1st International Kelantan Health Conference
Salam alayk...
Minggu lepas aku pergi International Kelantan Health Conference (KHC) ni. Buat kat Renaissance Hotel KB. 3 hari. Semestinya di sponsor oleh PKD. Haha~ Temanya: Managing the Unexpected. Pasal banjir tahun lepas la. Bos aku suruh aku prepare poster dan Pathman prepare oral presentation. Mula-mula kena hantar abstrak dulu, tapi abstrak aku yang pertama ditolak oleh scientific committee sebab takde unsur-unsur research katanya. So dengan tergesa-gesa aku carilah topik baru sebab dah nak dekat dengan due date. Tengok-tengok data, kes denggi daerah Tumpat ni meningkat lepas banjir. So aku buat la small study tentang perkaitan kes denggi dan banjir. terus aku propose pada bos, dan bos setuju. Pendek cerita, abstrak aku yang kedua ni berjaya masuk dalam KHC.
Lama juga aku peram study aku ni. Ingat masa bulan puasa nak buat la blueprint poster tu, tapi kebetulan ada wabak typhoid pulak. Jujurnya, seminggu sebelum KHC baru aku dapat fokus betul-betul pada poster ni. Siap cari the best poster template dalam internet. Study tu minta bos tolong counter check analisis dia. Sebab bos suruh guna multinomial logistic regression yang mana aku tak pernah belajar pun macam mana. Semua ni aku belajar melalui tutorial dalam internet je... 2 hari sebelum KHC, aku berjaya siapkan poster. Pening juga nak cari printing company untuk poster saintifik ni. Ada kedai tu takde kertas untuk poster saintifik. Ada kedai tu ambil masa 2-3 hari untuk siapkan design dan print. Mujurlah kat pejabat Cik Abe ada IK tu kenal orang printing, dan dia boleh print dalam masa kurang sehari kalau tak design apa-apa. OK lah, aku suruh print sahaja sebab design aku dan bos dah puas hati. Esoknya, dapat la poster tu sebesar 4x3 kaki dengan harga RM120 (takpe, boleh claim dengan PKD. Hihi~).
+intipati poster+
Hari pertama KHC, sampai je terus aku daftar sebagai presenter poster. Dapat board no 8. Terus pergi tampal poster. Poster aku sangat simple. Tapi aku tengok ada poster yang tak ikut saiz. Ada 40 poster semuanya. Tak harapkan apa-apa, cuma sekadar meriahkan pameran je. Haha~
+poster kami+
Hari kedua. Sebelum tea break pukul 11am, diumumkan nama 6 poster terbaik. Nama aku disebut! Subhanallah! Berdebarnya. Pukul 3pm tu diadakan sesi soal jawab bersama panel hakim. Ada 6 orang hakim dari USM dan HRPZ II. Alhamdulillah, sesi berjalan lancar, walaupun poster aku ada kelemahan. Memang tak harapkan kemenangan pun. Bak kata bos aku, yang penting pengalaman. Kalau menang tu bonus!
+bersama bos dan AKS+
Hari ketiga. Semasa tea break, aku menerima panggilan telefon dari urusetia. Katanya, aku adalah salah seorang pemenang dan aku diminta bersedia untuk naik ke pentas. Jantung aku berdegup laju. Subhanallah! Syukur Ya Allah... Semasa sesi penyampaian hadiah, nama aku diumumkan sebagai pemenang tempat kedua. Tempat pertama dan ketiga adalah master students MPH/drPH USM. Berdebar juga nak naik pentas. takut aku buat malu atas pentas. Terjatuh ke, haha~ Bismillah... Masa berjalan ke arah Dato' pengarah yang nak bagi hadiah tu, rasa semua perhatian/pandangan diberi kepada aku. Malu sampai tak tahu nak pandang mana dan tak tahu mimik muka aku senyum ke apa. Tapi aku pasti bibirku tersenyum lebar. Positif! Haha~ Dari jauh lagi TPK Dr Junaidden dah ucap tahniah. Semasa terima hadiah dari Dato', Dato' siap tanya aku gred berapa. Too junior maybe to win this. Haha~
+the moment+
Aku pasti bos aku, Dr Latifah sangat berbangga dengan aku. Malah, KPP lain turut mengucapkan tahniah. Siapa sangka, MO biasa yang baru menceburi bidang ni boleh menang tempat kedua, bersama-sama master students lain. Kemenangan ini semakin menaikkan semangat aku untuk terus berjaya dalam public health. Harap permohonan aku tahun ini berjaya. Amiin...
+belanja wefie sikit...+
Maido ari, jaa~
Comments