Posts

Showing posts from 2012

Apple Crumble Cake

Image
Salam alayk... Semalam adik iparku yang gojes, Alia Fafa nak buat kek untuk dibawa ke x-tempat kerjanya di UMT. Dia nak buat apple crumble cake, tapi dalam bentuk muffin. Jadi aku pun mengendenglah sekali. Hihi~ Bahan2: Untuk kek: 200mg gula aising 400mg tepung naik sendiri 200mg mentega 4 biji telur Untuk crumble: 50mg mentega 50mg gula aising 50mg tepung naik sendiri Serbuk kulit kayu manis secukup rasa 4-5 biji epal dikupas kulit dan dipotong kecil (perap bersama jus limau/lemon dan sedikit serbuk kulit kayu manis) Cara2: 1. Pukul gula aising dan telur hingga kembang. Masukkan mentega. 2. Masukkan tepung perlahan2. Pukul hingga sebati. 3. Gaul bahan2 untuk crumble dengan jari sehingga menjadi crumble. 4. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai. Letakkan epal di atas adunan dan taburkan crumble di atasnya. 5. Bakar di dalam oven (suhu lebih kurang 180C) hingga masak. 6. Hidangkan... Senang je... Nanti aku nak cuba jugakl...

Pasif call yang aktif

Salam alayk... 30 Oktober adalah hari pasif call yang teruk... Itu adalah antara pasif call yang paling aktif setakat ini. Mana tidaknya, aku dipanggil berterusan dari 5pm hingga 11am keesokan harinya. Mari kita imbas kembali apa yang telah terjadi, ok? 1st patient Aku di inform untuk menghantar patient HDW ke HSNZ pada jam 3pm. Katanya pergi dalam pukul 3.30pm. Patient post-MI with HAP dan renal impairment, intubated. Pukul 4.30pm masih tak dipanggil. Akhirnya pukul 5pm baru ambulance bertolak ke HSNZ. Mujurlah patient stabil sepanjang perjalanan. Di Kemasik, A&E call. Ada kes head injury nak hantar untuk CT scan di HTAA. Aku minta panggil orang lain sebab baru keluar. Sampai di HSNZ jam 7pm. Lepas tinggalkan patient kat A&E sana, kami balik. Tapi ada patient ortho HSNZ nak transfer out ke Kemaman nak tumpang ambulance. So kami baliklah... On the way balik kat Paka, Surgical call. Ada kes baby IO nak hantar HSNZ. Aku minta rehat 1 jam sebab nak mandi dan makan. Lapa...

Microwaved Fried Rice

Image
Salam alayk... Dua tiga hari lepas, dapur gas ku rosak. Mungkin kepala gas tu bocor sebab aku dengar bunyi gas dari kepala gas tu. Memandangkan belum beli lagi kepala gas yang baru, aku pun merehatkan aktiviti dapur gas tu. Makanya, aku terpaksalah memasak menggunakan peralatan dapur yang lain seperti microwave, oven dan multicooker. Oleh sebab aku malas nak keluarkan multicooker dari dalam kotak (sebab tak pernah guna lagi), aku buat keputusan untuk masak sarapan guna microwave je. Jeng3... Nasi goreng microwave Resipi ni aku tengok dalam buku manual microwave. Aku ubah2 sikit ikut resipi sendiri. Hehe~ Bahan2: Nasi Telur Sayur campur + lada merah Sosej Bawang putih + bawang merah Minyak Kicap Garam Cara2: 1. Gaul nasi dengan telur. Gaul sosej dengan kicap. Ketepikan. 2. Masukkan minyak dan bawang ke dalam bekas kaserol. Panaskan dalam microwave dengan suhu tinggi selama 2 minit hingga naik bau. 3. Masukkan sosej. Gaul sebati. Pan...

