Posts

Showing posts from 2013

Trip 2: Universal Studios Singapore

Image
Salam alayk... Esok harinya pula, awal2 lagi kami bersiap dan bertolak ke Tune Hotel JB. Kami masing2 membawa backpack untuk diisi botol air mineral. Senang nak jalan2 kalau galas backpack ni. Tepat jam 7.30 pagi, bas kami bertolak ke Singapura. Berdebar juga perasaan aku. Nak ke luar negara lah katakan... padahal lintas Selat Tebrau je. Haha. Mula2 kami perlu melalui Imigresen Malaysia, kemudian singgah di Imigresen Singapura untuk cop pasport. Aku tak sangka pula pegawai imigresen Singapura tu Melayu... ingatkan bangsa2 lain. Huhu. Kami akhirnya tiba di Resort World Sentosa selepas bosan tidur sepanjang perjalanan. Jam menunjukkan pukul 9.50 pagi. Pagar USS masih belum dibuka. Maka kami buat keputusan untuk cari tempat untuk sarapan. Jalan punya jalan, kami jumpa McDonald's.  Maka egg McMuffin selamat menjadi santapan kami. Usai saja sarapan, kami segera masuk ke USS. Mujurlah tiket travel agent kami dah beri awal2. Takde la beratur panjang nak beli tiket. Kawasan USS ta...

Trip 1: Legoland

Image
Salam alayk... Subhanallah... lama sungguh aku x update blog ni. Dh bersawang & berhabuk pun... huhu. Nak buat macam mana, keadaan tidak mengizinkan... (bajet sibuk sangat! Haha). Oklah, kali ni aku nak cerita pasal percutianku ke selatan tanahair. Ambil kesempatan sempena cuti 'terkepit' (deepavali & awal muharam). Kami bertolak ke JB pada hari sabtu melalui Segamat. Kami sampai di JB pukul 9 malam dan terus check-in di Hotel Puteri Pacific. Sebab penat sangat, kami dinner dine-in saja... Esoknya, kami check-out dan meronda2 di bandar JB. Pergi JB City Centre. Pastu ingatkan nak pergi zoo (macam xde tempat sangat nak pergi), tapi hujan pulak. Jadi kami terus check-in di Hotel Berjaya Waterfront. Rupanya hotel ni kat Stulang Laut dan perlu melalui pos kastam untuk keluar masuk. Petangnya kami masuk The Zon kat sebelah hotel tu. Ingatkan besar la mall tu, tapi x banyak kedai. Macam mall mati je... bak kata En. Suami. Malam ade bola. TRW vs Pahang. Kami lepak kat bilik...

Ramadhan datang lagi

Salam alayk... Alhamdulillah,ramadhan bertamu lagi tahun ini. Tahun kedua menyambut ramadhan bersama En. Suami. Tahun lepas di kemaman, tahun ni di hulu terengganu. Tahun depan siapa tahu,kan? Semoga kita beroleh manfaat dari madrasah ramadhan.... p/s: tahun ni berazam nk khatam alquran bulan ramadhan. Chaiyyok!!! Maido ari,jaa~

Selamat hari guru, cikgu!

Salam alayk... Semalam adalah 16 Mei. Hari Guru. Diam tak diam, rupa-rupanya dah hampir 10 tahun aku meninggalkan bangku persekolahan. Aku SPM tahun 2003. Ah, seronoknya zaman persekolahan! Sempena hari guru tahun ni, aku nak buat entry khas untuk cikgu aku, Cikgu Tuan Sakinah. Cikgu BM semasa aku di Form 5 . Beliau sangat baik dan keibuan. Kelas Cikgu Tuan Sakinah memang best dan tak membosankan. Teringat lagi waktu belajar Komponen Sastera (KOMSAS). Tiba giliran kami belajar pasal drama, cikgu akan melantik 'pelakon-pelakon' untuk melantunkan dialog. Macam kat dalam latihan teater pulak. Tapi of course la tanpa action ... Tiba part kelakar, kami sama2 ketawa. Haha~ Cikgu Tuan Sakinah jugalah yang mendoakan aku jadi doktor. Masa tu serius aku tak terfikir lagi nak buat medic . Sebab masa upper form tu aku sangat sukakan subjek Kimia. Dah pasang angan-angan nak buat chemistry dan kerja je kat Jabatan Kimia Negara. Hehe. Tapi suatu hari, Cikgu Tuan Sakinah tel...

