Tahniah Kak Min & Abe Leh
Salam alayk...
Hari ni 11.11.11, tarikh yang cantik. Hari ni juga, temanku, Najmi n Soleh disatukan sebagai suami-isteri. Mujurlah aku, FarrahQis n Epi off hari ni, so kami dapat ke kenduri di rumah Najmi di Kg. Baru Kuala Besut. Kebetulan, Era, Beck n Juna pun cuti, so diorang datang jugak dari Kemaman.
Aku bertolak pukul 10am, Mat sebagai driver. Mula2 pergi ambil FarrahQis di hostel. Sampai di Kg. Rhu Sepuluh, kami singgah di rumah Epi. Tisya, tunang Epi pun ikut sekali ke kenduri. Inilah first time jumpa Tisya. Sebelum ni ikut gambar@FB je... hehe.
Kami sampai di rumah Najmi tepat2 orang azan Solat Jumaat. Sementara yang lelaki pergi solat, kami yang perempuan ni bergigam n makan dulu. Lepas budak2 lelaki tu balik n makan, kami bergigam ramai2 lagi.
Cantik sangat Najmi! Baju cantik, mekap cantik, pelamin pun cantik. Gulai kenduri pun sedap. Sambal ikan bilis dia sedap sampai x hengat! Kalau dah hantu ikan bilis tu, goreng bodoh pun sedap... haha~
Kami balik pukul 3pm. Singgah solat untuk yang perempuan. Kami singgah makan ICT, sotong n keropok lekor kat Rhu Sepuluh. Lepas tu gi lepak2 kat tepi pantai, ambil angin n bergigam lagi. Pukul 5pm kami berpisah di situ n masing2 menuju destinasi yang berlainan...
Seronok sangat habiskan masa dengan kawan2 hari ni. Rindu pulak pada kawan2 di Kemaman. Sabarlah, aku akan kembali ke Kemaman lagi, cepat atau lambat, biar Allah tentukan...
Jom tengok gambar2 hari ni... :)
+congrats kak min n abe leh+
+najmi yg stunning n gorgeous+
+pelamin cantik+
+bakal2 pengantin akan datang... oops!+
+ahli rombongan+
+konvoi+
+bff+
Maido ari, jaa~
Comments