Terpaksa & banjir

Salam alayk...

How time flies so fast... Dah masuk tahun baru, tahun 2012 pun. Sepanjang tahun 2012 banyak benda berlaku dalam hidup aku. Yang terbaru, aku dipaksa masuk O&G!!! Ya Allah, aku sangat suka berada di Unit Pesakit Luar, tiba2 Puan Pengarah panggil aku dan bagitau aku akan ke O&G. Bukan 'offer' tapi 'order'. ARAHAN. Puas aku merayu, tetap xnak terima. Biasalah, orang berkuasa pasti nak tunjuk kuasa yang dia ada. Padahal ade je orang lain. MO fresh dari Lembah Klang pun ade. Kenapa aku jugak yang dipilih? Ade komplot ke... huhu~

Sebagai tanda rusuhan xpuas hati, aku abscond 3 hari. Tenangkan fikiran. Sebab aku rasa keputusan tu x adil untuk aku. Dan xde orang yang boleh tolong aku selesaikan hal ni. Tapi aku tetap dipaksa. Maka tanggal 2 Disember, dengan langkah yang berat, aku pergi juga ke O&G. Aku x suka O&G!!!

Sebenarnya, MO yang ke O&G perlu tagging di hospital tertiary centre supaya banyak exposure dan boleh belajar buat Caeserean section banyak2. Sekarang ni aku sedang melengah2kan tagging ku. Sebab bila aku dah pergi ke sana n dah boleh buat Caeser, lagi lah susah diorang nak lepas aku...

Makanya, setelah berbincang dengan Encik Suami, kami telah buat keputusan untuk lari jauh. Sekarang kami masih menunggu keputusan pihak tertentu sebelum aku mengemukakan borang pertukaran yang rasmi. Tak sabarnya nak keluar. Ya Allah, permudahkan urusan kami...

Tak boleh lupa juga kejadian banjir yang melanda. Kemaman jadi laut! 26 Disember. Rumah aku turut kena tempias.Air xde lah masuk dalam rumah, tapi air penuh dalam porch. Kat jalan depan rumah air takat lutut. Kereta memang kena park kat jalan besar kira2 500m dari rumah.

+8am: air baru takat buku lali+

Tu sahaja setakat ni. Nantikan perkembangan terbaru... 

Maido ari, jaa~

Comments

PiNkYCaT said…
la...blog nani rupanya...ingatkan sape la MO kemaman ni...ct ternampak kesan 'jejak' blog ni kat blog ct...same la hobi kita berblogging...hihi...MO o&G lagi ke?meh join spital hulu ni:)

Popular posts from this blog

Dunia Baru

Allah uji sebab sayang

Hen Gap Lai, Saigon (part 1)