Makan2 kat KL

Image
Salam alayk... Lepas hantar Ayah dan Umi ke KLIA, aku dan Encik Suami ke Putrajaya, Precint 3. Lebih tepat lagi, Istana Kehakiman, tempat kerja kakak Encik Suami. Berpusing jugaklah kami cari Istana Kehakiman tu. Kami sempat ambil gambar kat perkarangan Istana Kehakiman tu. Kak Long ajak kami naik ke pejabatnya. Nak masuk ke Istana Kehakiman tu macam menakutkan jugak, sebab ada polis kawal dan kena scan beg dan badan macam nak masuk ke balai perlepasan kat lapangan terbang pulak. Kami terus naik ke tingkat 2 dan Kak Long bawak kami masuk ke pejabatnya. Kebetulan dah nak pukul 5.30pm, kami balik sekali dengan Kak Long dan Abang Saiful sebab Encik Suami lupa jalan ke rumah Kak Long. Hehe~ Rumah Kak Long kat Bandar Seri Putra, Bangi. Sampai je, kami disambut oleh Iman, anak sulung Kak Long dan Abang Saiful. Iman tu umur je 3 tahun, cakap macam orang besar. Biasalah, bila dari umur 2 tahun dah pergi sekolah... Seorang lagi anak Kak Long adalah Baby Zahia, 6 bulan. Mereka dijag...

Konvo Mat

Image
Salam alayk... 10 Oktober adalah hari konvokesyen Mat. Oleh sebab Mat belajar di Multimedia College, KL, maka majlis konvokesyennya telah diadakan di Multimedia University, Cyberjaya. Aku dan Encik Suami bertolak dari Kemaman sehari sebelum majlis. Kami sampai di Cyberjaya pukul 10 malam dan terus cari hotel. Mujurlah jumpa Cyberview Resort & Spa, kira2 10 minit je ke MMU. Hotel tu 5 bintang, kadar penginapannya pun boleh tahan. Aku memang siap sediakan passcard, jadi kami dapat government rate. Hehe~ Bilik kami adalah chalet kembar 4 menghadap tasik. Buka je pintu bilik, aku terus teruja. Cantiknyer!!! Masuk-masuk, ada pantry. Katil dia bertiang 4, siap ada kelambu lagi. Bilik mandi tak payah cakaplah, memang kelas! Nama pun hotel 5 bintang kan... Tapi aku tak sempat ambil gambar, sebab penat sangat. Hehe~ Lepas letak barang2, kami keluar untuk cari makanan sikit sebab lapar. Pusing punya pusing satu Cyberjaya, xjumpa pun mana2 kedai makan. Aku sangka adalah McD ...

UPLogist cum green zonologist :P

Salam alayk... Untuk pengetahuan semua, aku kan MO kat Unit Pesakit Luar. Tapi semalam ada special request dari Puan Pengarah Hospital. Dia mintak aku cover green zone A&E. Sepatutnya memang xde MO kat green zone pagi2 sebab UPL kan buka. Normal lah. Tapi semalam arahan baru secara ad hoc keluar. Alasannya, MO kat UPL 6 orang, ramai... Tak tau lah bos UPL tahu ke tak... So aku secara paksa rela duduk la kat green zone tu. Mujurlah xramai pun patientnye... Mulai esok seorang MO dari UPL kena pergi cover green zone. Nasiblah... huhu~ p/s: Ingat moto KKM: Kami sedia membantu~ Maido ari, jaa~

