Trip 1: Legoland
Salam alayk...
Subhanallah... lama sungguh aku x update blog ni. Dh bersawang & berhabuk pun... huhu. Nak buat macam mana, keadaan tidak mengizinkan... (bajet sibuk sangat! Haha).
Oklah, kali ni aku nak cerita pasal percutianku ke selatan tanahair. Ambil kesempatan sempena cuti 'terkepit' (deepavali & awal muharam). Kami bertolak ke JB pada hari sabtu melalui Segamat. Kami sampai di JB pukul 9 malam dan terus check-in di Hotel Puteri Pacific. Sebab penat sangat, kami dinner dine-in saja...
Esoknya, kami check-out dan meronda2 di bandar JB. Pergi JB City Centre. Pastu ingatkan nak pergi zoo (macam xde tempat sangat nak pergi), tapi hujan pulak. Jadi kami terus check-in di Hotel Berjaya Waterfront. Rupanya hotel ni kat Stulang Laut dan perlu melalui pos kastam untuk keluar masuk. Petangnya kami masuk The Zon kat sebelah hotel tu. Ingatkan besar la mall tu, tapi x banyak kedai. Macam mall mati je... bak kata En. Suami. Malam ade bola. TRW vs Pahang. Kami lepak kat bilik je sambil makan Marrybrown. (Sedih TRW kalah... huhu).
Esoknya, kami ke Legoland! On the way tu kami sempat singgah di Tune Hotel Danga Bay untuk ke ofis travel agent. Sebab kami plan nak ke Universal Studios Singapore pulak. Lepas book bas n tiket masuk, kami beli terus tiket Legoland. Mujurlah, sebab orang sangat ramai beratur kat kaunter tiket. Sampai2 je kat sana kami lunch dulu... baru ade tenaga nak pusing2 satu Legoland. Haha.
Best jugak kat situ. Kami tengok persembahan silap mata & filem 4D. Tapi kebanyakan permainan untuk kanak2. Orang sangat ramai beratur untuk turn bermain. Kami ambil gambar saje la... lepas tu x sangka pulak boleh terserempak dengan Pak Yuh (bapa saudaraku) & keluarganya. Haha.
Ok, jom tengok gambar lah sebab penat nk taip. Hehe :p
Bersambung...
Maido ari, jaa~
Comments