Family + Holiday
Salam alayk... Alang2 dah 1 family berkumpul (bukan senang nak kumpul 5 orang nih!), kami merancang untuk pergi bercuti bersama2. So pada pagi Jumaat yang pada mulanya hujan rintik2, kami menuju ke jeti Jabatan Laut di Dataran Syahbandar. Selepas membeli tiket n menanti hampir sejam, kami menaiki feri Sri Arjuna ke destinasi pilihan kami. +nak jugak jadi kapten feri ni+ Sampai je di sana, kami dijemput oleh Pakcik Fauzi yang menjalankan perkhidmatan mengambil pelancong di jeti. Kami check-in di Chalet Hazme n berehat sementara Ayah n Mat menunaikan solat Jumaat. Selepas makan tengahari nasi goreng kampung di Restoran Hazme, kami menunggu van Pakcik Fauzi untuk menghantar kami ke jeti untuk aktiviti snorkeling. Di jeti, sebuah bot laju telah menunggu kami. Setelah memakai life jacket, kami bertolak ke Long Beach. Seronok sangat perasaan menaiki bot laju. Siap terangkat2 lagi bila bot itu melanggar ombak besar. Tapi takut jugak, takut bot tu terbalik. Sampai di Long Beach, aku terpukau d...