Hari-hari terakhir sebelum GST

Salam alayk...

Hari ni dah 31 Mac. Esok, 1 April, adalah tarikh lahir GST. OMG!!! Apa-apa pun, mari kita menikmati hari-hari terakhir sebelum GST...

Semalam aku dan Cik Abe pergi ke Thai Festival kat depan Stadium Sultan Mohammad IV tu. Saja jalan-jalan sambil tunggu trafik reda sikit. Kebetulan pula semalam aku ke mesyuarat KWER kat pejabat Cik Abe. Jalan kaki je dari pejabat Cik Abe. Mari kita tengok suasana kat sana...

 +roti tisu sini sedap!+

 +kerabu seafood+

 +antara gerai-gerai kat sana+

 +pulut mangga+

Kami beli makanan ringan je. Ada jugak jual nasi khaomok, nasi ayam, pelbagai kerabu, pulut ayam, pulut mangga dan lain-lain. Tapi kami tak beli la, takut holding time makanan tu lebih dari 4 jam. Kang tak pasal-pasal kena cirit-birit... Huhu~ Tapi atas selera dan pilihan masing-masing la. Cik Abe awal-awal lagi cakap no-no. 

+sate ayam (RM5), roti tisu (RM3) & durian chips (RM10)+

+roti tisu (lagi) & egg stick (RM4)+

+baulu kismis (RM6)+

Makanan kat situ agak pricey sikit, tapi sebab nak try, beli sajalah... Pukul 6.30pm, tapi trafik pun tak surut-surut lagi. Maka Cik Abe cadangkan kami terus dinner. Kat nmana lagi, Hotel Perdana ler... Beberapa tapak je dari pejabat dia. Haha~ Jom kita makan sedap!

+cerana coffee house+

+fish & chips+

+hainanese chicken rice+
 
Kami order makanan je, air minta air kosong je. Bila makanan sampai, aku rasa portion nya dah kecil sikit. Kalau dulu merangkak aku nak habiskan. Kali ni boleh la makan sampai habis. Total kami makan RM45 sahaja.

Dah kenyang, jom balik!

Maido ari, jaa~

Comments

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Hen Gap Lai, Saigon (part 1)