Posts

Showing posts with the label person

Now watching: Doctors (닥터스)

Image
Salam alayk... Sekarang ni aku tengah follow rapat kdrama Park Shin Hye terbaru, Doctors. Baru je start minggu lepas, baru release 2 episod pun. Tapi memang best lah, sebab Shin Hye bawak watak lain dari watak sebelum ni. Rebellious girl. Hero pulak, Kim Rae Won. Ya, memang hero tu sedikit 'tua' (tapi baru 35 tahun kot). Tua la berbanding Shin Hye yang baru 26 tahun... hihi. Tapi OK apa, sesuai dengan watak dia. Aku tak ingat last aku tengok Rae Won berlakon bila... Rupa-rupanya bila di-google, cerita My Love Pattzi, tahun 2001 lagi. Tapi dulu-dulu dia x hensem... Sekarang lagi charming! Nampak sisi-sisi aegyo Ahjusshi Oppa ni... Hehe~ Tak sabar nak tunggu Isnin ni untuk episod 3. Cepatla Hye Jung besar, jumpa balik dengan Hong seonsaeng-nim! Kyaa~ *fangirl mode* +falling head over heels for them+ +my definition of Mr. Tall, Dark & Handsome+ Maido ari, jaa~

Kun Anta: Humood AlKhuder

Image
Salam alayk... Sekarang ni aku tengah layan lagu Kun Anta yang dinyanyikan oleh penyanyi dari Kuwait, Humood AlKhuder. Mula-mula aku tengok kat IG Neelofa buat dubbing lagu ni atas kereta. Lagu yang best. Maka aku pun cari lah siapa penyanyi sebenar dia.... Jingle sedap, maksud pun best & mendalam. Meh aku share lagu ni ye... Jom nyanyi sama-sama. Lepas tu buat video dubsmash. Haha~ Maido ari, jaa~

Selamat hari guru, cikgu!

Salam alayk... Semalam adalah 16 Mei. Hari Guru. Diam tak diam, rupa-rupanya dah hampir 10 tahun aku meninggalkan bangku persekolahan. Aku SPM tahun 2003. Ah, seronoknya zaman persekolahan! Sempena hari guru tahun ni, aku nak buat entry khas untuk cikgu aku, Cikgu Tuan Sakinah. Cikgu BM semasa aku di Form 5 . Beliau sangat baik dan keibuan. Kelas Cikgu Tuan Sakinah memang best dan tak membosankan. Teringat lagi waktu belajar Komponen Sastera (KOMSAS). Tiba giliran kami belajar pasal drama, cikgu akan melantik 'pelakon-pelakon' untuk melantunkan dialog. Macam kat dalam latihan teater pulak. Tapi of course la tanpa action ... Tiba part kelakar, kami sama2 ketawa. Haha~ Cikgu Tuan Sakinah jugalah yang mendoakan aku jadi doktor. Masa tu serius aku tak terfikir lagi nak buat medic . Sebab masa upper form tu aku sangat sukakan subjek Kimia. Dah pasang angan-angan nak buat chemistry dan kerja je kat Jabatan Kimia Negara. Hehe. Tapi suatu hari, Cikgu Tuan Sakinah tel...

Noor Suraya & me :)

Image
Salam alayk... Selamat hari lahir untuk diriku!!! hehe. Tahun ni, aku sambut hari lahirku dengan cara yang paling best! Aku akan kenang hari lahirku tahun ni seumur hidup ku... Sebabnye... Aku dapat jumpa penulis kegemaranku, Noor Suraya!!! Siap dapat signature n ambil gambar dengan beliau. Lepas tu beliau hadiahkan aku resipi Gulai Kepala Ikan Makcik Raja kepunyaannya. Seronok sangat! Terima kasih Kak Su! +dapat gak beli Langsir Biji Remia... best2+ Next year, harap2 dapat jumpa Kak Su lagi key... Maido ari, jaa~

The so-called 'Datuk'