Serviks macam donut?

Image
Salam alayk... Sejak kerja di klinik kesihatan ni, aku kena terlibat dengan aktiviti2 pendidikan kesihatan kepada masyarakat setempat. Ye lah, dah nama pun Pegawai Perubatan dan Kesihatan kan... Jadi hari Rabu lepas staff nurse ajak la aku pergi bagi ceramah kesihatan kat Klinik Desa Kua. Kua? Kat mana tu? Huhu... Kami bertolak dalam pukul 8.30 pagi. Aku konvoi dengan SN & JM sebab nanti nak balik awal. Tak la jauh sangat Kampung Kua ni. Kami melalui Kg. Bukit Kolam, Kg. Tok Randok, Kg. Bukit Diman, Kg. Machang, dan akhirnya Kg. Kua. Klinik desa ni 2 tingkat, tingkat bawah adalah klinik, manakala tingkat atas adalah rumah JM oncall. Ade 2 orang JM bertugas kat sini. Sampai je kami breakfast dulu sebab tak ramai lagi ibu2 yang hadir. Pukul 9.40 pagi aku mulakan ceramah aku tentang kanser serviks dan Pap smear. Audiens adalah dalam 10 orang. Aku sedaya-upaya terangkan pasal kanser serviks dan pap smear dalam bahasa setempat yang paling mudah untuk difahami. Cakap Ganu la...

Apa anda tahu tentang HIV?

Image
Salam alayk... Hari ni aku baru balik dari satu kursus di Merang, Setiu. Kursus Prevention of Mother to Child Transmission atau nama glemernya PMTCT. Basically kursus tu mengenai macam mana nak handle kes wanita mengandung HIV +ve dan wanita HIV -ve dengan suami HIV +ve. Confuse tak? Mari aku terangkan... Setiap wanita yang datang ke klinik kali pertama untuk booking mengandung akan disaring status HIV mereka dengan kit Rapid Test (ujian cepat). Jika -ve dan mereka tiada risiko jangkitan HIV, mereka disahkan HIV -ve. Tetapi jika Rapid Test -ve dan mereka mempunyai risiko untuk dijangkiti HIV, status HIV mereka akan diperiksa menggunakan kaedah ELISA. Keputusan dari ujian inilah yang akan mengesahkan mereka HIV -ve atau +ve. Begitu juga jika Rapid Test mereka +ve, ujian ELISA juga akan dibuat ke atas mereka untuk mengesahkan status mereka.   Ideally, bagi wanita yang HIV +ve, suami mereka akan turut disaring HIV, tetapi ini dibuat secara sukarela tanpa paksaan....

KenKen

Image
Salam alayk... Untuk pengetahuan semua, selama ni aku sangat suka main Sudoku. Sejak aku 4th year kot. Siap beli buku Sudoku lagi. Selalu seludup buku Sudoku ke lecture hall. Kalau agak2 mengantuk tu, buat la Sudoku. Memang cerah biji mata. Haha~ Baru2 ni aku jumpa game baru, KenKen. Mula2 tak faham nak main macam mana. Tapi bila belajar, dan tahu nak main macam mana, seronok pulak buat KenKen. Tak macam Sudoku, KenKen menguji logik fikiran dan kemahiran matematik (Sudoku uji logik je). Jom kita belajar macam mana nak main KenKen ni... Rules: 1) Matlamat KenKen ni adalah untuk mengisi grid dengan nombor2 seperti 1 hingga 4 untuk grid 4x4, 1 hingga 5 untuk grid 1x5, dan seterusnya, asalkan nombor2 tu tak berulang dalam' row' atau 'column' yang sama. 2) Grid KenKen dibahagikan kepada kotak2 yang bergaris tebal (dipanggil 'cages'). Nombor2 dalam setiap cages mestilah menghasilkan 'target number' bila digabungkan menggunakan operasi mate...

