Jalan-jalan di Kota Bharu
Salam alayk...
Kami bertolak pukul 11 pagi. Sempat singgah di rumah Wae n Mok (nenek2 ku). Kami sampai di KB pukul 4 petang. Terus kami cari nasi kerabu untuk makan tengahari. Rumah lama Encik Suami tu di sebuah kawasan bernama Kota. Rumah banglo lama, rasanya dibina sekitar tahun 1976 kot. Ala, macam banglo lama zaman2 dulu yang selalu tengok dalam filem Datuk Jins Samsudin... Haha~ Rumah tu siap Papa lengkapkan dengan alarm n CCTV. Memang sekuritinya tip top! Biasalah, rumah tinggal, sesiapa pun tergoda nak masuk... Kawasan rumah tu bersih sebab ada jiran yang tolong bersihkan.
Petang tu kami ziarah ke rumah adik beradik Papa (Ayah Cik n Mek). Aku sangat kagum dengan reka bentuk rumah Mek (kakak Papa). Rumah bentuk A 4 tingkat. Menarik! Nak ambil gambar, tapi Encik Suami tegur, nampak macam jakun sangat. Haha, memanglah, dia dah biasa dengan rumah tu. Aku kan baru first time tengok n masuk dalam rumah tu... Kami dijamu dengan pelbagai makanan oleh Mek n Ayah Cik. Sate, whipped potato, mee goreng n nasi tumpang. Ternyata mereka semua sangat peramah :)
Malam tu kami round Tesco. Survey barang2 sebab esok nak gi Pengkalan Kubur. Masa nak tidur, Encik Suami lupa ada sensor kat tepi bilik air. Memanglah asyik bunyi je... Takut jugak, kot2 ade orang lain. Huhu~ Malam tu kami tidur awal sebab penat n esok pagi nak gi shopping lagi.
Pagi-pagi lagi kami ke pasar Wakaf Che Yeh yang terletak di belakang rumah. Kami beli breakfast nasi berlauk, sate, n kuih-muih. Aku tak lepaskan peluang beli kuih peria kegemaranku. Lepas breakfast, kami terus ke Pengkalan Kubur. Vroomm...
Pukul 11 pagi, kami sampai di Pengkalan Kubur. Shopping time~ Mujur hari Ahad, hari bekerja. Takde orang sangat kat sana. Banyak jugak kami beli. Kuali, selimut, set sudu garfu, set bekas garam/kunyit/pepper, coklat, dan lain-lain. Mujurlah balik tu tak kena tax. Balik dari sana kami ke KB Mall untuk lunch. Jalan-jalan kejap. Lepas tu ke Pasar Siti Khadijah untuk beli kuih n kerepek tradisional seperti dodol, kerepek sagu, dan lain2. Kami bertolak balik ke Terengganu pukul 5 petang. Sempat singgah rumah Mok untuk makan dulu sebelum terus ke Padang Midin.
Seronok dapat jalan2 kat KB... Harap2 dapat pergi lagi.
Maido ari, jaa~
Comments