Qing Fang Noodle House
Salam alayk...
Rasanya dah lama aku tak share pasal makanan atau makan-makan dalam blog ni kan? OK lah, nak bagitau, hari tu, masa aku dan Cik Abe nak balik dari KL ke KT, kami singgah la kat UIAM untuk ajak Adik (adik bongsu Cik Abe) lunch sama-sama. Tapi of course la Adik yang drive sebab kami tak biasa dengan jalan-jalan kat KL ni. Harapkan GPS je... Hihi~ Adik kata nak bawak kami pergi makan kat tempat best. Kami ikut je la. Rupa-rupanya dia bawak kami pergi makan di Qing Fang Noodle House di Platinum Walk.
+dekorasi dalaman+
+specialty mereka, mi tarik+
Aku bukanlah penggemar Chinese food. Tapi aku adalah orang yang suka mencuba makanan baru. Jadi aku OK je la makan kat situ. Kedai tu adalah kedai Cina Muslim yang mana makanannya adalah halal. Oleh kerana specialty di situ adalah mi tarik, jadi aku telah mencuba beef ramen. Cik Abe, yang memang pemakan nasi sejati telah memilih nasi goreng dan Adik memilih mee goreng. Kononnya nak cuba sup dia, Cik Abe telah memesan West Lake Beef Soup bersaiz SMALL. Adik juga memesan air herba apa entah. Sedap katanya...
Bila pesanan kami tiba, bukan main terkejutnya aku. Yelah, portionnya besar. Ramen aku mangkuk besar. Begitu juga sup. Tapi nasib baik masa tu kami dah betul-betul lapar, pukul 2 baru nak lunch, kami berjaya jugak habiskan makanan kami. Cuma sup je tak mampu kami habiskan. Besar sangat mangkuk sup untuk yang bersaiz SMALL. Kalau yang LARGE tak tau la besar mana... Last-last tapau bagi kat Adik makan kat hostel dia. Haha~
+macam ni la rupa beef ramen+
Bagi aku, makanan kat situ sedap juga, kena la dengan selera aku. Cuma rasanya sedikit plain, dan perlu tambah sedikit sambal cili untuk buat rasa lebih kick (memang ada disediakan sambal cili kat situ). Kalau pergi makan kat situ lagi aku akan try makanan lain kot, mee goreng adik macam nampak sedap juga... hihi~ Harga pun boleh tahan la... sebab portion dia besar kan...
Jadi, sesiapa yang sukakan Chinese food, boleh la kunjungi Qing Fang Noodle House di Platinum Walk, Setapak.
p/s: Gambar-gambar ni ihsan dari page Qing Fang kat Foursquare. Malu rasanya tua-tua ni nak snap gambar makanan. Haha~
Maido ari, jaa~



Comments