Mr Right buat Nisak

Salam alayk...

Alhamdulillah, semalam sahabat baikku, Nisak telah selamat menjadi tunangan orang. Aku sempat call Nisak malam sebelum majlis pertunangannya. Biasalah, nak korek kisah cinta mereka. Hehe. Mula2 Nisak reject tunangnya tu 2 kali sebab rasa tunangnya tu matured sangat n mereka tak sesuai. Tapi... ternyata jodoh mereka kuat! Kali ke-3 lelaki itu melamar, Nisak terus setuju.

Nisak selalu meluahkan kepadaku, kenapalah jodohnya lambat sampai. Yelah, dah banyak kali frust menonggeng. Apa yang aku dapat ucapkan padanya, banyakkan berdoa. Jodoh tu boleh datang dalam sekelip mata pun. Siapalah kita untuk menentukan soal jodoh, rezeki, ajal dan maut. Hanya doa sajalah senjata kita...

Apa pun aku sangat bersyukur dan gembira kerana akhirnya Nisak telah menemui Mr Right-nya. Semoga Nisak bahagia sentiasa. Aku hanya dapat mendoakan dari jauh. Harap2 walimahnya nanti aku dapat hadir.

+my dear BFF+

Maido ari, jaa~

Comments

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Hen Gap Lai, Saigon (part 1)