Bukan picisan

Salam alayk...

Semalam adalah shopping paling berkualiti bagi aku. Menjejaki Jalan TAR, dalam masa 2 jam, aku dapat membeli apa yang aku hajati - novel terbaru Noor Suraya, blaus n pashmina.

Novel baru

Aku memang pantang tengok (atau dengar) Noor Suraya terbitkan novel baru! Walaupun malam Jumaat lalu, Ustaz Hafizi (penceramah dr PACE) kata medical student ni tak payah baca novel2 picisan (hanya baca buku2 penambah ilmu tentang semasa), namun novel2 Noor Suraya bukan novel picisan. Dia mengangkat darjat sastera Melayu dalam bentuk yang lebih moden. Setiap novelnya diselit pantun2 lama, puisi yang puitis dan lagu2 asli lama... Sejak membaca buah tangan sulungnya, Keranamu Ain semasa di tingkatan 4 dulu, aku mula terpikat dengan gaya penceritaannya. Santai namun penuh emosi. Sejak itu, aku tidak pernah tertinggal untuk memiliki semua novel2nya. Pantang saja ada yang baru keluar, aku tidak teragak2 untuk membeli. Keranamu Ain, Tanah Andriyana, Biru Ungu Cinta, Rindunya Kian Membara, Nyanyian Tanjung Sepi, Surat Ungu untuk Nuha... terbaru, Panggil Aku Dahlia dan Kebun Mimpi, semua telah aku miliki (Gurindam Jiwa je aku tak beli). Membaca novelnya membuatkan aku puas hati. Puas dengan pelbagai emosi yang timbul dari pembacaanku (bukan semua cerita adalah happy ending...).

Bukan picisan

Kenapa aku katakan novel2 Noor Suraya ini bukan picisan??? Novelnya tidak seperti novel2 cinta yang berlambak di pasaran, yang menjanjikan alam percintaan yang asyik-masyuk, yang terlebih 'berani', dan menyebabkan pembaca keawang-awangan... Turunlah dari awang-awangan itu!(pinjam ayat Ustaz Hafizi). Novel2 Noor Suraya masih berpaksikan ciri2 ketimuran dan mengekalkan kesopanan. Bahasanya halus dan mampu menjentik rasa (chewah, aku pun dah berbahasa gaya Noor Suraya. hihi~).

Aku sarankan sesiapa yang minat membaca novel tu, cubalah membaca karya2 Noor Suraya, pasti anda puas hati dan nak lagi (eh, macam rasa makanan baru je...).

Kalau aku terjumpa Noor Suraya, satu je aku nak katakan padanya;
"Terima kasih, Kak Su!"

Ni laman web Noor Suraya.
http://noorsuraya.blogdrive.com/

Maido ari, jaa~

Comments

mYshah said…
erm, da lame gile x baca novel, aku nak masuk psy nh, nani pinjam sket novel, huuhu
Suhaila S. said…
sama2 adik nani..
ops..ingatkan sy kak sue tu. lalala~~
NHAP said…
ambOi...
bahasa hang pon da mula jiwang dah ni..
berlatih ker nani...hikhikhik
Salsabila said…
hajera: jera poyosss!!!

shah: kalu ko nk bc novel, aku cdgkn ko bc novel2 faisal tehrani. best jugak ni...

suebaik: sue pun poyosss gak! :lol:

ieja: eh, ni mmg bahasa rasmi sy... bahasa bangsawan kelas ke-3. ngeh3~
SEEPOT SEEDOT said…
salam doctor...

minat gak novel terutamanya Ramli Awang Murshid..
Salsabila said…
ha... lupe pulak. ramli awang murshid pun best! :)

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Hen Gap Lai, Saigon (part 1)