Lauk tapau

Salam alayk... Semalam aku pasif call. So pukul 3am kena pergi hantar patient (baby 3 bulan) ke HSNZ untuk PICU management. Sampai balik Kemaman pukul 7.30am. Aku decide untuk masuk klinik lambat sikit sebab nak balik rehat n masak kejap. Siap rehat n masak, pukul 10.30am aku ke hospital. Dalam pukul 12pm, Encik Suami call bagitau Mama & Papa nak singgah lunch. OMG! Abisla aku... Dah la rumah agak bersepah, lepas tu aku masak lauk cukup2 je... Masak simple2 sup ayam n goreng sayur. Tiba2 Encik Suami beri idea brilliant. Dia suruh tapaukan nasi n lauk dari kantin hospital. Hurm, good idea! Hehe~ Pukul 1pm, aku bergegas ke kantin. Tapi sedihnya, xbanyak lauk yang ada. Aku cuma beli ikan singgang n sup sayur. Balik je, nasib baik Encik Suami dah siap tolong vakumkan lantai. Lega sikit hati. Hehe~ Aku terus panaskan nasi n lauk2 tadi. Papa & Mama sampai pukul 1.50pm. Kami makan ramai2. Mujurlah lauk cukup. Aku tahu Mama tahu yang aku beli je lauk2 tu. Tapi normal a...

Jalan-jalan di Kota Bharu

Salam alayk...   Kami bertolak pukul 11 pagi. Sempat singgah di rumah Wae n Mok (nenek2 ku). Kami sampai di KB pukul 4 petang. Terus kami cari nasi kerabu untuk makan tengahari. Rumah lama Encik Suami tu di sebuah kawasan bernama Kota. Rumah banglo lama, rasanya dibina sekitar tahun 1976 kot. Ala, macam banglo lama zaman2 dulu yang selalu tengok dalam filem Datuk Jins Samsudin... Haha~ Rumah tu siap Papa lengkapkan dengan alarm n CCTV. Memang sekuritinya tip top! Biasalah, rumah tinggal, sesiapa pun tergoda nak masuk... Kawasan rumah tu bersih sebab ada jiran yang tolong bersihkan. Petang tu kami ziarah ke rumah adik beradik Papa (Ayah Cik n Mek). Aku sangat kagum dengan reka bentuk rumah Mek (kakak Papa). Rumah bentuk A 4 tingkat. Menarik! Nak ambil gambar, tapi Encik Suami tegur, nampak macam jakun sangat. Haha, memanglah, dia dah biasa dengan rumah tu. Aku kan baru first time tengok n masuk dalam rumah tu... Kami dijamu dengan pelbagai makanan oleh Mek n Ayah Cik. Sate,...

Majlis sambut menantu

Image
Salam alayk... Lamanya aku tak update bloh ni kan... Macam dah bersawang jer... Moh le kite gotong-royong bersihkan blog ni, yuk! Hehe~ Meh aku cerita pasal majlis sambut menantu aku pada 1 September lepas... Haha, lepas 2 bulan kahwin baru sambut menantu. Seronok tau, sebab macam kahwin sekali lagi. Hehe~ Kami sempat pergi sewa baju kat butik pengantin. Mekap, Cik Na (makcik aku) je yang mekapkan... Malas la nak mekap tebal2, lagipun Encik Suami tak suka tengok aku yang tak ori! Haha~ Tema hari tu krim + maroon kot... Pagi tu aku siap2 mandi n pakai baju kebarung songket kaler krim. Malam tu aku inai siap2 n jaga supaya inai tak comot macam hari tu. Pakai 2 jam pun dah merah. Ok lah, untuk esok sehari je kan... Lepas tu Cik Na mekapkan. dalam pukul 11 Encik Suami datang jemput kami. Rombongan perempuan sampai pukul 12 tengahari. Panas terik u all... Nasik baik la Ayah Su + Cik Su (pakcik + makcik Encik Suami) siap tunggu dengan payung. Kami berarak ramai ke kawasan rumah ...

1 Syawal 1433H

Image
Salam alayk... 1 Syawal 1433H Hari ni aku beraya di Kemaman saja. Encik Suami awal2 lagi request buat soto. First time buat, banyak lagi perlu diperbaiki. Pukul 7.40 pagi kami ke hospital dulu sebab Encik Suami kerja. Pukul 8.15 pagi kami ke Masjid Pengkalan Pandan untuk solat raya. Lepas solat raya, kami kembali ke A&E untuk menjamu selera. Ada nasi minyak, nasi arab dan tak lupa soto aku. Hehe. Sebelum balik, aku ke wad 3 untuk beraya bersama kawan2 HO yang lain... Jom tengok gambar yang aku ambil tadi. Oh, by the way, aku guna video cam hadiah hantaran aku. Hehe~ Maido ari, jaa~

