Ceritera 9 Budak Hitam - part 4

Di pagi yang macam antara nak hujan dengan tak itu, 7 budak hitam menuju ke gerai makan di sebelah Pasar Taman Tun Saadon, Gelugor. Usai bersarapan, mereka meneruskan perjalanan ke hentian bas berhampiran untuk menunggu bas ke KOMTAR. Namun, satu peristiwa tak terduga berlaku. Puteri Sulung tiba2 hilang! Puas menelefon, mesej n mencari, namun Puteri Sulung tidak juga ditemui. Hampir 1 jam proses mencari n menunggu dijalankan, akhirnya Puteri Sulung memunculkan diri. Namun tiada siapa tau apa yang berlaku sebenarnya, kecuali Puteri Sulung sahaja...

Sampai di KOMTAR, mereka mencari bas yang menuju ke Bukit Bendera. Alhamdulillah, setelah bertanya di sana sini, mereka berjaya menaiki bas Rapid Penang T204. Hampir 30 minit di atas bas, mereka tiba di Bukit Bendera.

+stesen keretapi bukit bendera+

+cantiknye pemandangan kat sini...+

+nampak tak jambatan pulau pinang yang berbalam2 tu?+

Hujan rintik2 tidak menghalang niat 7 budak hitam untuk menaiki tren ke puncak bukit. Mereka sangat bersyukur kerana dapat menikmati pemandangan indah ciptaan Tuhan. Mereka sempat membeli cenderahati, solat Zohor-Asar n makan tengahari di puncak Bukit Bendera. Menu mereka hari itu, Laksa Penang.

+sedap sangat laksa penang ni sampai putera kucing hirup licin hingga ke titisan terakhir+

Hari hampir menginjak senja, mereka harus segera pulang kerana tiket pulang masing2 adalah pada malamnya. Lewat senja itu, mereka bergegas ke jeti untuk menaiki feri ke Bagan. Di Bagan, mereka solat Maghrib-Isyak n makan malam. Malam itu, mereka dijamu oleh Puteri Katak Puru yang berniat untuk menjadikan makan malam itu sebagai kenduri kesyukuran sempena begnya dijumpai semula.

Waktu pulang hampir tiba. Putera Cempaka akan menaiki bas ke rumahnya. Puteri Sulung akan ke hospital, menziarahi adinda Bidadari Ayu yang ditimpa kecelakaan. Asalnya 7 budak hitam ingin menziarahinya, namun kesuntukan masa. Hanya salam yang dikirim. Selepas mengucapkan kata perpisahan kepada Putera Cempaka n Puteri Sulung, 5 budak hitam iaitu Puteri Katak Puru, Puteri Durian, Puteri Ratapan Anak Tiri, Putera Kucing n Putera Pemacu Kuda Diraja menunggu keretapi Ekspress Langkawi. Lewat malam barulah keretapi tiba n mereka melelapkan mata sebaik sahaja keretapi bergerak.

+stesen keretapi bagan@butterworth+

+ngantuk campur excited first time naik keretapi+

Jam 6.30 pagi mereka tiba di KL Sentral. Seusai solat Subuh, mereka menuju ke haluan masing2; Putera Kucing ke rumahnya manakala 4 budak hitam lagi pulang ke kolej...

Tamat~

Comments

mYshah said…
owh tiada gambar pula... nway pe ek maksud ko dalam komen tu? yg "megeratkan silaturahim" tu.. aku ni mlampau sgt ke?
Salsabila said…
huhu, ade masalah sikit td. ni baru dpt upload gambar... gomen2

xde la, aku gurau je... dun take it to the heart, si amigo?
Anonymous said…
SALAM....
ala sedihnya tak dapat ikut korang hingga ke titisan terakhir....
naniko promise tau yg hang akan crita kat org what happen masa diriku tiada bersama.....bidadari ayu masuk hospital?? why?
mYshah said…
owh ok~ xpa klo ada apa2 tegur la, pakcik ni walaupon da tua masih insan biase, byk kesilapan, i prefer di tegur drp dikutuk blakang2, kan? :)

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Dinner Alumni Medic UKM 2016