Ceritera 9 Budak Hitam - part 1

Seusai solat Isyak, 6 budak hitam yang diberi nama Puteri Sulung, Puteri Juara Tilawah, Puteri Durian, Puteri Ratapan Anak Tiri, Puteri Pisang n Puteri Katak Puru bertolak ke Puduraya. Bas ke Baling dijadualkan pada jam 10.30 malam. 3 lagi budak hitam yang diberi nama Putera Cempaka, Putera Kucing n Putera Pemacu Kuda Diraja tiba tepat2 jam 10.30. Berdebar jugak mereka, takut2 tertinggal bas. Nasib baik bas x sampai lagi... Setelah penat menunggu, bas yang ditunggu x tiba2. Hampir pukul 11 malam, barulah bas muncul. Memang agak berebut dengan penumpang lain yang nak naik bas tu. Budak2 hitam tu pun terpaksa meletak beg2 mereka di bahagian bawah. Naik bas, semua terus tidur, x sedar sampai pagi! Zzz... F7

Sampai je di Baling pukul 5 pagi, semua terpisat2 bangun. Dengan keadaan mamai dan mata yang masih blur, masing2 mencari beg sendiri. Maka, terkejutlah 2 orang budak hitam, iaitu Putera Pemacu Kuda Diraja n Puteri Katak Puru kerana beg mereka tiada di tempat simpan beg di bawah! Macam2 spekulasi dibuat; 1)beg tertukar dengan penumpang lain, 2)beg memang sengaja diambil oleh orang lain, n 3)beg terjatuh di tengah jalan. 2 orang budak hitam itu langsung tidak keruan mengenangkan pakaian yang hanya tinggal sehelai sepinggang. Hanya tabah n redha memenuhi ruang hati mereka atas kejadian x terduga ini...

Maka, 9 budak hitam meneruskan lagi perjalanan ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Subuh n rehat sebentar. Sementara menunggu hari cerah, Puteri Sulung menelefon kaunter tiket untuk melaporkan kejadian. Masing2 berdoa agar beg2 itu dijumpai, walaupun peluangnya mungkin tipis. Jam 7.30 pagi, dengan menaiki sebuah van yang dipinjam oleh Bidadari Ayu, sahabat baik Puteri Sulung, 9 budak hitam bertolak menuju ke pasar pagi untuk membeli barang2 basah kerana mereka akan memasak bekalan ke tempat perkelahan nanti. Di pasar pagi itu, Putera Pemacu Kuda Diraja sempat membeli beberapa helai pakaian.

+ di masjid baling+

Mereka menuju ke teratak nenda Puteri Sulung untuk bersarapan nasi lemak. Selepas itu, 6 budak hitam memasak mee goreng basah hasil air tangan Puteri Durian n menggoreng keropok untuk dibawa berkelah manakala 3 budak hitam bersiar2 di laman sambil memetik buah-buahan.

Jam 11 pagi, mereka bersama2 menuju ke Lata Bayu, diiringi oleh Bidadari Ayu yang menunggang sebuah skuter. Setelah mencari port yang sesuai, mereka mula mandi-manda n makan2.

+bersedia untuk berkelah+

+air terjun lata bayu yang nyaman+

+membaca buku diiringi bunyi n percikan air terjun+

+seronoknya mandi+

+makan buah dalam air+

+merenung langit ciptaan ALLAH+

Mereka mandi, bermain n makan dengan gembiranya, walaupun 2 budak hitam yang kehilangan beg masih belum dapat bergembira sepenuhnya. Setelah hampir 4 jam berkelah, mereka pulang ke teratak nenda Puteri Sulung.

Bersambung...

Comments

mYshah said…
owh~inikah laporan perjalanan ke utara? hu2~ xsabar nak tunggu part 2~ :)
nwat byk sgt le name samaran, ko yg mane 1? :P arap2 bkn yg hilang beg le :P

happy hols~
MiLuViA said…
real story?
betul ke ade 9 budaknye?
ke nani pun da blaja dr kite buat kontoversi
heheh
ecece, da pandai posing gmbr curik2 npknye..
Salsabila said…
uhuh, ye shah, inilah laporan perjalanan ke utara, tapi dlm versi hikayat lama2... harap2 korang faham citer yg nk aku sampaikan. terpaksa guna nama samaran sbb tuan punye badan xmau identitinye didedahkan. sorry... neway, aku lah yg ilang beg tuh!

mestila real story, cik hajar... xmampu eden nk reka2 citer kontrol versi nih. eden blajo posing ni, dari cik hajar jugak. hehe~

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Hen Gap Lai, Saigon (part 1)