Persiapan raya

Salam alayk... Hari ni, Sabtu yang permai. Aku tak kerja... Semalam baru pasif call, kena hantar patient ke HSNZ. Mujur journey uneventful... Alhamdulillah :) Untuk raya tahun ni aku tak cuti pun. Sebab Encik Suami xde cuti extra. Aku akan pasif call pada raya kedua. Untuk raya ke-3 dan seterusnya, klinik dah buka! So aku xbuat apa2 preparation pun untuk raya ni. baju raya, pakai je baju yang baru sekali pakai. Baju kaler purple. Mujurlah Encik Suami pun ada baju Melayu yang lebih kurang sama warnanya. Kuih raya adalah beli sikit. Ingat nak buat cornflakes madu (sebab senang). Duit raya pun xsediakan. Nasiblah budak2 kalau datang raya... haha~ Rumah, macam biasa je... Pagi raya tu plan nak masak soto ayam. Harap2 jadilah. Pertama kali nak cuba ni.... Semoga bertemu Lailatulqadar... amiin~ Maido ari, jaa~

Shopping raya ke?

Salam alayk... Hari ni dah lebih separuh bulan Ramadhan kita berpuasa. Ada yang dah tinggal puasa ke? Hehe. Aku belum lagi. Alhamdulillah... :) Sabtu lepas, Encik Suami day off. So, kami plan untuk ke KL. Shopping sikit untuk raya (kononnye...). Destinasi kami, IKEA. Aku pun pernah sekali je sampai di Damansara tu. Tu pun kawan aku bawak kereta. Sumpah aku tak tau n tak ingat pun jalan ke sana. Mujurlah, terima kasih kepada Mat n signboard jalan, kami berjaya sampai di IKEA. Kami bukannya nak beli ape sangat, just survery2 barang je. Serius perabot/barang2 kat situ cantik2. Rambang mata kami! Tapi nasiblah, datang dari jauh, boleh beli yang kecil2 n kiut2 je la... So kami sempat sambar rak kasut, coffee table, rak tepi katil, bantal hiasan, lampu tidur, pasu bunga dan karpet. Kalau duduk dekat, agaknya dengan katil, wardrobe n meja makan aku ambil sekali... haha. Lepas tu kami pusing2 cari tempat berbuka kat Ikano Power Centre tu. Tapi bukan rezeki kami, semua restoran...

Surirumah separuh masa

Image
Salam alayk... Hari ni genap 3 minggu aku bergelar isteri. Segala rutin kehidupanku bertukar 360 darjah. Haha. Pagi2 dah bangun untuk masak sarapan n masak lauk untuk makan tengahari. Lepas tu pergi kerja. Nasib baik aku duk di klinik, kerja ofis hour je... Tengahari balik panaskan lauk dan lunch. Balik pukul 5 rehat sekejap dan siap2 nak masak untuk dinner. Sementara tunggu suami balik kerja malam, aku lipat n iron baju. Lepas dinner, siap2 bahan untuk masak sarapab esoknya. Kemudian baru tidur... Rajin kan, bunyinya... haha. Kalau dulu aku malas gila nak masak2 ni. Harapkan makan yang instant2 je... Kalau datang mood rajin, baru masak lauk-pauk. Sekarang ni aku x miss 1 hari pun masak. kecuali la suami ajak keluar, of kos la kami makan kat luar... hehe. Pening kepala jugak fikir nak masak apa hari2, tapi mujurlah kawan umi bagi jadiah buku resipi. Senang sikit kerja... :P Esok dah mula puasa Ramadhan. Makin kencang la aku masak... Semoga kami memperoleh keberkatan di...

