Hujung minggu yang terisi
Salam alayk...
Hujung minggu aku kali ni penuh terisi. Hari Sabtu, aku, Puteri Sulung n Puteri Mawar Merah pergi ke PPUM untuk menziarahi ibu sahabat kami, Kak Ilan, yang dimasukkan ke ward kerana intestinal obstruction. Pertama kali sampai di PPUM, kami terpegun. Hospitalnya sangat besar n cantik. Tak boleh jadi ni! Mesti rasa nak compare dengan PPUKM. Hehe~ Selepas hampir sejam di sana (sempat makan tengahari n solat Zohor di PPUM), kami bertolak pulang. Disebabkan kami perlu menukar tren di Stesen Masjid Jamek, kami mengubah haluan ke Jalan TAR untuk membeli tudung n kain baju raya. Hehe~
Kebetulan ada pasar malam, jadi kami pun beli la makan malam sekali... Jam 5 petang barulah kami sampai ke PPUKM.Hari ni, Ahad, aku, Kathija, Kak Qari, Rosnah n Annisaa pergi ke sebuah program untuk ibu tunggal n 'tinggal' di Kampung Pandan. Kenapa ye? Kami ni ada rupa ibu tunggal n 'tinggal' ke??? Huhu~ Sebenarnya kami ke sana adalah untuk memenuhi jemputan penganjur untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan kepada ibu2 tersebut. Di samping dapat mempraktis skill klinikal, kami juga dapat berinteraksi dengan ibu2 tunggal n 'tinggal' yang kebanyakannya orang2 susah... Alhamdulillah, kami sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk terlibat dalam program tersebut.
+poyo sebenarnya kami ni. rosnah suruh mention dia yang ambil gambar ni, sebab tu nampak cantik. ngeh3+Lepas je balik dari program tu, aku terus buat rutin check email n blog updates... Tetiba Dr. Kadir, seniorku di SHAMS dulu baru update blognya. Aku pun terus buka... Terkejut bukan main aku baca entry terbarunya! Akhirnya misteri kepulangannya ke Malaysia di saat orang lain bertarung dengan imtihan sudah terjawab. Minggu lepas bukan main berdolak-dalik, kononnya pulang ke Malaysia sebab nak jadi PM... (Perdana Menteri ke?) Rupa2nya nak jadi 'Pengantin Muda' ye, Dr. Kadir? Hehe~
Bakal zaujahnya, Kak Zaatil, seniorku di SHAMS juga. Alhamdulillah, mesti ramai yang bergembira dengan berita ni. Seorang di Mesir, seorang di UK... Hurm, macam cerita novel pula. Hehe~ Majlisnya adalah pada 2 n 9 Ogos nanti. Harap sangat aku punya kesempatan untuk menghadiri majlis itu. Namun biasalah, dengan kerja yang menimbun n tarikh exam yang semakin mendekat... Apapun aku selaku seorang junior yang baik (cheh, perasan pula) mendoakan semoga kehidupan yang akan dibina sentiasa dalam keredhaan Allah n jodoh kalian berpanjangan. Amiin...Maido ari, jaa~
Comments
comel2...
gmbar yg comel.. hehe