Ceritera 9 Budak Hitam - part 2

Sesampainya di teratak nenda Puteri Sulung, mereka berehat n makan tengahari. Mereka harus meneruskan perjalanan mereka yang masih jauh. Sebelum bertolak, 9 budak hitam singgah di istana Bidadari Ayu. Puteri Durian sangat gembira kerana dapat memakan durian di sana. Bidadari Ayu sempat menghadiahkan beg kepada Putera Pemacu Kuda Diraja n Puteri Katak Puru. Maka tersangatlah gembira 2 budak hitam itu atas pemberian yang tak terhingga. Pukul 6.30 petang mereka menunggu bas untuk ke Kulim. Hanya 8 budak hitam ke Kulim kerana Puteri Sulung mahu menghabiskan lebih masa bersama nendanya n berjanji untuk berjumpa di Pulau Pinang. Malangnya bas ke Kulim sudah berlepas, maka mereka terpaksa menukar haluan ke Bagan terlebih dahulu. Mujurlah selepas hampir sejam menunggu, bas ke Bagan tiba.

+dengan nenek+

+model2 buah sekalian+

+bedal durian sebelum bertolak+

+susun baik2 beg tu+

Hampir jam 9 malam, mereka tiba di Padang Serai. Mereka dijemput oleh kekanda kepada Puteri Juara Tilawah yang dipanggil Putera Dhomi. Sesampainya di istana Puteri Juara Tilawah di Bukit Mertajam, mereka berehat dan membersihkan diri masing2. Selepas makan malam, mereka terus tidur. Letih betul! Dek kerana kepenatan, mereka terbangun lewat sampai ditegur 3 budak hitam agar menolong tuan rumah menyediakan sarapan. Apa boleh buat, mereka mengantuk sangat, layan je tidur tu...

Pukul 8 pagi barulah mereka bangun. Selepas mandi n bersarapan, mereka bersiap2 untuk mengembara di Pulau Pinang. Putera Dhomi akan menjadi penunjuk arah dengan memandu sebuah van yang dipinjamnya. Kebetulan pagi itu, Putera Pemacu Kuda Diraja mendapat panggilan telefon bahawa beg2 mereka yang hilang sudah dijumpai oleh seseorang. Segera dikhabarkan berita gembira itu kepada Puteri Katak Puru, maka bersyukurlah kedua2nya. Mereka segera menukarkan haluan ke Sungai Limau, Kulim untuk mengambil beg itu dari seorang hamba Allah yang jujur. Rupa2nya, mengikut cerita hamba Allah ni, kebetulan ada accident berhampiran tempat beg tu jatuh. Dia mengambil beg itu dengan tujuan untuk memulangkan kepada si empunya. Memang pada beg itu langsung tiada sebarang tanda pengenalan diri untuk dihubungi. Berpandukan nombor telefon pada kamera di dalam beg Putera Pemacu Kuda Diraja, dia mencari pemilik beg itu. Dan Puteri Katak Puru terfikir; mujurlah beg mereka jatuh di tempat yang sama, mujurlah Putera Pemacu Kuda Diraja meminjam kamera itu daripada seorang senior, mujurlah senior itu meletakkan nombor telefonnya pada kamera itu, n mujurlah seorang hamba Allah yang baik hati dan jujur menjumpai beg itu. Ya Allah, hebat sungguh tarbiyah dari-Mu!

+sarapan nasi lemak. sedap!!!+

+naik van ke pulau pinang+

Dari Sungai Limau, 8 budak hitam meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang. Mereka menaiki feri dari Bagan. Kebanyakan budak hitam itu sangat gembira kerana pertama kali menaiki feri.

+pulau pinang, pandangan dari atas feri+

+xtau kenapa pilih tempat ni jadi background... huhu+

Bersambung...

Comments

Anonymous said…
salam..nani, cepat lah sambung..huhu

xsabar nak baca nih..heee
letak lah watak puetri durian tu byk sikit..heee
mYshah said…
sapakah anda wahai puteri durian? owh sy smakin x kefahaman cerita ini~ nway nani ya marilah kita wat ari memasak seblogger~ kui3
Salsabila said…
haha, puteri durian... insyaAllah, akan sy letakkan nm anda di situ. jgn risau...

kesian shah, anda tidak kefahaman... xpe, anggaplah ini cerita hikayat lama2 yg bahasa sasteranya agak sukar difahami...
Anonymous said…
Biler masa lah pulak saya ada gelaran baru ni?best jgk puteri ratapan ank tiri.fobulous and fantastic lah nani wat citer ni..syabas.
semoga kembara ukhuwah ni lebih merapatkan hubungan ukhuwah antara kiter n lebih mudah utk kiter bergerak nanti.
takbir!Allahuakbar

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Hen Gap Lai, Saigon (part 1)