From Cik to Puan

Image
Salam alayk... Alhamdulillah, tanggal  29 Jun 2012 jam 10mlm++, aku telah selamat diijabqabulkan dengan suamiku, Anas berwalikan Ayah. Sungguh indah anugerahMu, ya Allah... Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Terima kasih kepada seluruh ahli keluargaku, terutamanya Ummi & Ayah kerana telah bersusah payah dan bekerja keras untuk merealisasikan hari bahagiaku ini.  Menempuh alam perkahwinan banyak mengubah cara hidupku. Sekarang ni aku harus lebih bertanggungjawab dan rajin. Kalau dulu, boleh la makan ala kadar, sekarang ni kena fikir menu lain2 untuk suami.. Semoga aku menjadi isteri solehah, amiinn... p/s: Terima kasih atas doa kalian.. :) Maido ari, jaa~

Alamak, 7 hari lagi!!!

Image
Salam alayk... Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menamatkan housemanship selama 2 tahun di Kemaman. Rasanya tak sia-sia setiap perit jerih yang aku lalui selama ini. Rasa macam baru semalam aku mendaftarkan diri ke Hospital Kemaman buat pertama kalinya... Kali ini telah tiba waktu yang aku tunggu-tunggu. Sekarang ni aku masih lagi floating di green zone A&E, menunggu waktu sesuai untuk masuk ke Unit Pesakit Luar. Alhamdulillah, aku berjaya stay di Hospital Kemaman, bersama Farah Farhannah, Apez n Epie. Zairi dapat O&G HSNZ, tapi dia buat rayuan untuk stay di Kemaman jugak. Semoga permohonan Zairi berjaya. Manakala Azma n Fadhil akan ke Setiu... Begitulah, siapa sangka segala yang Allah telah takdirkan untuk kita, kan??? Makanya, pada tarikh hari ni, 22 Jun 2012, aku mempunyai 7 hari lagi sebelum bergelar seorang isteri... Perasaan bercampur-baur! Aku mula cuti pada 27 Jun, tapi aku dihantar berkursus di Paka mulai 24 Jun. Kira sambung cuti terus... Semoga segala ...

Musim kahwin tiba lagi

Image
Salam alayk... Semalam 2 Jun 2012, sahabatku Era telah selamat bergelar isteri kepada Bek. Wah, meriah betul majlisnya. Kebetulan aku sampai di kala mereka sedang ditepung tawar. Tapi pelik jugak, ada ke makcik tu pergi gelek dahi Bek dengan telur ayam??? Adat mana tu? X pernah tau pun...    +semoga berbahagia, EraBek+ Kemudian, hujung bulan ni aku pulak... Perasaan aku? Entah la... Semua persiapan aku serahkan pada Ummi n Ayah. Kiranya aku balik nanti, basuh kaki n kahwin je. Boleh eh camtu??? So kalau ada sape2 nak sponsor ape2, sempat lagi ni. Hehe ;P p/s: Selamat pengantin baru buat semua sahabatku yang berkahwin pada musim cuti sekolah ni. Sorry xdapat hadir, sebab biasalah, kerja... hehehe Maido ari, jaa~

Puding roti

Image
Salam alayk... Hari tu masa aku balik rumah, Ummi ada buat puding roti yang dia baru belajar dari kawannya. Macam puding roti yang makan kat hotel2 tu... Balik ke Kemaman, aku cuba buat. Ini hasilnya... Bahan2: 6 biji telur 5 sudu besar gula Roti keping Susu segar Esen vanilla Kismis Kuah: 1 tin susu cair 1 sudu besar gula 1 sudu besar tepung kastad Cara2: 1. Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula dan kacau hingga sebati. 2. Masukkan roti yang dikoyak menjadi kepingan kecil. Ikut suka la nak letak banyak mana pun. Aku guna 1/2 bungkus. 3. Masukkan susu segar. Ni pun ikut suka jugak nak letak banyak mana. Aku guna 1/2 carton. 4. Masukkan 2-3 titik esen vanilla. 5. Bakar dalam oven dengan suhu 200 darjah Celcius sehingga masak. Bila agak2 1/2 cooked tu, taburkan kismis. 6. Untuk kuah. Masakkan susu cair, gula dan tepung kastad dengan api perlahan sehiga sebati dan likat. 7. Sedia untuk dihidang. Tapi aku lebih prefer sejukkan dalam peti ais sebelum ...

