi ke Chu Chi Tunnel. Jauh jugak la naik bas, sampai tertidur-tidur. Hahaha. Sampai je, Nik Mansor belikan kami tiket dan kami beramai-ramai berjalan masuk melalui 1 terowong besar. Keluar je dari terowong tu, kami terus di perkampungan dalam hutan. Mula2 kami masuk ke sebuah bilik bawah tanah yang diubahsuai jadi mini teater. Tengok video perang Amerika-Vietnam. Lepas tu kami berjalan ke tempat pameran yang disediakan. Ada tour guide yang boleh cakap Inggeris. Dia tunjukkan kami lubang menyorok bawah tanah, tapak persembunyian tentera Vietnam, markas diorang, kereta kebal, jenis2 perangkap samar, klinik bawah tanah, workshop, kilang buat kasut dan busut udara terowong bawah tanah. Kiranya askar Vietnam ni kreatif la jugak. Lepas habis ronda kawasan tu, kami rehat sekejap kat rest area dia. Ada shooting range kalau sape2 nak cuba rifle ke, senapang ke... Tapi bunyi tembakan tu buatkan aku ...

Hen Gap Lai, Saigon (part 2)

Image
Esok paginya, kami sarapan di kedai Sakinah lagi. Nasi lemak. Lepas tu kami naik bas untuk ke Mekong Delta. Jauh juga perjalanan, dalam 2 jam gitu. Kami singgah di suatu tempat macam R&R untuk ke toilet. Ada kedai souvenir juga untuk shopping. Aku & Ummi siap beli beg untuk bagi kepada anak beranak & staff. Sampai je di Mekong Delta, kami beratur untuk naik bot ke Unicorn Island. Masa ni pemandu pelancong yang bawa kami namanya Han. Manis sangat orangnya. Walaupun x berapa faham Han cakap Inggeris, tapi boleh la sikit2. Slang Vietlish dia pekat sangat hihihi. Sampai je kat Unicorn Island kami dibawa ke kedai yang jual madu lebah. Siap minum air madu bersama limau nipis. Kat belakang tu ada jual leather bags. Rambang mata aku. Hihihi. Akhirnya beli lah juga sling bag 1. Suka suka suka! Lepas tu kami dibawa ke kilang buat gula2 nisan. Kami x beli atau cuba pun, sebab ada anjing berkeliaran. Walaupun Nik Mansor kata halal, tapi kami tetap x lalu nak makan. Kemudian kami dibawa...

Hen Gap Lai, Saigon (part 1)

Image
Salam alayk... Malam ni aku nak cerita pasal trip aku ke Vietnam, atau lebih tepat lagi Ho Chi Minh City, atau nama lamanya Saigon. Perancangan trip ni bermula sejak aku balik ke sini, teringin nak gi oversea lah kononnya. Kebetulan kawan Ummi, Cikgu Hakemar nak buat lagi trip ke HCMC ni. Ummi & Ayah dah pergi tahun lepas dengan Mat, Cik Ngah & Cikna. So, aku dan Atin pun bagitau lah nak join trip kali ni. Ummi & Ayah mestilah nak ikut sekali kan... Jadi, pada 5 Nov lalu, kami pun bertolak lah ke HCMC naik MAS. Turut serta dalam trip tu Cikgu Hakemar & suami (Cikgu Yzel), Makcik Dah, Pakcik Zaik & anak mereka Ain Sakina, Makcik Nun & adiknya, 1 family tauke kantin, 1 family dari Kedah (Faizal, Adliah & anak mereka Husna) & tourist agent kami Dr Aizat. Dr Aizat ni doktor gigi, tapi aku xtau la dia kerja dengan gomen ke swasta. Sebab dia ni minat berniaga. Jual makanan sunnah & buat trip pelancongan. Kami mendarat di Tan Son Nhat International Airpo...

