Polis oh polis
Salam alayk...
Semalam aku kerja syif malam. Dalam pukul 2am, ada 2 orang anggota polis membawa seorang pesakit psy yang ditahan kononnya telah membuat kekacauan di kawasan perumahannya. Menurut report polis itu, lelaki itu telah membuat kacau pada pukul 2.30am 14/5/12. Report itu hanya dibuat pada 15/5/12 jam 10pm (lebih 24 jam). Maka pihak polis telah menahan lelaki itu yang sedang tidur di sebuah masjid, tanpa tanda2 akan merosakkan atau mencederakan sesiapa (not in aggressive behaviour). Selepas history taking daripada pesakit itu, aku dan Kak Faraliza menyuruh polis tu memanggil ahli keluarga pesakit untuk collateral history. Tetapi polis tu memberitahu kami mereka tidak berjaya menghubungi ahli keluarga lelaki itu. Aku terus naik angin! Bukan ke orang yang buat laporan polis tu jiran kepada lelaki itu. Siap ada nombor telefon lagi. Aku suruhsalah seorang polis tu call jiran lelaki itu. Tapi mestilah x angkat sebab masa tu pun dah pukul 2.30am. Manakala seorang lagi polis telefon balai polis untuk meminta bantuan. Tak sampai 5 minit pun, mereka sesedap oren je kata "Kami xtahu nak cari keluarga dia kat mana. Kami dah habis ikhtiar!" Aku lagi la naik angin, rasa nak meletup kat situ jugak. Hello, kau baru call orang tu sekali tapi masuk voice mail, dan kau xpergi lagi rumah dia, ketuk pintu rumah dia, kau kata dah habis ikhtiar??? Kalau kau malas sangat nak buat kerja kau, kenapa kami nak tolong kau jugak??? Mujur aku tak sound polis tu macam tu.
OK lah, lepas je Kak Akmar MO psy review pesakit tu, Kak Aqmar kata lelaki tu waras. Dan kemungkinan report tu salah n mereka salah tangkap orang sebab ada seorang lagi pesakit psy di kawasan itu yang selalu membuat kacau. Jadi pesakit itu perlu dimasukkan ke wad sementara warisnya ditemui dan untuk pemerhatian. Bila je nak tolak pesakit tu naik ke wad, polis tu lagi sekali menaikkan darah aku. Dia kata perlu ke accompany pesakit tu sebab kebetulan warisnya dah ada. Kak Ziha (nurse malam tu) bagi hint kat aku yang polis tu xnak jaga patient kat wad. Aku terus cakap, sepatutnya polis la kena jaga sebab polis yang bawa pesakit tu ke hospital. Kalau tak nak jaga, lain kali jangan bawak! Bukan ke pesakit tu masih lagi orang yang ditahan??? Malas aku nak layan polis tu, aku suruh je dia naik wad dulu n bincang dengan nurse kat sana, kena jaga atau tak. Hiii, meluat aku tengok polis tu! Dah la main bawak je pesakit gi hospital tanpa tahu sangat kes apa.
Oh by the way Mr Policemen, you lost my respect now!
Maido ari, jaa~
Comments