Polis oh polis

Salam alayk... Semalam aku kerja syif malam. Dalam pukul 2am, ada 2 orang anggota polis membawa seorang pesakit psy yang ditahan kononnya telah membuat kekacauan di kawasan perumahannya. Menurut report polis itu, lelaki itu telah membuat kacau pada pukul 2.30am 14/5/12. Report itu hanya dibuat pada 15/5/12 jam 10pm (lebih 24 jam). Maka pihak polis telah menahan lelaki itu yang sedang tidur di sebuah masjid, tanpa tanda2 akan merosakkan atau mencederakan sesiapa (not in aggressive behaviour). Selepas history taking daripada pesakit itu, aku dan Kak Faraliza menyuruh polis tu memanggil ahli keluarga pesakit untuk collateral history. Tetapi polis tu memberitahu kami mereka tidak berjaya menghubungi ahli keluarga lelaki itu. Aku terus naik angin! Bukan ke orang yang buat laporan polis tu jiran kepada lelaki itu. Siap ada nombor telefon lagi. Aku suruhsalah seorang polis tu call jiran lelaki itu. Tapi mestilah x angkat sebab masa tu pun dah pukul 2.30am. Manakala seorang lagi polis tel...

Ambulance call

Image
Salam alayk... Hari Sabtu. Aku bertugas syif pagi. Seperti biasa, hari ni kami ada CME dengan bos, walaupun hujung minggu. Kali ini giliran aku untuk present tajuk hypovolemic shock. Pukul 10 pagi, kami bersurai dan kembali ke red zone. Tiba2 ada orang menjerit, "Mana HO, HO sorang pergi naik ambulans. Ada ambulance call!" Aku secara refleks terus menaiki ambulans yang sedia menunggu di pintu hadapan ED. Turut bersama aku, Pemandu Al Hadi, SN Shikim n PPK Niza. Kak Syikim memberitahuku ada lori treler terbalik di Bukit Kuang dan ada mangsa yang tersepit. Ambulans pertama sudah pergi dan dalam perjalanan membawa balik mangsa pertama. Mungkin keadaannya kritikal. Memang mencabar menaiki ambulans ke tempat kejadian. Al Hadi begitu cekap mencilok di jalanraya. Aku gerun sekali, terutamanya di Jambatan Bukit Kuang yang sempit. Salute la Al Hadi! Sampai saja di tempat kejadian, aku lihat badan treler melintang di atas longkang yang sedang dibina di tepi jalan. Pasukan bomb...

Mr Right buat Nisak

Image
Salam alayk... Alhamdulillah, semalam sahabat baikku, Nisak telah selamat menjadi tunangan orang. Aku sempat call Nisak malam sebelum majlis pertunangannya. Biasalah, nak korek kisah cinta mereka. Hehe. Mula2 Nisak reject tunangnya tu 2 kali sebab rasa tunangnya tu matured sangat n mereka tak sesuai. Tapi... ternyata jodoh mereka kuat! Kali ke-3 lelaki itu melamar, Nisak terus setuju. Nisak selalu meluahkan kepadaku, kenapalah jodohnya lambat sampai. Yelah, dah banyak kali frust menonggeng. Apa yang aku dapat ucapkan padanya, banyakkan berdoa. Jodoh tu boleh datang dalam sekelip mata pun. Siapalah kita untuk menentukan soal jodoh, rezeki, ajal dan maut. Hanya doa sajalah senjata kita... Apa pun aku sangat bersyukur dan gembira kerana akhirnya Nisak telah menemui Mr Right-nya. Semoga Nisak bahagia sentiasa. Aku hanya dapat mendoakan dari jauh. Harap2 walimahnya nanti aku dapat hadir. +my dear BFF+ Maido ari, jaa ~

