Ambulance call
Salam alayk...
Hari Sabtu. Aku bertugas syif pagi. Seperti biasa, hari ni kami ada CME dengan bos, walaupun hujung minggu. Kali ini giliran aku untuk present tajuk hypovolemic shock. Pukul 10 pagi, kami bersurai dan kembali ke red zone. Tiba2 ada orang menjerit, "Mana HO, HO sorang pergi naik ambulans. Ada ambulance call!" Aku secara refleks terus menaiki ambulans yang sedia menunggu di pintu hadapan ED. Turut bersama aku, Pemandu Al Hadi, SN Shikim n PPK Niza. Kak Syikim memberitahuku ada lori treler terbalik di Bukit Kuang dan ada mangsa yang tersepit. Ambulans pertama sudah pergi dan dalam perjalanan membawa balik mangsa pertama. Mungkin keadaannya kritikal. Memang mencabar menaiki ambulans ke tempat kejadian. Al Hadi begitu cekap mencilok di jalanraya. Aku gerun sekali, terutamanya di Jambatan Bukit Kuang yang sempit. Salute la Al Hadi!
Sampai saja di tempat kejadian, aku lihat badan treler melintang di atas longkang yang sedang dibina di tepi jalan. Pasukan bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa. Menurut En Azmi, Ketua Balai Bomba Chukai, kemungkinan mangsa sudah meninggal kerana tertimbus pasir. Aku diminta naik ke atas badan treler itu untuk melihat keadaan mangsa. Apa yang aku nampak, hanya bahagian tangannya. Yang lain tertimbus dek pasir. Namun, aku harus menunggu sehingga mangsa dikeluarkan sepenuhnya untuk mengesahkan kematian.
+badan treler yang merentasi longkang+
Dengan bantuan kren, badan treler itu berjaya dialihkan dan mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba. Bila aku lihat sahaja keadaan mangsa, aku tahu beliau sudah tiada. Skull fracture, severe head injury, open tibia fracture. Aku merasa nadi karotidnya, namun gagal. Aku mendengar degupan jantungnya, namun gagal. Memang mangsa sudah meninggal. Kami menunggu sehingga pihak polis tiba dengan landrover untuk membawa mangsa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.
+ehem, spot me there :P+
Menurut saksi kejadian, mangsa dan kawannya adalah buruh yang membuat longkang di tepi jalan. Tetapi, sudah ajalnya, beliau dilanggar oleh badan treler yang meluncur laju ke arahnya tanpa sempat mengelak. Sayu hatiku mengenangkan nasib mangsa serta keluarganya di Indonesia. Hidup di rantau harus sabar!
*photos from sinar harian 13 May 2012*
Maido ari, jaa~


Comments
keep on reading n following. haha