Pindah

Salam alayk... Dah lama x update blog ni. Rindu sangat2. Tapi kekangan masa membataskan. Untuk pengetahuan semua, aku dah berpindah dari Hospital Kemaman ke Klinik Kesihatan Ajil di Hulu Terengganu. Pertukaran ni disebabkan Encik Suami ditugaskan di Hospital Hulu Terengganu. Haruslah aku ikut berpindah. Takkan nak buat PJJ (perkahwinan jarak jauh) sokmo, ye dop??? Hehe~ Di KK Ajil, ade 3 MO dan 1 Family Medicine Specialist. Disebabkan aku satu-satunya MO perempuan, maka aku ditugaskan untuk jaga Maternal & Child Health Clinic. Seronok duduk sini. Tak sibuk dan yang penting, tak perlu oncall :P Maka aku berhasrat menulis entry2 yang berkaitan dengan kesihatan wanita/kaum ibu dan kanak2 untuk panduan semua (walaupun xde orang baca blog aku). Haha~ Maido ari, jaa~

ffsushi

Image
Salam alayk... Aku sangat suka makan sushi. Dulu masa student n awal2 HO, selalu gi makan sushi kat Sushi King. Kalau xdapat makan sushi setiap bulan rasa xbest pulak. Masa belajar kat HUKM dulu, dekat dengan Jusco, so bolehla beli sushi kat situ. siap belajar buat sushi sendiri lagi... Tapi, lepas Atin bagitau Sushi King dah tak halal, aku dah x makan sushi. Hari tu masa gi Ipoh dengan Encik Suami, aku borong sushi kat Jusco. Rindunye nak makan sushi. Kat Kuala Terengganu ni tak ramai yang makan sushi. So kedai sushi tak komersil pun. Kalau adapun kedai Cina, in which aku memang x makan la...  Mujurlah, minggu lepas, aku pergi ke Giant KT. Tujuan asal nak withdraw duit kat bank Islam je. On the way nak turun tu, tiba2 ternampak satu booth yang jual sushi!!! 100% muslim n halal. Seronoknye~ Biarpun mahal sikit, aku tetap beli jugak untuk menebus rasa craving for sushi ni. Walaupun rasa dia OK-OK je, tapi boleh la... Owner dia siap buat kelas buat sushi lagi... +n...

Anak angkat

Image
Salam alayk... Minggu lepas, aku & Encik Suami buat keputusan untuk ambil anak angkat. Haa, jangan terkejut! Anak angkat kami ade 2. Taadaa~~ +tam&ren+ Nama mereka Tam & Ren. Sebabnya seekor hitam dan seekor oren. Hihi~ Comel sangat mereka. Lincah dan aktif. Penat tengok mereka lompat2 dalam sangkar. Nak lepaskan, takut kencing dan berak merata-rata. Mereka ni sangat kuat makan dan minum. Maka kencing dan berak pun banyaklah. Kami beli pelapik khas untuk sangkar sebab banyak sangat kencingnya... Haha~ Baby lagi rasanya sebab bila diorang nampak je aku, berlari2 ke arah aku dan hulurkan hidung. Pantang leka sikit, nak gigit tangan. Diorang sangat suka aku gosok hidung dan belakang. Diorang makan makanan khas yang dibeli di kedai haiwan. Aku bagi jugak diorang makan lobak. Adelah jugak yang teman aku kat rumah ni kan... Tak lah bosan sangat. Aku boleh cakap2 dengan diorang. Hehe :P Maido ari, jaa~

Terpaksa & banjir

Image
Salam alayk... How time flies so fast... Dah masuk tahun baru, tahun 2012 pun. Sepanjang tahun 2012 banyak benda berlaku dalam hidup aku. Yang terbaru, aku dipaksa masuk O&G!!! Ya Allah, aku sangat suka berada di Unit Pesakit Luar, tiba2 Puan Pengarah panggil aku dan bagitau aku akan ke O&G. Bukan 'offer' tapi 'order'. ARAHAN. Puas aku merayu, tetap xnak terima. Biasalah, orang berkuasa pasti nak tunjuk kuasa yang dia ada. Padahal ade je orang lain. MO fresh dari Lembah Klang pun ade. Kenapa aku jugak yang dipilih? Ade komplot ke... huhu~ Sebagai tanda rusuhan xpuas hati, aku abscond 3 hari. Tenangkan fikiran. Sebab aku rasa keputusan tu x adil untuk aku. Dan xde orang yang boleh tolong aku selesaikan hal ni. Tapi aku tetap dipaksa. Maka tanggal 2 Disember, dengan langkah yang berat, aku pergi juga ke O&G. Aku x suka O&G!!! Sebenarnya, MO yang ke O&G perlu tagging di hospital tertiary centre supaya banyak exposure dan boleh belajar buat ...