Khabar dari kampung

Salam alayk...

Sebenarnya banyak perkara berlaku minggu ini. Tapi jari-jemari ni malas pula nak mengetuk keyboard laptop... Huhu~
Permulaannya, semalam, aku ada sesi dengan Puan Shahrina, seorang speech therapist. Orangnya peramah n ceria. Kami sempat observe satu kes kanak2 yang "lambat bercakap". Adik Irham, sangat comel n peramah. Walaupun usianya sudah hampir 2 tahun, vocab yang dimilikinya kurang dari 10 perkataan! Maka, banyak lah cadangan n nasihat yang Puan Shahrina beri kepada ummi si Irham ni, macam mana nak berinteraksi dengan Irham sambil menggalakkan dia belajar vocab baru. Memang sesi tu mempunyai educational value yang sangat tinggi. Tak sabar pula nak apply. Hehe~

Tiba2 aku teringat kepada sepupu ku, Aiman n Ehsan. Kembar seiras yang berusia hampir 3 tahun. Baru aku perasan yang mereka belum dapat bercakap lagi! Memang mereka dilahirkan pramatang n terpaksa menghabiskan masa di hospital pada awal kelahiran disebabkan masalah2 tertentu (yang aku kurang pasti). Petang tadi, semasa Ummi menelefonku, segera aku sampaikan perkara ini. Aku menyuruh Ummi menasihati Pak Dil membawa Aiman n Ehsan untuk berjumpa speech therapist. Aku yakin Pak Dil n Cik Da mengalami "waiting syndrome" n tidak menyedari bahawa perkara ini (lambat bercakap) boleh membawa kesan kepada pembelajaran n perkembangan minda Aiman n Ehsan. Alhamdulillah, dapat juga aku aplikasikan sedikit ilmuku untuk kesejahteraan keluargaku...
Keduanya, hari Khamis, Ayah menelefonku, mengkhabarkan berita pemergian Mak Inah, sepupu Ummi, merangkap jiran sebelah rumah Wae. Innalillahi wainna ilaihi raji`uun... Aku tidak terlalu terkejut dengan berita itu, kerana pada hari Ahad, Mak Inah dikejarkan ke HUSM kerana kesihatannya yang merudum. Menurut Ummi, Mak Inah mengalami komplikasi buah pinggang. Aku doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang mukmin. Amiin~

Maido ari, jaa~

Comments

mfk said…
wah...seronok nampak masuk ENT~~
and specifically...speech therapy..
actually byk ape yg kita bljr boleh aplikasi dlm kehidupan,... kalau ENT.. jgn korek telinga pakai cotton..hahaha..
psychiatry ni pun interesting~~seronokk...

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Hen Gap Lai, Saigon (part 1)