Trip 2: Universal Studios Singapore

Salam alayk...

Esok harinya pula, awal2 lagi kami bersiap dan bertolak ke Tune Hotel JB. Kami masing2 membawa backpack untuk diisi botol air mineral. Senang nak jalan2 kalau galas backpack ni. Tepat jam 7.30 pagi, bas kami bertolak ke Singapura. Berdebar juga perasaan aku. Nak ke luar negara lah katakan... padahal lintas Selat Tebrau je. Haha. Mula2 kami perlu melalui Imigresen Malaysia, kemudian singgah di Imigresen Singapura untuk cop pasport. Aku tak sangka pula pegawai imigresen Singapura tu Melayu... ingatkan bangsa2 lain. Huhu.

Kami akhirnya tiba di Resort World Sentosa selepas bosan tidur sepanjang perjalanan. Jam menunjukkan pukul 9.50 pagi. Pagar USS masih belum dibuka. Maka kami buat keputusan untuk cari tempat untuk sarapan. Jalan punya jalan, kami jumpa McDonald's.  Maka egg McMuffin selamat menjadi santapan kami.

Usai saja sarapan, kami segera masuk ke USS. Mujurlah tiket travel agent kami dah beri awal2. Takde la beratur panjang nak beli tiket. Kawasan USS tak luas sangat. Kami sempat pusing USS 4 kali dari 10 pagi sampai 6 petang.

Banyak rides kami tak naik sebab En. Suami gayat. Haha. Naik ride Sesame Street untuk budak2 tu pun dia dah terjerit2. Tapi yang paling best adalah di bangunan 'Light, Camera & Action!' oleh Steven Spielberg. Memang real babak hurricane tu! Persembahan pentas Monster Rock pun bagus dan menghiburkan. Dapat pula berjumpa dengan watak2 dari filem2 terbitan Universal Studios. Cuma kami ambil gambar dari jauh je sebab ramai sangat beratur nak ambil gambar.

Sebelum balik kami makan dulu di restoran ThaiBali. Aku makan K-pop noodle. Sedap! Pukul 7 malam kami bertolak balik ke Tanah Melayu...

Jom tengok gambar lagi yuk!

Maido ari,jaa~

Comments

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Dinner Alumni Medic UKM 2016