Makan2 kat KL

Salam alayk...

Lepas hantar Ayah dan Umi ke KLIA, aku dan Encik Suami ke Putrajaya, Precint 3. Lebih tepat lagi, Istana Kehakiman, tempat kerja kakak Encik Suami. Berpusing jugaklah kami cari Istana Kehakiman tu. Kami sempat ambil gambar kat perkarangan Istana Kehakiman tu. Kak Long ajak kami naik ke pejabatnya. Nak masuk ke Istana Kehakiman tu macam menakutkan jugak, sebab ada polis kawal dan kena scan beg dan badan macam nak masuk ke balai perlepasan kat lapangan terbang pulak. Kami terus naik ke tingkat 2 dan Kak Long bawak kami masuk ke pejabatnya. Kebetulan dah nak pukul 5.30pm, kami balik sekali dengan Kak Long dan Abang Saiful sebab Encik Suami lupa jalan ke rumah Kak Long. Hehe~


Rumah Kak Long kat Bandar Seri Putra, Bangi. Sampai je, kami disambut oleh Iman, anak sulung Kak Long dan Abang Saiful. Iman tu umur je 3 tahun, cakap macam orang besar. Biasalah, bila dari umur 2 tahun dah pergi sekolah... Seorang lagi anak Kak Long adalah Baby Zahia, 6 bulan. Mereka dijaga oleh bibik semasa Kak Long dan Abang Saiful bekerja. Baby Zahia sudah cam orang, jadi mula2 aku sampai, dia tengok je aku dan Encik Suami, macam cuba nak kenal muka baru. Lama2 barulah aku boleh pegang dan bermain dengan Baby Zahia.



Malam tu Kak Long dan Abang Saiful bawa kami makan kat Islamic Kitchen, Bandar Baru Bangi. Yang menariknya restoran ni juga menyediakan makanan Jepun. Aku teruja tengok menu. Sushi, teriyaki, katsudon, tenpanyaki... Aduh... Tapi aku order grilled dory fish with lemon sauce. Serius, itulah grilled fish yang paling sedap yang pernah aku rasa. Mashed potato dia pun! InsyaAllah, kalau ada kesempatan, aku nak pergi makan lagi kat situ. Kali ni nak cuba makanan Jepun pulak. Hehe~

Esok pagi, kami bangun awal sebab Kak Long dan Abang Saiful nak pergi kerja, dan Iman nak pergi sekolah. Dalam pukul 9 pagi, kami keluar dari rumah Kak Long. Encik Suami ajak singgah di MidValley untuk jalan2 cuci mata. Nama pun datang ke KL kan... Hehe~ Dah la kami ni tak tahu jalan. Agak pusing2 jugak la nak cari jalan ke MidValley. Akhirnya Encik Suami guna Google Maps dan kami selamat sampai di MidValley pukul 10.30 pagi.

Kat MidValley, mula2 kami sarapan kat Subway. Aku sebenarnya dah banyak kali makan Subway, tapi sebelum ni Ayah je bawa balik dari KL. Kira ni pertama kali la pergi kedai dia. Tak tahu pulak bayak pilihan roti, inti, sayur n sos dressing... Tapi menarik! Set sarapan pulak hanya RM 6.30, air free. Hehe~ Lepas tu kami ronda2 pergi Watson, shopping novel kat MPH, shopping baju dan seluar Encik Suami kat Metrojaya. Sebelum balik, Encik Suami ajak makan dulu. Kami makan di Nando's. Mestilah nak makan makanan yang takde kat Terengganu kan... Sedap jugak makan ayam sos peri-peri. Kami sempat tapau Domino's Pizza untuk dibawa balik ke Terengganu.


Alhamdulillah, seronok jalan2 di KL kali ni. Banyak benda dapat buat... :)

Maido ari, jaa~

Comments

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Sesekali ubah selera