Aku Rindu...

Salam alayk...

Dalam seminggu ni, aku rasa sangat2 la rindu kat kawan2 sekolah dulu. Ni Cik Suebaik punya pasal la ni, buat segmen 'down memory lane' kat blog dia. Dah berjangkit dah rindu tu kat aku. Haish... F3

So, nak tak nak, aku kena layan jugak perasaan rindu ni. Korang tahan je la ye... F2


tersergam indah metropolitan ilmu

dikelilingi flora nan menghijau
menjadi kebanggaan negeri Terengganu
lambang keutuhan Islam


engkaulah SHAMS yang kami cintai

di sinilah perjuangan kami

tempat kami menabur jasa dan bakti

semoga kaukan kekal abadi


hidup berdisiplin menjadi amalan
tampilkan imej serta persepsi diri
berteraskan iqra' usjud iqtarib

lambang pegangan madrosah ini


dirimu tidak akan lenyap di jiwa

selagi hayat dikandung badan
kami takkan berputih mata

SHAMS takkan luput di ingatan


SHAMS, a.k.a. Sheikh Abdul Malek School, memang meninggalkan banyak kenangan dan kesan dalam hidup aku. Susah betul aku nak masuk ke sekolah ni, sampai kena buat rayuan. Tapi Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga mendaftarkan namaku di situ.


1 Khadijah 1999
+comot aku masa ni kan... F2+

Di sini langkahku bermula. Sebagai seorang budak sekolah kampung yang naif, di sini aku mula kenal kawan2 dari sekolah bandar, kawan2 dari daerah Kemaman, dan kawan2 yang bermacam ragam. Di sinilah aku mengenali suasana sekolah agama, belajar Bahasa Arab, dan belajar Tarannum dalam kelas al-Quran (tapi separuh jalan je).

2 Ummu Habibah 2000
+introducing... Geng Beras Jati SHAMS! F5+

Dah pandai cari geng sendiri. Waktu tu dah rasa macam besar sikit sebab ada junior. Dah mula pandai secretly admiring senior (tipikal budak sekolah). Kawan pun makin ramai, bukan setakat kawan sekelas je.

3 Ibnu Abbas 2001


Tahun agak getir. Waktu tu bermulalah kesiksaan dan kesengsaraan dalam hidup aku. Mana taknya, sudahlah pagi ada kelas Bahasa Arab, petang ustazah buat kelas tambahan, malam ada kelas malam lagi. Memang satu hari tu sampai muak tengok buku Bahasa Arab! Kami sama2 kena denda tawaf bangunan Tingkatan 3 kalau tak dapat hafal karangan Bahasa Arab. Memang malu, sebab semua kelas lain tengok! Tapi Alhamdulillah, segala usaha keras kami membuahkan hasil yang tak ternilai. Kami satu batch dah rapat, macam adik beradik rasanya.

4 Abu Hurairah 2002
+masa 'honeymoon' kat Kolej latihan Telekom, Rusila+

Ramai kawan2 yang dapat keputusan cemerlang berhijrah ke SBP dan MRSM. Hanya beberapa kerat je yang masih setia di SHAMS. Rezeki masing2... Ada juga pelajar baru dari sekolah lain datang. Waktu tu semua bertungkus lumus belajar subjek baru: Add Math, Kimia, Fizik, Biologi, Quran Sunnah dan Syariah.


5 Bukhari 2003
+puteri2 bukharian+

+putera2 bukharian+
Tahun akhir di SHAMS. Sangat seronok. Kami (pelajar perempuan) pernah buat dikir barat untuk cikgu2 sempena Hari Guru. Tahun tu kami buat 3 kali jamuan perpisahan (sebab rasa tak sanggup nak berpisah). Kami sama2 struggle untuk SPM. Aku paling rindu nak jumpa cikgu2 dan kawan2 dari Bukhari ni.

R.I.N.D.U!!! Siapa ada mesin masa yang boleh bawak aku balik ke masa Tingkatan 5 dulu???
F6

Maido ari, jaa~

Comments

Dr Kadir said…
Pernah suatu ketika berjumpa dengan Ustazah Aribah, saya nyatakan kepadanya betapa saya merindui saat-saat berada di SHAMS. Menjadi pelajar SHAMS, bersikap keanak-anakan dan sentiasa meminta itu dan ini.

Lalu jawab ustazah, "Inilah masanya untuk awak jadi dewasa. Manusia pastinya akan melalui tahap-tahap dan proses ketika bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa. Jadilah lebih matang dan berusahalah untuk melakukan sesuatu yang terbaik untuk semua orang" :)
Suhaila S. said…
Salam..
hmmm.. rindu juga.. semoga akan ada pertemuan seterusnya dengan bukharians '03 ni.. haa nani,sbg penolong kelas yg berkaki lebar, sila2kan wat reunion hek hek
mYshah said…
owh school, mmg sweetz memories :)
later im gonna post 1 oso
Salsabila said…
dr kadir: thanks sudi komen. ye, sy cube utk jadi lebih matang!

suebaik: owh, penolong kelas ni xcukup lebar kakinye utk menjejak anak2 buah yg lain. so perlukan bantuan dari suebaik jugak. same2 la organize reunion itu~

myshah: yeah, really sweet memories. hope to see yours also
MiLuViA said…
sy pun kengkadang windu dgn skula ku.

bila rehat, buleh nmpk budak chinese skola sebelah men basketball. ngehehehehe~
:) 'remembrall' -> i miss shams waktu dlu...kangen sama kakak senior dorm masa f1..tp, lupela nama dorm apa..ngehngehngeh..jom sama2 kita jadi matang..nani, ingat 'fila' lagi ker?
Salsabila said…
haha, terkedu nani baca soalan e yang last tu. 'fila'? mestilah ingat, akan sentiasa ingat. haha, memori kenakalan kite ms sekolah dulu. hai, mcm2...
hehe..memori masa kanak2 riang ribena yek..masih ingt rupenye..kihkihkih..
Anonymous said…
hehe.. akhirnye anda bejaye juge menulis post ini.. tahniah nani... :D

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Sesekali ubah selera