Tempat kerja baru

Salam alayk...

Mulai bulan Mac 2014, aku dah berpindah ke Kelantan. Aku bertukar ke Kelantan sebab ikut 'Cik Abe' (panggilan untuk suami bagi orang di sini). Diakan anak jati Kelantan! Aku ditempatkan di Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah di Unit Kesihatan Sekolah. Kiranya aku berulang la dari Kota Bharu dalam 45 minit sebab jalan pun tak sibuk.
Unit aku ni staf dia 4 orang je tak termasuk aku. Ada staff nurse, jururawat masyarakat, penolong perawatan kesihatan dan pemandu. Kerja kami hari-hari pergi sekolah. Periksa budak dan cucuk imunisasi. Kadang2 ada jugak hari yang tak pergi ke sekolah, maka bertapalah aku dalam bilik aku ni... Hihi~
Lepas tu program di bawah unit aku adalam Program Doktor Muda dan program LINUS. Doktor Muda tu yang macam korang tengok dalam TV tu la, cuma yang aku pantau ni lebih tumpu kat sekolah je. Takde lah nak masuk TV bagai kan... Program LINUS tu pulak untuk saring pelajar yang bermasalah dalam literasi dan numerasi. Adalah instrumen dia yang perlu aku baca dan hadam.
Secara konklusinya, kerja aku kat unit ni tak la sesibuk kerja di klinik. Sangat banyak waktu luang terutamanya petang. Dan setakat ni aku sangat suka berada di sini. Tak nak tukar2 lagi. Hehe.

Maido ari, jaa~

Comments

Dear Weirdo Me said…
lama dok singgoh blog nani sebab saya pun jarang berblog sekarang ni. ouh, rupanya nani dah pindoh jauh dah ni.. have fun in a new place!
Salsabila said…
thanks jlaa.. igtkn x dok org doh bace blog nani. huhu

PiNkYCaT said…
bestnye nani kat tempat kerja baru tu! lagi relaks dari duk KK je...ct duk kat KKBP mcm bz je...huhuhu...cuma beza dgn spital kat klinik takde oncall....tu kelebihannya...klu nak kire bz jugak kat sini sbb patient kat sini ramai...

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Sesekali ubah selera