Noor Suraya & me :)

Image
Salam alayk... Selamat hari lahir untuk diriku!!! hehe. Tahun ni, aku sambut hari lahirku dengan cara yang paling best! Aku akan kenang hari lahirku tahun ni seumur hidup ku... Sebabnye... Aku dapat jumpa penulis kegemaranku, Noor Suraya!!! Siap dapat signature n ambil gambar dengan beliau. Lepas tu beliau hadiahkan aku resipi Gulai Kepala Ikan Makcik Raja kepunyaannya. Seronok sangat! Terima kasih Kak Su! +dapat gak beli Langsir Biji Remia... best2+ Next year, harap2 dapat jumpa Kak Su lagi key... Maido ari, jaa~

Baby oh baby

Image
Salam alayk... Banyak event yang berlaku sepanjang minggu lepas. 20 April 2012, sahabatku Juna selamat bertunang dengan 'Adik Wan' nya... hehe. Congrats Juna~ Welcome to the club! *wink* +cik juna yang ayu+ Kemudian, Sabtu lepas (err, berapa haribulan ntah, malas nak check), aku ke kenduri aqiqah n cukur jambul puteri sulung Faizal & Salam. Baby Insyirah adalah 1st baby HO Kemaman... Baby Insyirah sangat kecil & comel! Semua aunty2 n uncle2 HO dia berebut nak dukung. hehe +lenanya baby tidur...+ Hujung minggu ni aku akan bercuti... Nak gi Pesta Buku KL! Yeehaa~  Maido ari, jaa~

A.T.O.M.F.C.

Image
Salam alayk... Just nak share satu video presentation yang dibuat oleh Dr Ihab (MO ED) untuk CME Hospital Kemaman... Menarik sangat!!! Oh, how i lurve Emergency Department <3 Maido ari, jaa~

Renungan buat bakal pengantin

Salam alayk... Kali ni aku nak share artikel/pendapat yang aku dapat dari seorang sahabat... Moga membawa manfaat kepada kita semua... INGATAN BUAT PENGANTIN: HARI BERGEMBIRA BERTUKAR MENJADI HARI PENYESALAN Muqaddimah Bernikah adalah sesuatu yang menggembirakan. Jarang orang tidak bergembira pada hari pernikahan mereka. Masakan tidak, gelaran raja sehari disandang dan dijulang. Bagi pasangan yang sudah lama bertunang, detik persetujuan para saksi semasa majlis pernikahan amatlah melegakan! Kadang-kadang, keluar air mata kegembiraan dari pasangan pengantin kerana terlalu gembira telah menyempurnakan sebahagian agama dan menuruti sunnah nabi. Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi SAW : حﺎﻜﻨﻟا ﻰﺘﻨﺳ ﻦﻤﻓ ﺐﻏر ﻦﻋ ﻰﺘﻨﺳ ﺲﻴﻠﻓ ﻰﻨﻣ , nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku. Namun awas, jangan disangka kegembiraan menuruti sunnah nabi itu membuka jalan ke syurga semata-mata, kerana ia juga mampu mengheret kita masuk ke dalam jurang neraka ...

So purplish :)

Image
Salam alayk... Untung juga jadi orang sakit ni. Hehe. Ade orang bawakkan bunga, coklat dan buah :) +purple roses. i like+ Lepas tu langsir bilik aku dah siap... Taadaa~ +purple curtain. i like+ Cantikkan??? Seronoknye :)) Maido ari, jaa~

Terukir Di Bintang

Image
Salam alayk... Sekarang, lagu ni yang berada di tangga teratas carta hati aku. hehe Very meaningful lyrics :) Let's enjoy~ Maido ari, jaa~

