Warkah Buat Olaf (Sayang Mommy)

Salam alayk...

Olaf anak Mommy,


Mommy masih ingat lagi kali pertama Mommy jumpa Olaf di Ming Yu Pet Shop. 28 Jun 2014. You was so small at that time! Baru 6 bulan. Sangat comel, putih bersih dan gebu. Mommy terus jatuh hati kat awak. Mommy tak fikir panjang, terus setuju nak adopt awak.

+first encounter: 28th June 2014+

Sebab awak baka Persian, Mommy tahu awak sangat sensitif. Awak perlu dijaga dengan penuh perhatian. Awak perlu divaccinate, makan awak tak boleh sembarangan makanan kucing, bulu awak kena grooming tiap2 hari, awak kena mandi dengan air suam je, awak perlu dibelai setiap masa sebab awak domestic cat yang sangat manja...

+first jab: 11th July 2014+

Tapi Mommy minta maaf. Memang Mommy bawak awak pergi vaccinate, tapi kadang2 terlepas due, sampai awak pernah demam selsema. Kadang2 Mommy terlambat bagi awak makanan sampai awak rasa sangat2 lapar. Mommy tak sempat pun nak grooming bulu awak tiap2 hari sampai bulu awak crumbled. Mommy pernah mandikan awak dengan air paip biasa sampai awak menggigil kesejukan. Kadang2 Mommy sangat sibuk sampai tak sempat nak bermanja dengan awak...

Maafkan Mommy kalau Mommy berlaku tak adil pada awak. Maafkan Mommy kalau Mommy zalim dengan awak. Maafkan Mommy kalau Mommy lalai dengan tanggungjawab terhadap awak. Tapi Olaf tahu kan, Mommy sangat2 sayangkan awak...

Olaf ingat tak, peristiwa banjir besar di Kelantan, 25 Disember 2014? Mommy terpaksa lari ke pusat pemindahan. Mommy terpaksa tinggalkan awak di rumah tu. Masa tu Mommy tawakkal, Mommy serahkan nasib awak kepada Allah! Malam tu Mommy tak boleh tidur, menangis kerana teringatkan awak. 4 hari lepas tu Mommy kembali ke rumah tu lepas air surut. Berdebar hati Mommy fikirkan awak. Syukur, Allah jaga awak, nak. Bila Mommy buka je pintu rumah, awak terus panggil Mommy. Mommy boleh bayangkan betapi takutnya perasaan awak ditinggalkan seorang diri di rumah tu. Maafkan Mommy, nak...

Ingat lagi tak, hari kita keluar dari rumah tu? 11 April 2016. Mommy bawa awak sekali sebab Mommy tak nak awak teraniaya. Mommy sanggup habiskan duit hantar awak ke cat boarding semasa Mommy dalam waktu genting tu. Yang penting awak ada dengan Mommy. Sebab awak sentiasa membahagiakan Mommy...

Olaf sayang,

1 Jun 2016. Maafkan Mommy kerana terpaksa mengorbankan awak untuk pembebasan Mommy. Maafkan Mommy kerana sanggup melepaskan awak pergi. Mommy tak sempat ucap selamat tinggal pun kat awak. Malah, Mommy tak tahu pun awak dibawa ke mana...

+one of the last moments: 15th April 2016+

Dah banyak peristiwa awak lalui selama tinggal dengan Mommy. Mommy harap awak kenang Mommy sampai bila2. Mommy sangat harap awak dapat maafkan Mommy. Kerana Mommy manusia yang lemah!

Olaf mesti ingat, Mommy tetap dan sentiasa sayangkan awak.
Mommy doakan Olaf dapat tuan baru yang lebih baik dari Mommy.
Mommy doakan Olaf sentiasa di bawah lindungan Allah
Mommy doakan Olaf dapat temani Mommy lagi di Syurga nanti...

Yang amat mengingati, merindui dan menyayangi Olaf,
Mommy 




+anak manja Mommy+

Comments

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Hen Gap Lai, Saigon (part 1)