Ceritera 9 Budak Hitam - part 3

Tujuan mereka hari itu adalah untuk pusing satu pulau. Destinasi pertama mereka adalah Taman Belia Perbandaran. Malangnya, baru sahaja turun dari van, hujan mula merintik. Terpaksalah mereka membatalkan hasrat untuk bergambar di sekitar taman itu. Seterusnya mereka ke Taman Bunga/Botani. Mujurlah hujan tadi hanya main2 saja... Mereka berlapan serta Putera Dhomi bersiar-siar di sekitar taman itu. Puteri Durian sangat gembira kerana terjumpa beberapa ekor kera dan mahu bergambar dengan kera itu sehingga dia hampir dikejar kera. Maka, bertempiaranlah 8 budak hitam itu lari menyelamatkan diri.

Tengahari itu, Puteri Sulung tiba dari Baling. Maka, selepas mengambilnya di jeti, mereka bersiar-siar pula di Padang Kota.

+ambil angin di padang kota+

Bila perut mula menjerit minta diisi, mereka menuju ke Restoran Kassim Mustafa untuk makan tengahari. Semua makan nasi kandar, kecuali Puteri Katak Puru yang kononnya diet, makan roti nan n ayam tandoori. Mereka menuju ke Batu Feringgi untuk menunaikan solat di Masjid Terapung. Masjid ini baru dibina selepas kejadian tsunami beberapa tahun lepas.

+the so-called masjid terapung+

+kat sini pernah berlaku tsunami? masyaAllah...+

Selepas itu mereka meneruskan lagi perjalanan. Mereka singgah di Tropical Spice Garden, Taman Rama2, Hutan Rimba n Tropical Fruit Farm yang mana mereka tidak masuk ke dalam dek bayarannya yang agak mahal n masa yang semakin suntuk. Akhir sekali mereka singgah di Queensbay Mall sebelum makan malam di Pantai Seagate.

+kat pintu masuk pun jadi la+

+bergambar dengan tuan rumah+

Malam itu mereka tidur di rumah sahabat2 mereka di USM. Esok mereka merancang untuk ke Bukit Bendera. Malangnya Puteri Juara Tilawah n Puteri Pisang tidak dapat turut serta kerana ada hal masing2 n terpaksa pulang ke istana masing2. Lalu tinggallah hanya 7 budak hitam untuk meneruskan misi mereka. Masing2 kepenatan n selepas membersihkan diri, mereka terus hanyut dibuai mimpi!

Bersambung...

Comments

mYshah said…
ho~ sampai usm ngeh2... best2... nway its mY GBR time... :P apa kabar makcik? sehat arini? amek ubat secukupnya?~ :P F2

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Dinner Alumni Medic UKM 2016