Ku t'lah jatuh cinta
Salam alayk...
Alhamdulillah, dah habis seminggu dalam posting ophthalmology. Aku dapat Dr. Othmaliza sebagai supervisor. Seronok belajar dengan Dr. Liza. Ye la, dia graduan UKM, pasti faham benar dengan situasi pelajar2. Kaedah pengajarannya menyebabkan aku rasa ophthalmology ni senang. Minggu pertama ni, kami cuma belajar tentang anatomy of the eye dan visual & pupillary pathway saje. Dan tak lupa praktis cari optic disk guna ophthalmoscope. Masa banyak dihabiskan di klinik. Aku sangat suka berada di klinik oftalmologi, dan aku sangat suka luangkan masa di Bilik Kecemasan Mata atau Eye Casualty. Banyak kes manarik yang aku dapat tengok. Ophthalmology ni satu bidang yang menarik dan kes2 nye pun straight forward. Sama ada jumpa findings atau tak je... Hehe~
Hari Rabu ade kuliah oleh Prof Muhaya. Setengah jam dihabiskan untuk slot motivasi, sejam selebihnya untuk kuliah. Seronok sangat mendengar motivasi daripada Prof Muhaya. Kebetulan aku duduk di kerusi paling depan, berhampiran dengannya, maka namaku kerap digunakan sebagai contoh. Dalam satu contohnya, Prof Muhaya menyebut aku sebagai seorang ophthalmologist. Aku sangat gembira, dan mudah2an kata2nya menjadi kenyataan kerana kata2 seorang guru itu satu doa. InsyaALLAH, aku ingin dan akan menjadi sepertinya!
Sesungguhnya, kerana Prof Muhaya dan Dr. Liza, aku telah jatuh cinta pada OPHTHALMOLOGY!!!
p/s: Minggu ni xde common lecture, dan ramai sahabat yang pulang ke rumah. InsyaAllah, lepas habis posting ophtalmology ni, aku pun nak balik rumah. Nak makan nasi ayam air tangan Ummi dan paling penting, nak jumpa MUJAHID! xsabarnya ~
Maido ari, jaa~
Comments