Serviks macam donut?
Salam alayk...
Sejak kerja di klinik kesihatan ni, aku kena terlibat dengan aktiviti2 pendidikan kesihatan kepada masyarakat setempat. Ye lah, dah nama pun Pegawai Perubatan dan Kesihatan kan... Jadi hari Rabu lepas staff nurse ajak la aku pergi bagi ceramah kesihatan kat Klinik Desa Kua. Kua? Kat mana tu? Huhu...
Kami bertolak dalam pukul 8.30 pagi. Aku konvoi dengan SN & JM sebab nanti nak balik awal. Tak la jauh sangat Kampung Kua ni. Kami melalui Kg. Bukit Kolam, Kg. Tok Randok, Kg. Bukit Diman, Kg. Machang, dan akhirnya Kg. Kua. Klinik desa ni 2 tingkat, tingkat bawah adalah klinik, manakala tingkat atas adalah rumah JM oncall. Ade 2 orang JM bertugas kat sini.
Sampai je kami breakfast dulu sebab tak ramai lagi ibu2 yang hadir. Pukul 9.40 pagi aku mulakan ceramah aku tentang kanser serviks dan Pap smear. Audiens adalah dalam 10 orang. Aku sedaya-upaya terangkan pasal kanser serviks dan pap smear dalam bahasa setempat yang paling mudah untuk difahami. Cakap Ganu lah orang kata... Hehe~ Aku tunjuk gambar normal serviks, mereka tak dapat bayang bentuk macam mana. Aku kata macam betuk donut, ade lubang kat tengah. Baby keluar dari lubang tu lah. Hehe... Boleh la kan, perumpamaan tu...
+memang macam donut kan?+
Harapnye mereka fahamlah dengan apa yang aku sampaikan. Sebab lepas tu ramai juga yang setuju untuk buat Pap smear. Alhamdulillah... Lepas tengok beberapa pesakit yang dirujuk oleh JM, aku pun pulang ke KK Ajil bersama nasi minyak dari KD Kua :)
Maido ari, jaa~

Comments