Image
Salam alayk... Cuti Aidiladha yang lalu, aku ke Melaka. Sempat jugalah aku berjalan2 di bandar Melaka tu. Yang tak tersangka, aku bertemu dengan the so-called Datuk Shah Rukh Khan... Malas mau menulis apa2. Jom layan gambar n video kat bawah... +merasa naik menara taming sari+ +the crowd yang x habis2 bersorak n menjerit panggil SRK+ +diserbu peminat+ +the 'Datuk'+ +spoil betul ade tangan kat depan tu...+ +naik menara taming sari jugak+ +kelakar dengar suara2 peminat fanatik SRK ni... hihi~+ p/s: kudos to Adan for the videos... Maido ari, jaa~

Bukan picisan

Salam alayk... Semalam adalah shopping paling berkualiti bagi aku. Menjejaki Jalan TAR, dalam masa 2 jam, aku dapat membeli apa yang aku hajati - novel terbaru Noor Suraya, blaus n pashmina. Novel baru Aku memang pantang tengok (atau dengar) Noor Suraya terbitkan novel baru! Walaupun malam Jumaat lalu, Ustaz Hafizi (penceramah dr PACE) kata medical student ni tak payah baca novel2 picisan (hanya baca buku2 penambah ilmu tentang semasa), namun novel2 Noor Suraya bukan novel picisan. Dia mengangkat darjat sastera Melayu dalam bentuk yang lebih moden. Setiap novelnya diselit pantun2 lama, puisi yang puitis dan lagu2 asli lama... Sejak membaca buah tangan sulungnya, Keranamu Ain semasa di tingkatan 4 dulu, aku mula terpikat dengan gaya penceritaannya. Santai namun penuh emosi. Sejak itu, aku tidak pernah tertinggal untuk memiliki semua novel2nya. Pantang saja ada yang baru keluar, aku tidak teragak2 untuk membeli. Keranamu Ain, Tanah Andriyana , Biru Ungu Cinta , Rindunya Kian Membara , ...

Update jugak akhirnya...

Image
Salam alayk... Hoo-yah!!! Akhirnya dapat jugak aku lepaskan gian nak berblogging. Haru betul hidup aku sebulan ni, xde connection dengan dunia luar. Ni semua gara2 internet kat blok b9 tu terputus, dipanah petir, bak kata Fana. Ni xde kaitan langsung dengan Encik Petir, budak batch aku sebab aku xpasti dia tu pandai memanah atau tak... Hihi~ Berbalik pada kisah hidup aku sebulan yang lepas, masuk posting paeds ni memang best. Bagi sesetengah orang, paeds ni horror n berat sikit. Tapi bagi aku, paeds ni OK-OK je. O&G lagi horror kut... Tapi xde la terpikir nak sambung in paeds nanti. OK, at least, belum terpikir... 2 minggu merempat kat Ward Surgery Paeds 3, aku dah jatuh hati kat sorang baby ni. Namanya Sarah Sofia ... +sofia yang cute+ +uniknya gaya dia tidur+ Dia ni pandai buat macam2 gaya... +gaya budak-baik-i'm-innocent+ +gaya samseng bukit beruntung+ +gaya berfikir ala2 professor+ +gaya manja menggoda+ +gaya budak-muka-sedih+ +gaya budak nakal+ Comel betul Sofia ni... Inil...

Meet Martha, the Marvelous Mum

Image
Do you know Martha? Have you ever watched The Martha Stewart Show ? Well, I really admire her as well as love her tv show... Why? Sebab rancangan Martha ni lain dari yang lain. Memang satu tv show untuk surirumah sejati n mithali . Haha~ By the way, who is this Martha actually? Kenapa dia glamour sangat sampai boleh ade tv show sendiri macam Oprah n David Letterman??? Martha Stewart (born Martha Helen Kostyra; August 3, 1941) is an American business magnate , author, editor and homemaking advocate . She is also a former stockbroker and fashion model . Over the last two decades Stewart has held a prominent position in the American publishing industry; as the author of several books, hundreds of articles on the domestic arts, editor of a national homekeeping magazine, host for two popular daytime television programs, and commercial spokeswoman for K-Mart. In 2001 she was named the third most powerful woman in America by Ladies Home Journal. In 2004 she was convicted of lying to in...