Raya-lah...

Salam alayk...

Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan kepada semua pembaca blog ni. Aku nak cerita balik apa yang berlaku masa raya aritu...

1 Syawal

Aku bangun subuh2 lagi, mandi sunat aidilfitri. Lepas solat subuh n bersiap, kami bermaafan dulu. Kemudian baru angkut beg masuk kereta n bertolak ke Besut. Sampai di rumah Wae, kami makan2. Ummi buat nasi minyak dengan gulai kambing n ayam kampung. Wae buat nasi minyak juga, tapi dengan gulai itik. Sedap betul! Adik-beradik Ummi yang balik adalah Pak Dil, Cik Na, Pak Yuh n Su Ha. Kemudian mereka pergi sembahyang raya. Aku yang cuti ni tolong jadi babysitter kejap. Huhu~

+ihsan n danish+

+adam+

+ter-interframe pule...+

Lepas orang balik sembahyang raya, kami bermaafan lagi. Dapat duit raya semestinya. Haha. Abg Rie (2 pupu aku) datang beraya. Kemudian kami bertolak ke rumah Mak pula...

Di rumah Mak, masa sampai tu ada sepupu Ayah datang. Aku just salam2 n terus pergi lepak dgn sepupu2 aku depan tv. Bertuah betul anak dara ni! Haha. Pastu tolong2 jugak Cik Na isi kuih dalam bekas. Mak n Cik Na buat roti jala n kuzi ayam. Adik-beradik Ayah semua ada. Lepas semua tetamu balik, kami bermaafan dan amek gambar ramai2. Seronok betul macam ni. Rasanya ni lah kali pertama kami amek gambar ramai2. Sayangnye arwah Tok Ayah dah takde. Rasa xlengkap pulak gambar tu... *tears*

+melayan sepupu2 makan+

+syahir+

Malam tu kami tidur di rumah Mak. Rasanya aku banyak betul tidur hari tu. Tengahari dah tidur, petang pun tidur, malam tidur lagi. Penat layan tetamu kot... Ye lah sangat! Haha~

2 Syawal

Lepas breakfast, kami ke rumah Wae semula. Cik Na buat nasi dagang, Ja buat gulai udang. Best betul makan! Lepas tu kami menziarahi rumah mak2 sedara umi. Kemudian kami bertolak pulang ke KT. Sampai di KT, singgah di Giant untuk beli makanan untuk esok. Malam tu ade kawan Ummi datang.

3 Syawal

Lepas breakfast, aku buat tat nenas untuk dibawa ke hostel. Ummi buat kek coklat n puding prune. Ramai jugak la anak murid Ummi datang. Kawan Ayah pun ada. Pak Yuh n Su Ha singgah kejap sebelum bertolak ke Melaka. Cik Na pun singgah jugak sebelum balik ke Dungun. Cik Na n Su Ha bermalam di rumah.

4 Syawal

Hari ni Ummi tempah sate. Pagi tu Ummi goreng mihun. Kawan2 aku datang beraya hari tu. Pastu kami nak pergi beraya rumah kawan2 lain. Kebetulan Jiah balik, n family dia buat open house. Aku keluar rumah pukul 11.30am. Pergi rumah Matun, Zulfa, Aisyah, Cik G, Jiah n Kak Yah. Sakan beraya sampai Ayah aku call, kata "Dah tak ingat jalan balik rumah ke?" Huhu~ Aku sampai rumah pukul 8.30pm. Nasib baik Ummi kata " Takpelah, mungkin tahun ni je dapat beraya dengan kawan2, tahun depan entah2 oncall masa raya." Betul jugak tu. Tapi aku puas hati sangat sebab dapat jumpa hampir semua kawan2 sekelas masa Form 5. Perempuan je la...

+di rumah matun+

+di rumah jiah+

+aku, cik g, jiah, shai n beb+

5 Syawal

Hari ni pergi kenduri aqiqah cucu Mak Cik Ainon, bekas pengetua Ummi. Kami memang kenal rapat. Makan nasi minyak n gulai kambing. Kat sana jumpa Akbar, penyanyi n pelakon tu... Dah 2 kali aku jumpa dia depan mata. Hari tu kat kenduri Kak Aling. Dia memang sempoi. Pakai t-shirt n kopiah je. Teringat je dia berlakon dalam drama Cinta Sempurna. Haha~

6 Syawal

Hari ni aku sibuk di dapur dari pagi sampai malam. Ayah ajak rakan2 suraunya makan. Ummi masak roti jala, kuzi ayam n lontong. Kelentang kelentung kami di dapur. Orang datang makan lepas Isyak. Banyak makanan lebih. Tapi Ayah puas hati, Ummi pun puas hati. Hihi~

7 Syawal

Iaitu hari ini. Aku dah kena balik ke KL. Pagi tadi pergi amek cupcakes yang aku tempah.

+cuppies+

+thanks to elle, pembuat cupcakes ni+

Elok je aku sampai rumah, Mak Cik Asmah (kawan Ummi) datang. Ummi hidangkan roti jala. Tak lama lepas tu Mak Cik Timah (kawan Ummi jugak) datang. Laku betul roti jala Ummi hari ni. Lepas Zohor, kami ke airport. Flight aku pukul 2.50pm. Tapi jalan sangat jem atas jambatan tu. berdebar perut Ummi. Ayah macam biasa, relax je... Sampai betul2 45 minit sebelum fly. Nasib baik sempat check-in... Huhu. Dan sekarang, aku kat bilik, tunggu Nisak n Fakriyah untuk makan sama2...

Maido ari, jaa~

Comments

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Dinner Alumni Medic UKM 2016