Salam alayk... Memasuki minggu ketiga aku di program Sarjana Kesihatan Masyarakat (SKM/MPH) di PPUKM. So far so good. Alhamdulillah, aku dipertemukan dengan rakan2 sekursus yang baik2, saling membantu. Aku juga mendapat seorang penyelia (supervisor) yang baik. InsyaAllah aku akan buat sehabis baik untuk graduate on time (GOT). Doakan aku! #myMPHjourney Maido ari, jaa~
Salam alayk... Dah lama aku tak update blog ni. Bukan sebab aku lupakan, tapi memang tak sempat. Kali ni aku curi sedikit masa untuk mengabadikan kisah aku dalam blog kesayangan ni. Semoga suatu hari nanti aku boleh baca dan kenang balik peristiwa yang telah terjadi pada aku... Kisah bermula sejak 2 bulan lepas. Sebenarnya aku setiap kali period, memang akan senggugut. Kadang2 mild, kadang2 moderate. Aku biasa makan paracetamol dan sapu ointment je. Lepas tu tidur. InsyaAllah bangun akan OK. Tapi 2 bulan lepas, aku rasa sakit aku semakin severe. Satu malam aku terjaga pukul 3 pagi sebab sakit perut sebelah kanan. rasa macam urat dipulas2. Sakit sampai menangis. Serius memang tak tahan waktu tu. Tapi sebab pukul 3 pagi, susah untuk aku bagitau sesiapa untuk pergi ke hospital. Aku tahan sampai tertidur semula. Keesokannya, aku perasan yang bila aku tidur, perut aku akan sakit bila aku nak berpaling ke kiri atau kanan. Tapi still aku tak pergi dapatkan rawatan kat mana2. Sehi...
Salam alayk... 6.30 pm Alkisah, petang Jumaat lepas, penghuni E830 masing2 tak tau nak buat ape... Hanani: Laparnye... Jera, jom gi kafe kul 8 ni. Hajera: Eh, berani ke gi kafe kul 8? Nanti bertembung dengan budak2 yang baru balik surau... Hanani: Ala, lapar punye pasal... Hajera: Ok la... Fakriyah, jom gi kafe kul 8 nanti. Fakriyah: Gi makan kat luar la... Hajera: Kat mana? Hanani: (menjenguk ke bilik Fakriyah) Makan kat luar? Bestnye! Eh, jom2. Lama dah tak makan sedap2. Fakriyah: Mana2 la... asalkan sedap. Hajera: Korang nak makan nasi ke fast food? Hanani: Nani tak nak fast food, ok... Fakriyah: Kita gi makan ikan 3 rasa la... Ajak Ainul dan Bad sekali. Hajera: Ok... 8.00 pm Maka, dengan menaiki Kelisa Badriah, mereka berlima menuju ke medan selera kat Bandar Seri Permaisuri. +kita nak makan ape ni?+ +cepat la, kitorang pun nak pilih jugak...+ Badriah: Dik, order dik! Pelayan: Kak nak makan ape? Badriah: Bagi nasi putih 5, ikan siakap 3 rasa, yang sederhana punye. Lagi korang nak m...
Comments