A Short Getaway: All About Sunway
Salam alayk...
Aku baru balik dari percutian setengah tahun pertama untuk tahun 2015. Untuk pengetahuan korang, aku dan Cik Abe hanya akan bercuti/melancong 2 kali setahun je. Ni tak termasuklah cuti raya dan cuti-cuti yang melibatkan urusan kerja/family tau! Ni memang cuti yang betul-betul untuk menikmati hasil gaji kami... Haha~
Disebabkan masa cuti terkepit Hari Pekerja & Hari Wesak tu kami hanya balik rumah mak ayah kami kat KT, maka, kami ambil keputusan untuk cuti direct dari Selasa hingga Khamis (sambung Jumaat & Sabtu). Mula-mula bos aku tak bagi, panjang sangat katanya. Tapi aku telah memujuk beliau dengan penuh hikmah. Haha~ Maka, dapatlah aku bercuti... Yeay!
Plan awalnya nak ke Singapore atau Medan, namun bila timbang-timbang balik, plan kami ni adhoc sangat lah. Jadi kami putuskan untuk ke KL saja...
Hari Isnin tu meeting aku habis pukul 5.30pm pula, maka tak sempat la kami bertolak ke rumah FIL. Jadi kami bertolak esoknya saja. Pukul 9am kami dah sampai rumah FIL di KT, sempat breakfast dulu sambil tunggu SIL siap-siap kemas barang untuk balik ke KL. Kiranya kami nak konvoi la. Tapi sampai Ajil je kot sebab SIL nak terus ke KL, mungkin tak singgah lunch. Lagipun dengan anak-anak kecil, jadual perjalanan mereka tak menentu. So kami pun bertolak la ke KL. Kami berhenti solat zohor dan makan tengahari kat R&R Temerloh. Orang ramai, kami cuma makan nasi sup tulang je sebab kedai tu tak de orang beratur. Semua nak makan ikan patin kot... Kami selamat tiba di KL pukul 3.30pm dan terus check in di Cititel Midvalley.
Lepas rehat sejam, kami keluar ke Midvalley untuk cari kedai makan sambil survey movie best untuk tengok malam tu. Kami hanya tapau nasi lemak untuk makan kat bilik sebab malam nanti nak keluar lagi tengok movie. Pukul 9 kami keluar balik untuk layan Fast & Furious 7. Movie tu OK la, best, cuma aku ngantuk sangat, sempat tertidur kat tengah-tengah movie. Sedar-sedar aku dah tak paham jalan cerita dia, tapi layan je la sampai habis. Haha~ Habis tengok movie kami terus balik bilik dan tidur!
Esok paginya, kami breakfast kat hotel. Kemudian aku keluar survey voice recorder dan powerbank. Dah jumpa yang sesuai, aku terus beli. Tergesa-gesa sikit sebab kami kena check out, dan kami tak decide lagi nak ke mana pula lepas ni. Memang plan adhoc sangat! Lepas survey, kami decide untuk ke Sunway Resort. Harga bilik kalau beli ikut online boleh tahan, tapi aku call jugak reservation dia, tanya kalau-kalau guna government rate lebih murah. OK la, boleh la, affordable la... Sebab Cik Abe bagitau, kali ni kita cuti ala-ala orang kaya gitu... Haha~ So aku pun book la club room kat Sunway Resort tu. Harga? Korang tengok la sendiri kat website dia...
Lepas check out, kami terus menuju ke Sunway Resort. Mujurlah jalan tak jem. Kami sampai dalam pukul 2pm dan terus ke kaunter untuk check in. Disebabkan kami booking club room, kami dibawa ke tingkat 20 untuk check in. Staf yang kat tingkat 20 tu siap bagi courtesy kepada kami, upgrade bilik kami jadi junior suite sebab tak ramai orang kat hotel tu. Dia bagi bilik yang menghadap theme park. Lepas semua settle, kami ke bilik di tingkat 19. Bilik dia, BEST!!! Memang terbaik lah!
+view dari bilik kami+
Kelebihan duduk di The Club ni, dia ada sediakan afternoon snack dan evening tea kat club lounge, free wi-fi without password, free beverages in minibar, free laundry for 5 pieces, dan macam-macam lagi lah. Amenities dalam bilik pun lengkap. Kawasan tu pun senyap je, lebih privacy. Hotel dia memang bukan main luasnya. Lobby dia je tingkat 13, spa tingkat 5, nak ke theme park tingkat 1.
