Trip ke Tasik Kenyir

Salam alayk...

Raya kedua je kami sekeluarga bertolak ke Kenyir Lake Resort & Spa untuk sambung bercuti. Kami siap ajak Ma (nenda Cik Abe) sekali untuk join trip ni. Bilik kami dah booking 2 bulan sebelum. Dapat la rate RM300++ memandangkan time public holiday. Kami bertolak pikul 1pm dan sampai jam 3pm. Mujur tak terperangkap dalam jem.

Sampai je, kami parking kereta dan buggy datang ambil kami ke lobi. Nak jalan kaki? Boleh, tapi pancit la sebab kena naik bukit. Lepas check in, kena tunggu buggy lagi untuk hantar kami ke bilik. Kami dapat 4 bilik lake view dan 1 bilik garden view. Mama volunteer untuk ambil bilik garden view. Rupa-rupanya bilik paling jauh dan terperosok. Huhu~ Aku pula dapat bilik bersambung dengan bilik Adik/Ma/bibik. Bilik dia ala2 chalet. 

Lepas solat Zohor/Asar, kami berkumpul di bilik aku untuk lunch. Masa tu sebenarnya dah pukul 4.30pm. Kiranya dinner sekali la kot. Kami bawa bekal nasi putih, mihun goreng, ayam KFC, Domino's pizza, keropok & kerepek. Seronok juga berkelah ramai2. Lepas makan, budak-budak nak pergi mandi kolam. Orang tua ambil angin kat lobi hotel. Cantik sangat view dia. Subhanallah...

 +view dari lobi+

+zahia & iman+

 +adik & yasmin+

Malam tu Cik Abe rasa nak makan lagi. Ingat nak turun makan kat restoran dia. Abang Saiful nak join sekali, bawa Iman & Zahia. Kami naik buggy lah. Sampai je di restoran, rupanya untuk makan kat restoran tu hanya buffet sahaja. Kalau nak order masakan panas kena buat room service. So kami orderlah kat situ, biar dia hantar ke bilik. Si Zahia tak habis2 duk sebut "nak fries... nak fries". Lapar kot lepas mandi kolam. Lepas bayar, adik cashier tu kata, "Kak, ambil la kek tu bagi budak2 makan". Haha~ So Iman pun ambil la kek kat meja buffet tu. Kami balik bilik tunggu makanan sampai. Cik Abe order nasi goreng kerabu dan rojak buah. Sedap sangat. Alhamdulillah...

Esok pagi orang lain pergi naik bot ke Taman Herba, Taman Rama2, Taman Orkid. Tapi aku & Cik Abe x ikut pun. Kami turun breakfast kemudian main Sahibba kat lobi. Pukul 12pm kami check out. Papa, Mama & Ma balik dulu manakala kami pergi ke Kenyir Elephant Village. Nak sampai ke tempat gajah tu kena naik jambatan gantung canopy walk yang tinggi2. Mula2 Cik Abe takut sangat nak lalu jambatan gantung tu. Lepas aku ugut "marilah balik", Cik Abe gagahkan diri sebab takut malu dengan orang lain. Mula2 berpimpin dengan aku, siap kata aku jalan sampai bergoyang jambatan. Lepas tu dia nak lalu sorang2 dulu sampai hujung baru aku boleh lalu. Aku apa lagi, berlari la atas jambatan tu. Haha~

 +pintu masuk+

+ canopy walk+

Sampai kat tempat gajah, boleh naik gajah dan beri gajah makan. Naik gajah RM10, beli tebu untuk makanan gajah RM5. Aku join Iman & Yasmin je beri gajah makan. Budak 2 orang tu penakut. Haha~ Aku tak naik gajah la sebab pakai baju kurung... Lepas puas ambil gambar dengan gajah, kami pulang ke rumah...

 +memberanikan diri+

 +ni mak gajah+

+ni baby gajah+

 +sebelum peristiwa adik dilibas telinga gajah+

+iman macam berani je bagi gajah makan+

 +take 1: adeeb, jangan kacau aunty nani!+

+take 2: adeeb, jangan pegang topi mama!+

 +take 3: alaa, along tutup mata...+

OK, tu je...

Maido ari, jaa~

Comments

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Hen Gap Lai, Saigon (part 1)