Allah uji sebab sayang

Salam alayk...

Dah lama aku tak update blog ni. Bukan sebab aku lupakan, tapi memang tak sempat. Kali ni aku curi sedikit masa untuk mengabadikan kisah aku dalam blog kesayangan ni. Semoga suatu hari nanti aku boleh baca dan kenang balik peristiwa yang telah terjadi pada aku...

Kisah bermula sejak 2 bulan lepas. Sebenarnya aku setiap kali period, memang akan senggugut. Kadang2 mild, kadang2 moderate. Aku biasa makan paracetamol dan sapu ointment je. Lepas tu tidur. InsyaAllah bangun akan OK. Tapi 2 bulan lepas, aku rasa sakit aku semakin severe. Satu malam aku terjaga pukul 3 pagi sebab sakit perut sebelah kanan. rasa macam urat dipulas2. Sakit sampai menangis. Serius memang tak tahan waktu tu. Tapi sebab pukul 3 pagi, susah untuk aku bagitau sesiapa untuk pergi ke hospital. Aku tahan sampai tertidur semula. Keesokannya, aku perasan yang bila aku tidur, perut aku akan sakit bila aku nak berpaling ke kiri atau kanan. Tapi still aku tak pergi dapatkan rawatan kat mana2.

Sehinggalah 27 Februari lepas, aku terjaga pukul 6 pagi. Sakit yang sama datang lagi, Setengah jam aku cuba tahan. Tak sempat nak bagitau Hajera, dia dah pergi kerja. Aku cuba gagahkan diri untuk mandi sebab aku nak pergi ED. Pukul 6.45 pagi, aku berjalan kaki dari rumah ke ED. 25 minit baru sampai. Huhu~ Seksanya Allah saja yang tahu...

Lepas aku daftar kat kaunter triage, sorang MA clerk aku. Disebabkan aku sakit perut sebelah kanan, first diagnosis dia terfikir adalah appendicitis. Dia refer aku kat MO, Dr Jolina. Dr Jolina minta aku baring kat katil sebab dia nak scan. Dia kata perut aku keras. Bila scan, nampak bladder aku besar. Dia suruh aku pergi PU dulu. Aku jalan terbongkok2 sebab sakit. Dia tak percaya pain score aku 5-6 je. Aku kata aku boleh jalan lagi, so aku boleh tahan lagi sakit tu. Finally Dr Jolina triage aku ke Yellow zone sebab nampak aku in severe pain dan perut aku macam ada fullness. MA tu suruh aku naik atas troli dan aku ditolak masuk ke dalam. 

Masuk je dalam, Aiman nampak aku, dia clerk aku kat secondary triage. Kebetulan Kak Liza & Zairi pun ada, diorang tanya aku apehal. Aku cerita yang aku sakit perut. Lepas tu aku ditolak ke kubikel. Kak Liza clerk aku dan Aiman pasang branula & ambil darah. Sorang MO ni scan, dia kata working diagnosis possible ada cyst, ?chocolate cyst. Tapi kena rule out appendicitis jugak. Perut aku pun tender dan keras kat bawah. Kak Liza suruh aku keep NBM dulu. Dia bagi drip dan IM Voltaren untuk tahan sakit. Kalau pain score tak improve, dia plan nak bagi morphine. Huhu~ Kak Liza siap bagitau HO dan SN yang aku ni kawan dia. So diorang duk panggil aku doktor dan dapat layanan bagus. SN tu siap minta maaf kat aku sebab tak dapat bagi blanket sebab blanket baru tak sampai lagi. Aku sampai tertidur2 tunggu blood result siap. Tiba2 SN datang selimutkan aku. Rasa terharu sangat haha~ Padahal benda kecik je. Lepas tu specialist diorang datang round, suruh continue as planned je. Lepas result semua balik dan not suggestive of appendicitis, Kak Liza refer aku ke gynae.

Aku ditolak atas wheelchair ke OGAC. Sebelum tu singgah kat depan triage, HO dan Dr Jolina tanya pasal aku. Diorang pun agaknye bercakap & berfikir jugak pasal aku. Kat OGAC sebelum masuk bilik rawatan, aku disuruh PU jugak dulu. Lepas tu SN suruh aku baring kat dalam. Aku dengar SN tu bagitau HO yang Dr Zaiti (MO yang accept kes aku) pesan dia nak clerk sendiri aku. Bila Dr Zaiti tu datang, dia clerk aku dan scan. Mula2 dia ingat bladder aku distended. Aku cakap la, aku baru je PU. Dia pun scan balik, dia cakap mungkin tu R ovarian cyst. Dia nak buat VE dan TVS. Berdebar aku first time nak kena check tu. Aku tukar kain sebab takut nanti kotor kain baju kurung aku. Mula2 dia buat speculum examination. Ya Allah sakitnya bila speculum tu masuk. Rasa macam kena tikam. Huhu~ Sampai terangkat punggung aku. Aku minta maaf sebab ni first time aku kena examine macam tu. Lepas tu dia buat VE, check cyst aku tu kat mana. Lepas tu dia buat TVS. Ingatkan sakit TVS tu, tapi OK je. So confirm la R ovarian cyst. Dia measure lebih kurang 6x6cm. Besar jugak tu. Huhu~

Lepas siap tu, dia terangkan kat aku, diagnosis aku adalah endometriosis with R ovarian cyst, possible endometrioma. Nanti akan ambil darah untuk check tumor markers. Untuk treatment, sebab ni adalah first presentation aku, dia akan bagi analgesic dulu. Tapi kalau sakit jugak lagi, dia suruh datang balik sebab takut boleh jadi torsion. Dia bagi TCA 6 minggu untuk review tumor markers dan scan balik. So ni mungkin adalah sebab subfertility aku. Ye lah, sebab tak pernah check kan...

Dr Zaiti bagi aku MC untuk hari tu. Ubat, sebab dia prescibe Celebrex, aku kena pergi beli kat Farmasi NF kat lobi pelawat tu. So next TCA aku adalah pada 10 April ni. Balik tu sakit masih ada lah sikit2. Malam tu nak tidur, still sakit masa nak berpusing kiri kanan. Bila dah tau ada something dalam perut ni, makin terasa tau effect dia hahaha. Psycho sungguh!

Ini adalah sedikit ujian dari Allah untuk aku. Moga selepas ini aku lebih tabah mengharungi semua yang bakal terjadi. Aku bersedia untuk semua kemungkinan. Kalau ada yang membaca entry ni, mohon doa dari kalian...

Maido ari, jaa~

Comments

Nafisa said…
betul, Allah uji sebab dia sayang, dan Dia tahu hamba dia strong enough to bear the pain. Semoga akak tabah dan terus kuat utk cabaran yg akan datang!

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Hen Gap Lai, Saigon (part 1)