Lepas solat jamak zohor/asar, kami ke Sunway Pyramid yang attached dengan bangunan Sunway Resort ni. Cuma keluar dari lobby, dan terus masuk ke bridge ke mall. Kami pusing-pusing untuk cari kedai makan untuk lunch. Last-last kami pilih Simply Penang. Aku makan nasi dengan ikan masak asam, Cik Abe makan nasi ayam hainan. Lepas makan, kami jalan-jalan kat mall tu. Ingat nak main bowling tapi tengah ada tournament ape entah. So aku dan Cik Abe try main archery la. Kami ambil yang 30 arrow untuk 2 orang. So sorang dapat 15 arrow. Cik Abe tak pernah main archery, kesian dia dapat injury sebab tali bow kena dengan dia. Aku dah pernah masuk kelab archery masa Form 1 dulu, so ada basic sikit. Aku punya hasil panahan lebih baik dari Cik Abe. Ececey... Haha~
+mrs legolas+
+aku yang belah kiri+
Habis main tu, dan dah penat meronda, kami naik ke club lounge untuk afternoon snack. Ada biscuits, fruits, pastries, dried nuts, fresh juices dan tak lupa mesin pembancuh kopi. Kami makan-makan lagi sambil tengok view yang menghadap theme park. Naik ke bilik, kami lepak-lepak kejap, terus tertidur. Penat kot, huhu~ Pukul 6 kami naik ke club lounge lagi untuk evening tea. Kali ni lebih menarik sebab dia sediakan chinese food. Ada dim sum, dumplings, cakes, fruits dan pastries. Air sama je. Lepas makan, kami balik bilik, mandi & solat. Malam tu kami tapau makanan kat Fullhouse. Cik Abe pesan chicken chop, aku pesan fettuccine aglio-olio. Lepas makan, kami tidur...
+evening snacks aku+
+mini cooper pink kat fullhouse+
+sempat tengok ice hockey match malam tu+
Hari Khamis. Hari ni kami plan nak ke Sunway Lagoon. Mula-mula kami pergi breakfast kat hotel. Yang menariknya, masa kami tiba di pintu restoran tu, kami akan disambut oleh seorang peramu saji yang akan menunjukkan meja untuk kami. Lepas tu dia akan tanya nak coffee or tea. then, breakfast is open buffet. Menariknya lagi, banyak choice makanan ada. Local, chinese, indian, westeren dan middle east pun ada. Pilihan fresh fruits dan salads pun sangat banyak. Puas hati la breakfast kat sini.
Lepas breakfast, agak-agak theme park dah buka, kami turun ke tingkat 1 untuk ke theme park. Aku pakai jubah je sebab tak nak mandi pun kat situ. Just nak jalan-jalan sambil main rides kat situ. Kami kena lalu ikut tepi swimming pool hingga ke gate ke kaunter theme park. Untuk lepasi gate tu kena guna room access card. So kalau bukan guest x boleh la lalu situ. Harga tiket RM96 seorang (MYKAD). Masuk je ke Sunway Lagoon tu, seorang jurukamera akan suruh kami buat macam-macam gaya. Sebelum keluar nanti boleh la beli gambar yang menarik. Kami tak beli pun... Haha~
Mula-mula kami pergi ke Amusement Park. Aku yang seronok lebih macam budak-budak. Aku naik Apache Pots, Vultures, Butch Cassidy Trail & Wagon Wheel. Sorang-sorang je sebab Cik Abe gayat dan pening kalau naik benda-benda tu. So dia jadi tukang ambil gambar je la. Haha~ Tapi serius, time naik Butch Cassidy Trail tu, aku tak expect pun benda tu akan gerak laju. Aku tak sempat pegang handle dia pun. Bertempik dan tutup mata rapat-rapat je aku sepanjang ride tu. Haha~ Lepas tu nak naik Pirate's Revenge pun rasa dah tak larat. Tak larat nak bertempik. Tapi bila pikir-pikir balik, cam rugi je tak naik hari tu... Tak pe la, boleh pergi lain kali pulak... (ayat sedapkan hati).
+apache pots+
+vultures+
+butch cassidy trail+
+wagon wheel+
Lepas tu kami ke Wildlife Park. Berinteraksi dengan haiwan-haiwan pula. Siap bagi makan kangkung ke rabbits. Sayangnya kami tak ambil gambar masa tu. Masa kami nak ke Extreme Park, hujan turun! Terpaksalah kami berteduh dulu. Lebat sangat hujan. Jam dah pukul 2pm dan kami pun dah lapar. kami ingat nak keluar la lepas hujan sebab confirm Extreme Park dah tak boleh main sebab jalan basah. Lepas je hujan serik, kami ke Waterplexx 5D dulu. Walaupun telah diwarning akan basah lencun, kami tetap masuk juga sebab dah alang-alang kena hujan dan lepas ni dah nak keluar. Dia tayang movie dan ada efek 5D. Aku duk kat tengah sikit tak kena sangat la pancutan air. Tapi Cik Abe duduk kat tepi memang basah lencun. Keluar je, aku ditugaskan untuk beli lunch di Taste Enclave (food court Sunway Pyramid) sebab Cik Abe kena naik bilik terus, keringkan baju. Aku beli nasi campur je.
+cik rimau yang jinak+
+singa putih... qu puteh+
+memerang... kot+
+burung merak+
+giant tortoise+
Last day. Kami turun breakfast lagi. Pilihan makan lebih kurang je macam semalam. Lepas makan, kami ronda-ronda mall lagi. Sempat la beli backpack untuk aku. Lepas kemas-kemas, kami pun check out. Argh, rasa tak nak balik! Kami terus balik ke KT. Singgah isi minyak, makan & solat je.
Sekian lah cerita percutian aku. Jumpa lagi di setengah tahun kedua. Eheh~
Maido ari, jaa~















Comments