Cameron Highland : 2nd Visit

Salam alayk...

Ramadhan Kareem... Hari ni dah masuk hari ke-5 kita berpuasa. Bingung jugak aku fikirkan menu untuk berbuka. Hurm~

Kali ni aku nak throwback apa yang berlaku seminggu sebelum puasa. Lebih tepat, pada 8 hingga 10 Jun. Pada mulanya, unit Cik Abe nak buat kursus pengurusan wabak denggi kat Cameron Highland. Kursus ni untuk PPKP dan AKS, termasuklah PKE. Aku memang tak tersenarailah. Tapi Cik Abe suruh aku mintak pelepasan dari bos aku untuk join kursus ni. Alhamdulillah, bos aku bagi. So aku arrange transport dengan PKD aku sebab Cik Abe tak nak drive ke CH.

Pagi Isnin, Toyota Innova PKD aku tiba lepas ambil AKS dan PPKP. Kami terus bertolak ke CH pada pukul 9am. Dalam pukul 10am kami berhenti breakfast kat Ketereh, makan nasi daging singgang. Kemudian kami meneruskan perjalanan. Semasa melalui daerah Kuala Krai dan Gua Musang, aku masih dapat melihat kesan-kesan banjir tempohari. Malah, masih ada jalan yang rosak, tetapi sedang dibaiki.

Kami berhenti solat jamak Zohor/Asar di Masjid Keputeraan Lojing pada jam 3pm. Udara kat situ dah sejuk. Lebih-lebih lagi bila kena air paip. Sejukk sangatt!! Perasaanku semakin teruja untuk sampai ke CH. Last sekali aku ke sana tahun 2008. Boleh baca post kat sini.

Malangnya, perjalanan naik ke CH jem! Aku lupa, cuti sekolah... Dari Kg. Raja nak ke Tanah Rata ambil masa hampir 2 jam! Huhu~ Kenderaan merangkak-rangkak. Mujur bukan aku yang drive. Haha~

Akhirnya kami tiba di Hotel Heritage, Tanah Rata pada pukul 5.30pm. Lepas check in, kami turun ke food court Tanah Rata untuk lunch. Malas nak gi jauh-jauh sebab jalan masih jem. Kami makan masakan panas, tapi rasanya biasa-biasa saja. Nak ke pasar malam di Brinchang, tapi esok sajalah sebab kami masih penat. Kemudian kami balik ke bilik untuk berehat sementara Cik Abe selesaikan kerja-kerjanya. Pukul 7pm kami turun dinner pula. Cik Abe kata ni hotel 4 bintang, tapi servis, bilik, layanan dan makanan dia so-so saja. Tak padan dengan 4 bintang pula. Malam baru mula kursus. Tapi LCD pula buat hal. Cuma bos Vektor bagi ucapan saja. Pukul 9.30pm kami dismiss. Tidur!



 +pemandangan di sekitar hotel pada waktu pagi+

Esok paginya breakfast. Below than expectation. Kemudian sesi ceramah. Minum pagi. Ceramah lagi. Lunch. Sambung ceramah lagi. Sebab beberapa slot semalam terpaksa dibawa ke hari ni, jadual kami pack la sikit. Pukul 6 baru habis semua. Ingatkan dah tak sempat nak gi pasar malam. Tapi kami keluar juga. Mujurlah jalan dah tak se-jem semalam. 

Lepas parking, terus kami bertebaran menjamu mata dan perut. Jamu mata tengok sayur-sayuran, buah-buahan dan pokok-pokok yang dijual. Jamu perut makan stroberi celup coklat, ubi rebus cendawan goreng dan jagung rebus/bakar. Haha~ 

+jagung bakar. tapi x berapa manis+

Sebenarnya, aku hajat datang CH ni nak cari sambal stroberi yang katanya sedap meletops tu. Nak gi ke farm dia macam xsempat, macam xtau jalan. So kami pusing-pusing la pasar malam ni dengan harapan terjumpa sambal stroberi tu. Alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak. Aku beli 1 botol je, RM18 sebotol.

+gambar ihsan pakcik Google+

Pukul 7pm kami balik ke hotel untuk dinner. Malam tu ada tugasan berkumpulan. aku tolong PPKP aku je sikit-sikit. Kemudian naik ke bilik dan tidur (mujurlah bilik aku 1 tingkat je betul-betul atas bilik konferens ni).

Hari ni dah nak balik. tapi sebelum tu ada pembentangan kumpulan dulu. Entah macam mana, masa kami overdue. Tapi PKD aku berjaya dapat no. 2. Hihi~ Pukul 2 baru kami check out. On the way balik tu jem juga. tapi sempat la kami singgah beli apa-apa yang patut. Hee~ Singgah di Masjid Keputeraan Lojing untuk solat Asar, solat Maghrib/Isyak di Kuala Krai dan dinner ramai-ramai kat bandar Kuala Krai. Kami sampai rumah jam 10pm.




+sempat pose sebelum balik+

Sekejap sangat kami ke sana. Lain kali nak pergi lagi la. Tapi of course bukan time cuti sekolah.

+sempat beli pokok bunga matahari. tapi sekarang pokok ni dah layu. panas sangat kat bawah ni eh?+

+makan stroberi dengan aiskrim ni syok jugak. seimbang masam-manisnya...+

Maido ari, jaa~

Comments

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Sesekali ubah selera