Apa anda tahu tentang HIV?

Salam alayk...

Hari ni aku baru balik dari satu kursus di Merang, Setiu. Kursus Prevention of Mother to Child Transmission atau nama glemernya PMTCT. Basically kursus tu mengenai macam mana nak handle kes wanita mengandung HIV +ve dan wanita HIV -ve dengan suami HIV +ve. Confuse tak? Mari aku terangkan...


Setiap wanita yang datang ke klinik kali pertama untuk booking mengandung akan disaring status HIV mereka dengan kit Rapid Test (ujian cepat). Jika -ve dan mereka tiada risiko jangkitan HIV, mereka disahkan HIV -ve. Tetapi jika Rapid Test -ve dan mereka mempunyai risiko untuk dijangkiti HIV, status HIV mereka akan diperiksa menggunakan kaedah ELISA. Keputusan dari ujian inilah yang akan mengesahkan mereka HIV -ve atau +ve. Begitu juga jika Rapid Test mereka +ve, ujian ELISA juga akan dibuat ke atas mereka untuk mengesahkan status mereka.

 
Ideally, bagi wanita yang HIV +ve, suami mereka akan turut disaring HIV, tetapi ini dibuat secara sukarela tanpa paksaan. 

Wanita yang HIV +ve boleh menjangkitkan virus tu kepada bayi dalam kandungan, namun risiko jangkitan paling tinggi pada masa akhir kehamilan dan ketika melahirkan. Oleh itu, amat penting untuk mereka mendapatkan pendapat pakar O&G, pakar Infectious Disease dan pakar Paediatrik mengenai cara kelahiran (bersalin biasa atau pembedahan), kemungkinan2 yang akan berlaku kepada bayi mereka dan bagaimana mereka perlu menghadapi realiti sebagai 'people living with HIV'.


Bagi wanita yang HIV -ve dengan suami HIV +ve, adalah penting untuk merawat suami mereka dengan antiretroviral therapy (ART). Kajian telah membuktikan bahawa selepas 6 bulan dirawat dengan ART, risiko isteri untuk dijangkiti HIV oleh suami mereka adalah hampir 0% dengan syarat mereka melakukan 'protected sex' (menggunakan kondom) dalam tempoh 6 bulan tersebut.

Itu sahaja yang sempat aku kongsi dengan korang semua. Ada soalan, boleh la ajukan. InsyaAllah, kalau aku tahu, aku akan cuba jawab...

Maido ari, jaa~

Comments

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Hen Gap Lai, Saigon (part 1)