Stress therapy + Western-styled dinner + Usrah

Salam alayk...

JUMAAT

Hari ini kebetulan takde common lecture. Dah 2 minggu berturut2 takde. Aku pun ambil kesempatan ni untuk buat 'stress therapy'. Ape tu??? Shopping le~

Pukul 2.30pm aku bertolak ke Jusco Maluri. Naik teksi. Sorang2 pulak tu. Sebenarnye kalu nak shopping aku lebih suka pergi sorang2. Bebas sikit. Tambahan pulak, kali ni aku tak sempat nak ajak siapa2 pun sebab rancangan 'stress therapy' ni timbul secara ad hoc. Yang aku tau, pergi draw duit dan terus naik teksi!

Sampai2 je, aku terus masuk KFC. Lapar betul! Lagipun dah lama aku mengidam nak makan Toasted Twister, kepingan ayam berempah dibalut roti tortilla yang dipanggang. Fuh, amat menyelerakan! Disebabkan makan sorang2, aku takde mood nak tangkap gambar. Hehe~ Lepas tu aku mulakan aktiviti 'stress therapy' tu. Aku bukannya beli apa pun, bila balik bilik, baru aku sedar, sebahagian duit aku belanjakan untuk makanan. Tapi takpe, asalkan aku puas hati dan gembira...

SABTU

Pagi tu aku dapat SMS dari Shah, ajak aku, Khairun, Nisa 'Cute' dan Dila keluar makan western food kat Kampung Baru malam nanti. Aku kata, kalu ramai ikut, aku setuju je. Last2 petang tu, hanya aku dan Khairun je dapat ikut sebab Nisa 'Cute' balik rumah dan Dila ada hal lain. Dan yang akan ikut serta adalah Hakim. So malam tu lepas Maghrib, kami pun bertolak ke Kampung Baru menaiki kereta Kancil Shah.

Baca cerita selanjutnya di blog Khairun. Klik di sini...

AHAD

Hari ni aku ada usrah di rumah ustazku. Hari ni dia ulas mengenai hadis ke-6. Antara kandungan hadis tu yang aku ingat:
- Perkara yang halal itu jelas; perkara yang haram itu jelas; perkara yang di antara kedua2nya adalah syubhah. Maka jauhilah perkara syubhah itu
- Dalam diri manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah semuanya; jika jahat daging itu, jahatlah semuanya. Sesungguhnya daging itu adalah sekeping hati

Menyentuh mengenai perkara halal, haram dan syubhah, orang selalu kaitkan halal dan haram tu dengan makanan je. Sedih betul sebab kefahaman mereka tentang halal dan haram adalah setakat makanan je. Padahal setiap ruang lingkup kehidupan kita dipenuhi dengan pilihan halal dan haram. Tepuk dada, tanyalah iman anda~

Maido ari, jaa~

Comments

mYshah said…
1. wah wah wah stress therapy~ i like it too~ trutama part makan~!!1 len kali ajak aku~ (^.~) haha

2. best best best thanx coz itot~

3. ya ya ya, kne pndai jaga hati diri dan org len~ wink2~ hu2
mfk said…
seronok nyer stress therapy ko nani...
aku dah buat pun stress therapy tu last 2 weeks... sempena mega sale ni lagi..haha..tapi mls nak tulis kat blog
mcm ko jugak, best sikit kalau shopping sorang2 ni..
terasa bebas... tapi bukan selalu la sorang2, best jgk kdg2 kalau ade teman ;p
tapi aku x beli mkanan la..
byk duit habis kat baju & seluar jer..
Salsabila said…
yeay! mari kita buat stress therapy beramai2... hehe~ actually bila stress aku lg suka makan berbanding shopping. sbb tu la asek shopping makanan je. huhu~

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Dinner Alumni Medic UKM 2016