Chicken pox vs chicken soup

Salam alayk... Aku kena chicken pox! Masa kecik2 dulu x pernah kena pun. Aku agak berjaga2 la jugak, sebab banyak encounter dengan pt chicken pox, tapi xsangka dapat pada masa ni. Mula2 hari Khamis tu aku gi buat Mantoux test sebagai screening PTB. Malam tu aku rasa feverish dan telan T. PCM 1 g stat. Esoknya aku kerja double shift macam biasa. Tapi aku dah perasan ade vesiculopustular lesion kat badan dan tangan aku. Makin banyak. Gatal! Aku tunjuk kat MO aku, masing2 ingat ?allergic reaction to tuberculin. Sabtu aku balik KT. Ahad lepas kerja shift AM, aku gi baca Mantoux aku, 0 mm. Kemudian aku gi jumpa Dr Azimah, tanya pasal rashes tu. Terus Dr Azimah kata chicken pox! Dia bawa aku gi jumpa bos Fauzi. Terus aku diberikan MC seminggu. huhu Sedihnya... nanti hujung bulan ni mesti aku dah xdapat cuti. Ala, nak gi KL... ;( Tu kalau aku dah sembuh dalam masa seminggu... Kalau kena sambung MC seminggu lagi...??? Mau kena extend last posting aku sebab terlebih cuti. Huhu :( Apa2 pun, seka...

Roasted potatoes

Image
Salam alayk... Hari ni Epie n Tisya ajak aku piknik kat Pantai Teluk Mak Nik. So aku cadangkan kami buat pot luck. . Teringin nak buat roasted potatoes macam kat Restoran Jager tu. Sedap. Kat hospital tadi aku sempat mengoogle resipi roasted potatoes tu.. Meh tengok resipi yang aku dah olah sikit. hehe +roasted potatoes aku dlm bekas kuning tu+ Bahan2: 4 biji ubi kentang 3 sudu besar minyak 1 sudu besar mixed herb 1/2 sudu besar garam 1/2 sudu besar serbuk lada hitam Cara2: 1. Bersihkan ubi kentang dan potong lebih kurang 0.5cm 2. Campurkan minyak, mixed herb, garam dan lada hitam, gaul sebati. 3. Masukkan ubi kentang dan gaulkan sebati. 4. Bakar dalam oven pada suhu 200 darjah Celcius selama 30 min. Balik2 kan kentang supaya tidak melekat. 5. Siap! Hidangkan panas2 bersama mayonis... Senang kan? Seedaapp~ Selamat mencuba! Maido ari, jaa~

3 months to go

Salam alayk... Alhamdulillah, about 3 months to go.. Lots of things to be settled. Sabtu ni nak balik ukur baju. May our plan and do'a diperkenankan... Makaru wamakarollah. Innallahu khoirul maakiriin... Amiin Maido ari, jaa~

Meow~

Image
Salam alayk... Pada 9-12 Mac lepas, aku, Ayah, Ummi & Mat telah bercuti di Kuching, Sarawak. Tiket flight dah beli awal bulan 2 lagi. Bimbang jugak kalau2 xdapat cuti sebab HO kat A&E department 7 org je. But, thanks to my boss & colleagues. hehe :) Mula2 excited la jugak aku, sebab dah lama dah x naik flight. Haha~ Dari LCCT, kami naik AirAsia ke Kuching International Airport. Sampai je, kami terus ambil teksi ke Hotel Merdeka Palace. Lepas rehat2, kami turun berjalan2 ke Kuching Waterfront. Kami naik river cruise tengok tempat2 bersejarah sepanjang Sungai Kuching. Ade persembahan tarian traditional atas cruise tu. Seronok! x sabar nak gi cultural village nanti... +di waterfront+ +bersama kawan2 baru... hehe+ Esoknya, rancangan kami ke Serikin. Pagi2 kami ambil teksi untuk gi breakfast. Driver kami, En. Wilson, seorang Bidayuh yang pernah bekerja dengan Tourism Malaysia. Kami makan kat Coffee O Corner. Aku try mee kolok. Ummi makan laksa sarawak. Lepas tu kami meneruskan p...