Family + Holiday
Salam alayk...
Alang2 dah 1 family berkumpul (bukan senang nak kumpul 5 orang nih!), kami merancang untuk pergi bercuti bersama2. So pada pagi Jumaat yang pada mulanya hujan rintik2, kami menuju ke jeti Jabatan Laut di Dataran Syahbandar. Selepas membeli tiket n menanti hampir sejam, kami menaiki feri Sri Arjuna ke destinasi pilihan kami.
Sampai je di sana, kami dijemput oleh Pakcik Fauzi yang menjalankan perkhidmatan mengambil pelancong di jeti. Kami check-in di Chalet Hazme n berehat sementara Ayah n Mat menunaikan solat Jumaat. Selepas makan tengahari nasi goreng kampung di Restoran Hazme, kami menunggu van Pakcik Fauzi untuk menghantar kami ke jeti untuk aktiviti snorkeling.
Di jeti, sebuah bot laju telah menunggu kami. Setelah memakai life jacket, kami bertolak ke Long Beach. Seronok sangat perasaan menaiki bot laju. Siap terangkat2 lagi bila bot itu melanggar ombak besar. Tapi takut jugak, takut bot tu terbalik. Sampai di Long Beach, aku terpukau dengan kejernihan air yang macam kristal. Seronok snorkeling kat situ. Banyak ikan datang selepas kami menabur serpihan biskut tawar jagung Hup Seng. Macam2 ikan ada, semua jinak2. Ada yang corak stripe, ada yang warna hijau n biru terang, malah baby shark pun ada... Cuma kami xde kamera waterproof, kalau x boleh tangkap gambar dengan ikan2 tu.
Next stop, kami ke Pulau Paku Besar. Di sini kami dapat menyaksikan keindahan terumbu karang yang teramatla cantik. Mula2 masa nak turun dari bot, encik pemandu bot tu kata kat situ dalam sikit. So aku turun je la tanpa sebarang syak wasangka. Tapi bila mula snorkeling, MasyaALLAH, rupa2nya kedalamannya hampir 4 meter! Nasib baik aku pakai life jacket, kalau x tentu aku x timbul2. Hehe~ Lepas dah penat menyelam kat situ, kami ke Marine Park. Kebetulan kat sana ada satu krew tengah buat penggambaran dokumentari untuk menarik pelancong India n Arab ke Malaysia. Kat sini kami snorkeling sekejap saja sebab Umi dah letih. Kami sempat tengok ikan cermin je.
Sampai di chalet, kami minum petang keropok lekor goreng n sotong goreng celup tepung berempah. Best tu! Malamnya kami makan malam di restoren yang sama sebab senang, dekat je dengan bilik.
Keesokan harinya, selepas sarapan nasi lemak, kami menuju ke pantai Berjaya Resort. Sebenarnya pantai tu hak milik orang awam, tapi orang Berjaya bina hotel di sepanjang pantai. Macam nak conquer pulak... Nasib baik orang awam masih boleh pergi ke pantai tu. Dah la kami pergi waktu pagi, memang xde orang pun yang mandi kat situ. So kami ambil peluang itu dengan baik untuk mandi n berendam. Aku, Mat n Umi siap berlawan lagi, siapa yang dapat tahan nafas paling lama. Seronok sangat bila menyelam n membiarkan diri dibuai ombak.
Hampir 2 jam berendam dalam air masin, kami pulang ke chalet. Selepas makan tengahari, kami berkemas n bertolak ke jeti. Kali ini kami menaiki feri Sejahtera, hak milik Berjaya. Disebabkan penat sangat, aku tidur je sepanjang perjalanan pulang. Kami tiba di jeti Dataran Syahbandar pada jam 3 petang.
By the way, korang semua tertanya2 x, ke mana aku sekeluarga bercuti sebenarnya???
To the 19 budak itam (bak kata mfk):
~I WAS IN REDANG TOO~
Hehe.
Maido ari, jaa~
Hehe.
Maido ari, jaa~
Comments
e: kos utk sorang (anggaran je la ni ye...)
tambang feri 1 way = RM30 x 2
sewa chalet 1 malam = RM20
snorkeling = RM50
lebey kurang RM130 sorang
tapi harga ni depends pada tuan punya chalet n bot snorkeling.
e nak g ke? jom,nnt ajak nani yer...hehe~
tapi paling best kat pulau paku tulah...coral dia paling cantik..cantik giler lah... =)