Ziarah di sekitar Madinah
Salam alayk...
Esoknya, kami berziarah luar. Lepas breakfast, kami seramai 36 orang bersama Ustaz Hamid naik bas untuk berziarah di sekitar bandar Madinah. Destinasi pertama adalah Masjid Quba'. Masjid ni adalah masjid pertama yang didirikan oleh Rasulullah S.A.W setelah sampai di Madinah. Tiang asalnya daripada batang pokok kurma saja. Tapi sekarang dah dinaiktarafkan untuk keselesaan semua. Kami solat tahiyatul masjid di sini. Hadis Rasulullah ada menyebut, sesiapa yang solat 2 rakaat di Masjid Quba' dengan berwudhu' dari rumah, ganjarannya pahala satu umrah. Ayah sempat beli kurma mekar (fresh). Rasanya macam buah ciku. Best! Lepas tu kami ke Bukit Uhud untuk memperingati kisah Perang Uhud. Di situ terdapat Bukit Pemanah dan perkuburan syuhada' Uhud. Kami sama2 membacakan doa untuk kesejahteraan syuhada' Uhud. Kat situ ade jugak pasar, macam2 yang dijual, dari kurma hinggalah barang permainan.
Kemudian kami bergerak ke ladang kurma. Kat sini ada dijual macam2 jenis kurma. Aku ni bukan la suka sangat kurma. Aku lebih suka aprikot. Haha~ Kat ladang kurma ni kita boleh makan sebanyak mungkin kurma sehingga larat tanpa dikenakan bayaran. Makan la sampai 4 kilo pun, semuanya halal! Lepas puas shopping kat ladang kurma, kami ke Masjid Qiblatain. Masjid di mana Rasulullah menerima wahyu supaya arah kiblat umat Islam diubah dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram. Kemudian, kami dibawa ke kawasan Perang Khandak. Di sana terdapat sebuah masjid yang dinamakan Masjid Tujuh kerana di atas bukit ade 7 buah masjid mewakili tempat sahabat2 Nabi berada ketika perang tersebut. Kawasan parit tu dah jadi jalan raya sekarang... Last sekali, kami ke pasar kurma di mana aktiviti shopping buah kurma dan buah2 yang sewaktu dengannya boleh dibuat. Tapi kat sini xboleh makan, boleh rasa satu dua je...
Disebabkan esok kami dah nak berangkat ke Makkah, lepas Isyak kami yang perempuan pergi buat ziarah wida'. Tapi nak masuk... mak aih! Ramai betul umat manusia. Dah la kami ni xpacking barang lagi. Dah pukul 10pm pulak tu. Last2 kami buat keputusan untuk buat ziarah wida' dari jauh je... Xpe la... Huhu~
Esoknya, kami akan berihram pula...
Bersambung...
Maido ari, jaa~
Comments