Aktiviti Kawalan Pasca Banjir

Salam alayk...

Kali ni aku nak bercerita tentang aktiviti kawalan pasca banjir. Untuk pengetahuan korang, mulai 5 Januari 2015, aku ditempatkan di Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat untuk membantu Pegawai Kesihatan Daerah. Skop kerja aku, macam Pegawai Kesihatan Epidemiologi, verify case, siasatan kes, terlibat dalam aktiviti2 berkaitan dan lain2 lagi. Basically aku attach kat bilik gerakan daerah (walaupun aku dapat bilik sendiri).

Disebabkan masa aku datang ke PKD tu tengah sibuk pasal hal2 pasca banjir, aku tidak terkecuali untuk turut serta dalam aktiviti2 tersebut. Selama 2 minggu tu, JKNK telah meminjamkan seorang Pakar Perubatan Kesihatan Awam ke daerah-daerah yang terjejas teruk. Maka, Dr L (bos aku) telah dibantu oleh Dr I. Antara aktiviti2 yang dilakukan adalah pemeriksaan premis Aedes, larvaciding, abating, fogging, penyemburan lysol untuk kawalan rodent dan LILATI, pengklorinan telaga, pemeriksaan premis dan pengendalian makanan dan pemeriksaan bekalan air dan tandas. Selain dari team dari daerah Tumpat, kami juga memerima team bantuan dari negeri2 lain serta sukarelawan untuk membantu proses pembersihan fasiliti kesihatan yang terjejas banjir.

Hari Isnin, aku ikut team Terengganu membuat penyemburan lysol ke pusat2 pemindahan banjir. Hari Rabu, aku ikut Dr I, PKP R dan PPKP Z melawat KK Teluk Renjuna dan KD Pulau Tongkang. Kedua2nya terletak di pulau dan kami perlu menaiki bot ke sana. Syoknya naik bot! Hihi~ Kemudian aku ikut Ahli Kaji Serangga (AKS) pergi periksa longgokan sampah dan assess risiko LILATI. Kami juga pergi siasat aduan lalat di sekolah yang jadi pusat pemindahan banjir. Selain itu, aku ikut tean Food Safety & Quality (FSQ) pergi audit kantin sekolah. Aku juga ikut team Vektor buat pemeriksaan premis Aedes.

Sebelah petang, kami akan buat debriefing di mana semua team akan lapor balik kepada Dr L dan Dr I tentang penemuan2 mereka. Seterusnya Dr I akan rancang apa aktiviti yang akan dibuat pada esok hari. Selama 2 minggu kami fokus pada aktiviti tersebut. Bagus juga, dapat la aku isi logbook banyak2. Hihi~

Maido ari, jaa~

Comments

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Dinner Alumni Medic UKM 2016