Trip ke Tasik Kenyir

Image
Salam alayk... Raya kedua je kami sekeluarga bertolak ke Kenyir Lake Resort & Spa untuk sambung bercuti. Kami siap ajak Ma (nenda Cik Abe) sekali untuk join trip ni. Bilik kami dah booking 2 bulan sebelum. Dapat la rate RM300++ memandangkan time public holiday. Kami bertolak pikul 1pm dan sampai jam 3pm. Mujur tak terperangkap dalam jem. Sampai je, kami parking kereta dan buggy datang ambil kami ke lobi. Nak jalan kaki? Boleh, tapi pancit la sebab kena naik bukit. Lepas check in, kena tunggu buggy lagi untuk hantar kami ke bilik. Kami dapat 4 bilik lake view dan 1 bilik garden view. Mama volunteer untuk ambil bilik garden view. Rupa-rupanya bilik paling jauh dan terperosok. Huhu~ Aku pula dapat bilik bersambung dengan bilik Adik/Ma/bibik. Bilik dia ala2 chalet.  Lepas solat Zohor/Asar, kami berkumpul di bilik aku untuk lunch. Masa tu sebenarnya dah pukul 4.30pm. Kiranya dinner sekali la kot. Kami bawa bekal nasi putih, mihun goreng, ayam KFC, Domino's pizza, keropok...

Cameron Highland : 2nd Visit

Image
Salam alayk... Ramadhan Kareem... Hari ni dah masuk hari ke-5 kita berpuasa. Bingung jugak aku fikirkan menu untuk berbuka. Hurm~ Kali ni aku nak throwback apa yang berlaku seminggu sebelum puasa. Lebih tepat, pada 8 hingga 10 Jun. Pada mulanya, unit Cik Abe nak buat kursus pengurusan wabak denggi kat Cameron Highland. Kursus ni untuk PPKP dan AKS, termasuklah PKE. Aku memang tak tersenarailah. Tapi Cik Abe suruh aku mintak pelepasan dari bos aku untuk join kursus ni. Alhamdulillah, bos aku bagi. So aku arrange transport dengan PKD aku sebab Cik Abe tak nak drive ke CH. Pagi Isnin, Toyota Innova PKD aku tiba lepas ambil AKS dan PPKP. Kami terus bertolak ke CH pada pukul 9am. Dalam pukul 10am kami berhenti breakfast kat Ketereh, makan nasi daging singgang. Kemudian kami meneruskan perjalanan. Semasa melalui daerah Kuala Krai dan Gua Musang, aku masih dapat melihat kesan-kesan banjir tempohari. Malah, masih ada jalan yang rosak, tetapi sedang dibaiki. Kami berhenti solat...

A Short Getaway: All About Sunway

Image
Salam alayk... Aku baru balik dari percutian setengah tahun pertama untuk tahun 2015. Untuk pengetahuan korang, aku dan Cik Abe hanya akan bercuti/melancong 2 kali setahun je. Ni tak termasuklah cuti raya dan cuti-cuti yang melibatkan urusan kerja/family tau! Ni memang cuti yang betul-betul untuk menikmati hasil gaji kami... Haha~ Disebabkan masa cuti terkepit Hari Pekerja & Hari Wesak tu kami hanya balik rumah mak ayah kami kat KT, maka, kami ambil keputusan untuk cuti direct dari Selasa hingga Khamis (sambung Jumaat & Sabtu). Mula-mula bos aku tak bagi, panjang sangat katanya. Tapi aku telah memujuk beliau dengan penuh hikmah. Haha~ Maka, dapatlah aku bercuti... Yeay! Plan awalnya nak ke Singapore atau Medan, namun bila timbang-timbang balik, plan kami ni adhoc sangat lah. Jadi kami putuskan untuk ke KL saja... Hari Isnin tu meeting aku habis pukul 5.30pm pula, maka tak sempat la kami bertolak ke rumah FIL. Jadi kami bertolak esoknya saja. Pukul 9am kami dah ...