Aedes species
Salam alayk...
Sejak duduk kat pejabat kesihatan ni, aku banyak ikut aktiviti-aktiviti berkaitan denggi. Kebetulan pulak kes denggi di Tumpat ni awal-awal tahun dah tinggi. Daerah paling banyak kes, kalah Kota Bharu. Siap ada 6 lokaliti wabak lagi. Kat kawasan wabak tu, lepas Pembantu Kesihatan Awam (PKA) dan Pembantu Rendah Am (PRA) fogging petang2, Ahli Kaji Serangga (AKS) akan pergi pasang ovitrap selama 48 jam untuk tengok ada tak lagi nyamuk yang bertelur dalam masa 48 jam lepas fogging. Ni secara tak langsung boleh nilai keberkesanan aktivit fogging tadi. Kalau ada larva (jentik-jentik, orang Kelantan panggil ugat-ugat), maka spesisnya akan dikenal pasti untuk kawalan seterusnya.
Maka, untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan aku, aku telah belajar dengan AKS tentang perbezaan jentik-jentik nyamuk Aedes aegypti dan Aedes albopictus. 2 spesis nyamuk Aedes tu la yang membawa demam denggi kepada kita.
Aedes aegypti
A. aegypti ni jenis agresif. Dia akan hisap darah hingga kenyang. Maksudnya, kalau dia hisap orang pertama, dan dia dihalau sebelum kenyang, dia akan cari orang kedua dan seterusnya untuk kenyang. Maka denggi dari dia ni cepat tersebar. Tempat pembiakan dia pula dalam rumah (indoor). Tapi kalau jumpa juga jentik-jentik aegypti ni luar rumah, maknanya memang spesis dia ni sangat banyak sampai kena membiak luar rumah pulak..
Aedes albopictus
A. albopictus ni membiak kat luar rumah (outdoor). Dia tak seagresif aegypti. Memang kontra habis dengan aegypti la senang cerita.
Ni aku bagi perbezaan kedua-dua jentik-jentik ni.
Aku siap tengok jentik-jentik ni bawah mikroskop lagi sebab nak appreciate betul-betul features dia. Memang seronok! Macam masuk kelas biologi/entomologi pulak. Dah la AKS tu pun perempuan, masuk geng je dengan aku. Nadwah namanya, umur baya Atin (26 tahun), sama-sama minat Arashi. Hihi~
Maido ari, jaa~



Comments